Wednesday, July 14, 2010

Pakcik Kayo!!!

Benda ni patutnya aku tulis lama dulu tapi tersangkut...PDRM pun dah bust sindiket ni...tapi takpelah, buat peringatan dan pengajaran.

SMS Pertama
NO Simcard anda tlh terpilih untuk memenangi wang RM(20,000,00) dr POWER ROOT M. (Sdn bhd) Sila dail di talian 012-806xxxx TERIMA KASIH

SMS Kedua
"TAHNIAH" Simcard anda B'jaya memenangi RM 30.000.00, - Dr "COCA-COLA" No. PIN : DT2547 Sila hub. Office: 012-806xxxx Terima Kasih

Alhamdulillah aku tak termakan umpan tapi ramai lagi rakyat Malaysia yang termakan yang menyebabkan kerugian RM20 juta! Sebenarnya banyak tanda-tanda penipuan yang jelas lagi nyata dalam SMS-SMS tu, yakni

1. Kalau pun peraduan tu betul, kita kena sertai bukan syarikat tu tak alih-alih cakap kita menang. Nombor ekor pun kena beli dulu baru ada peluang menang...bukan tiba-tiba datang SMS dari Spain ke, UK ke kata kita menang loteri US$2 juta!

2. Dan kalau betul, SMS akan masuk ikut nombor 5 digit, bukan nombor talian mudah alih peribadi!

3. Syarikat korporat takkan bagi SMS dengan bahasa pasar siap dengan kependekan (b'jaya, hub., tlh dll)

4. Syarikat korporat mana guna nombor talian mudah alih sebagai nombor pejabat?

5. Nombor talian mudah alih tu berkepala '8' maknanya didaftar di Sabah....sedangkan Coke (di bawah F&N Holdings kat KL....Power Root pulak kat Johor.....apasal pulak nak pakai nombor Sabah?

Akhir sekali...kalau kita MENANG, apasal kita kena keluar duit? (Kecuali kes menang kenderaan sebab penganjur tak masukkan kos insurans dan cukai jalan) Dan kalau jenis mintak nombor pin online banking, bank kita sendiri tak pernah mintak!

No comments: