Monday, July 12, 2010

A Night At The Museum's Zoo.....

Banyak filem mengenai binatang bercakap..dari filem animasi Disney (sampai teko dengan cawan pun bercakap!) sampai la filem macam Dr Dolittle. Kat Malaysia dulu kita ada crita OK lakonan kambing.....dan sekarang kita ada cerita Zoo di mana satu zoo boleh bercakap!

David Teo kata, filem dia tak cilok intipati filem Night At The Museum. Dia cuma kata 'genre sama cuma cara penyampaian berbeza. Walaupun aku tak tengok cerita Zoo ni tapi dari bacaan sinopsis nampak sangat sama!

Genre sama - betul sebab kedua-duanya genre aksi-komedi.

Watak Lan - sebelum kerja di Zoo selalu bertukar-tukar kerja
Watak Larry - selalu bertukar kerja sebelum jadi pengawal di Muzium Smithsonian

Cerita asas - Haiwan di Zoo bercakap pada waktu malam. Bahan pameran di muzium hidup pada waktu malam. Pokoknya, bahan pameran buat benda yang kontra dengan waktu siang!

Subplot - ada pencuri nak curi haiwan zoo. NATM - ada pencuri nak curi bahan pameran muzium. Dalam dua-dua filem, ada penglibatan orang dalam.

Larry nak kena berhenti.....Lan pun nak kena berhenti.

Haiwan bantu tangkap pencuri....bahan pameran tangkap pencuri......

Jadi cara penyampaian berbeza tu setakat...satu kat muzium, satu kat zoo!

p.s. Apa2hal aku memang takde hajat langsung nak tengok hatta kat CD pirate...Lan Pet Pet memang turn off!!!

p.s2 - Tengok gambar Lisa Surihani kat paper semalam mengimbau nostalgia stesen keretapi Aber yang 'antik' sangat masa aku kat sana.....sekarang nampak dah cantik sikit......

No comments: