Thursday, May 15, 2008

Chicken ham (dan Ginger Beer) punya cerita!

Ada seorang sahabat forward e-mail ni kat aku....

"Kejadian ini berlaku di FOOD COURT Mydin Subang Jaya, Pada 22 /09/07 saya sekeluarga lebih kurang jam 10 30 pagi ke mydin ni untuk berbelanja , biasalah dah sampai semasa di ruang legar tinjau2 dulu apa yang tergoda dek hati dalam bulan PUASA ni ,hiasan di tambah maklum lah nak goda pengunjung2 , dan saya sendiri pun dah mula tergoda tapi yang heran atau memang gerak ALLAH saya terbaca banner MENU makanan yang digangtung. MASYA ALLAH apa yang saya lihat salah satu dari MENU ia itu No 15 tertulis HAM , saya tak lah arif sangat pasal resepi dari BABI ni dan dengan rasa saya tanggung jawab atau MUNGKIN kerana ALLAH nak uji sejauh mana keberanian dalam hati saya yang kerdil ini saya memanggil jurujual di salah satu gerai dan menegur kenapa ada MENU dari BABI dan si juru jual bertegas semua MENU di sini HALAL katanya. Tapi kerana tak tak yakin dengan jawapan nya saya panggil saorang lagi untuk memastikan apa benar yang di kata semua HALAL dan minah ni kata tu memang BABI. Saya ucapkan terima kasih pada nya , nilah bagus nya ada hand phone yang berkemera saya ambil GAMBAR BANNER tu dan pas tu saya terus kan hasrat saya berbelanja.

Selepas tu semasa nak pulang bila poket dah mula ringan dah di infak kat Tok Mydin, hati saya masih tergerak nak tengok BANNER tadi. ALHAMDULILLAH apa yang saya lihat MENU tadi dah di TUTUP dengan KERTAS, makne nya betul lah BABI. Saya sekali lagi ambil gambar BANNER tu dan saya bertekad akan hebah kan perkara ni kerana dalam hati kecil saya tak REDHA ada orang Islam termakan benda2 tak HALAL apa lagi dalam bulan yang mulia ni.

Yang pasti BANNER dah di tutup tapi menu nya WALLAHU A'LAM tolong hati2 kalau masih nak makan. Mencari yang HALAL ada lah fardhu pada kita mencari yang sedap tu kalau TERMAMPU buatlah."

Mungkin yang tulis email ni kurang faham. ‘Ham’ disini lebih merujuk kepada proses penyediaan daging. Benar ham dikaitkan dengan daging khinzir, tapi ianya juga boleh dibuat daripada white meat i.e. daging burung seperti ayam dan turkey. Sebab tu kat banner tu tulis ‘chicken ham’ (gambar ada tapi aku malas le nak upload). Budak yang kerja kat situ pun tak tahu jugak, maka berlaku le kesilapan tu. Elok jugak la penulis buat statement ‘kalau dia silap’ (yang aku edit dari petikan di atas).Dan samada ayam tu sendiri halal ke tak, itu chapter lain dalam episod yang sama.

Teringat pulak masa aku A-Level dulu, ada sorang mamat ni dihadapkan ke Lembaga Tatatertib PPP/ITM sebab ada sorang ustaz ni tangkap dia minum beer....GINGER BEER. Mamat tu berkeras cakap kat ustaz yang Ginger Beer bukan arak, siap tunjuk lagi content kat tin tu, tapi ustaz tu tetap tak percaya dan rampas tin air tu nak buat bukti. Aku dengar cerita Lembaga Tatatertib Pelajar maintain profesionalisme diaorang (ie tak tergelak) bila kes tu dibicarakan....verdict Lembaga? Sah le buang kes!

3 comments:

Hasrul Halid said...

Kehkehkeh!

Betui Alpha, orang kita memang mudah sangat 'melompat'!

Aku pernah bertengkar dengan sorang mamat kat tempat lama aku dulu. Dia pertikaikan yang 'vinegar' dijual dengan sewenang-wenangnya di bahagian makanan, salah satu supermarket tersohor di daerah aku. Katanya haram campur vinegar dengan barang-barang seperti sos, kicap etc etc. Aku tanya apasal. Dia cakap vinegar tu arak. Kalau minum boleh jadi mabuk.

Aku gelak sampai hampir-hampir kena strok. Aku bagitau dia memang takdak orang minum vinegar. In-fact kat negara bukan Islam pun orang tak minum vinegar. Dan aku pun explain... bla.. bla... bla...!

At the end, dia tetap tak percaya, dan dia cakap aku SEKULAR! Kehkehkeh! Gila weh!

Tu cerita aku zaman dulu...

Dan kini... sib baikla ada blogger macam engko ni yang dok 'korek' urban 'stories'!

eugepae!! eugepae!! eugepae!!

mumuchi said...

hehehehe..itulah orang kurang arif berlagak Yang Arif...agak-agak ko kalau kau jadi ahli lembaga tu ko macamana pulak?

xamel1975 said...

Bro,

Baru ni aku dpt email yg diforward psl Tom Yam Set ada Pork Crackling. Jenuh pikir apehal lak Tomyam set nak letak kulit babi.

Rupanya bila belek photo tu, ayat yg bunyi lebih kurang "Can be enjoyed with Pork Crackling". Kah!Kah!Kah!...

Ada member yg dlm grouplist mail tu dah reply balik, "Lain kali kalau tak tau English, jgn buat2 cerita!"

Bestnye smash balik org2 camni :D