Wednesday, July 21, 2010

Dr Movie The Next Chapter

Hanya satu garisan halus yang memisahkan antara keyakinan dan kesombongan; hanya satu garisan halus yang memisahkan cita-cita dan angan-angan.

Sebelum ni ada aku cerita pasal DDR (Datuk Dr) yang nak buat filem kan? Antara entri tu dengan yang ini, macam-macam statement yang DDR keluarkan antaranya menyalahkan Syarat Wajib Tayang (SWT) FINAS yang menyebabkan filemnya tertangguh dari Mei ke November (dan juga membantutkan perkembangan industri filem tempatan). Padahal rata-rata produser filem tempatan kata SWT yang membantu industri filem tempatan bernafas dan bersaing dengan filem luar negara. Dan macam biasa, projection kutipan box-office makin menaik dari RM12juta pada awal tahun 2010 ke RM20juta pada Mei ada akhir sekali RM40juta!! Juga sasaran tayangan meningkat dari 100 skrin ke 400 dan sekarang 500!!

Statement DDR ni dapat perhatian penerbit filem tempatan yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni. Presiden Persatuan Penerbit Filem kata, DDR sendiri tak faham prosedur dan masalah bersama yang dihadapi produser filem tempatan...atau dengan bahasa pasarnya 'masuk rumah tak bagi salam' memandangkan DDR orang yang teramat baru dalam bidang perfileman.

Pasal kutipan box-office tu PFM tak ada apa-apa komen cuma mengenai tayangan di 500 skrin tu, Presiden PFM cuma ketawa sebab.....tu jumlah kesemua skrin tayangan di seluruh Malaysia! Kata beliau lagi, produser yang banyak modal mungkin boleh 'bayar' pemamer/'tauke wayang' tapi mereka ni pun peniaga...nak ke ambik risiko tayang satu filem aje? Kena pulak masa tu nak masuk Disember dengan filem luar negara untuk musim Krismas.

Balas balik DDR pasal hal ni membuatkan aku tertanya...adakah DDR yang dua alam? (alam nyata dengan alam khayalan, haha) Sebab ini petikan komen dia....

"Pemilik panggung nak untung. Kalau saya bagi wang tetapi dari segi kutipan mereka tak dapat untung apa-apa, ia tak guna juga. Sebaliknya mereka bersetuju nak tayang filem saya selepas melihat kehebatan 2 Alam" Juga dia kata dia dah buat persetujuan di mana semua pemilik panggung akan henti tayangan filem barat untuk bagi laluan kat filem dia....
- Kalau tauke wayang teruja, kenapa masa Mei dulu daripada 80 panggung, tak sampai separuh saja yang setuju nak tayang? Dan adakah ini bermakna tiada pilihan langsung untuk 'moviegoers' pada November nanti?

"Dia (Ahmad Puad - Presiden PFM) tak tahu apa-apa. Dia hanya pandai cakap saja tapi saya orang berniaga, saya tahu apa yang saya buat"
- Statement agak meninggi diri bagi newbie...memandangkan Ahmad Puad Onah dah lama jadi produser filem...dan produser-produser filem ni sah-sah la 'orang berniaga'

"Di mana-mana pergi pun orang tak sabar nak tonton filem 2 Alam kerana saya berjaya mempengaruhi perasaan mereka bagaimana hebatnya ini"
- Ya mungkin ada yang teruja, tapi ramai mana? Memang belum ada buat cerita camni kat layar perak (tapi kat layar kecil berlambak!)

1 comment:

Hairil Rizal said...

Makin besar nampaknya bakul yang dia cuba angkat sendiri tu...