Thursday, November 01, 2007

Astaghfirullahalazim (lagi!)

Kat Forum CARI, Board Military...thread mengenai pengganas. Macam biasa, ada mangkuk seberang tambak yang mengapi-apikan sentimen agama. Tak kisah la..perangai dia dah camtu.

Tiba-tiba timbul seorang hamba Allah ni, yang aku yakin Melayu Islam, memberikan ayat sebegini: "ni ka jihadists yg bakal nak mati syahid dapat bidadari telanjang kat syurga......" Bila aku tertanya sama ada dia ni kafir ke Islam, dia balas ni pulak "pasal dengan statement wa? islam lu mulia sangat ka mau kapirkan org lain???? prrgggfffpppttt....." diikuti "eh... ko ni... otak ko ok ke... yg nak dapat bidadari virgin telanjang putih melepak tu pejuang islam aka pengganas yg nak berjihad nak mati syahid.... konsep mati syahid islam ko lain ke dari islam org lain ka..."

Pendek kata semuanya melibatkan perkataan naked virgin in heaven...bogel...etc.

Aku sebenarnya nak menangis...menangis sebab marah yang amat sangat. Aku cakap betul, aku tak setuju dengan apa yang Amrozi, Imam Samudra et al buat...bagi aku, itu bukan jihad. Cuma mereka percaya mereka akan syahid di tangan firing squad. Bagi aku, itu urusan Allah samada mereka dikira syahid atau tidak. Apa yang aku cakapkan dalam forum tu ialah apa yang dijanjikan kepada mereka yang mati syahid. Memang aku ada baca yang salah satu ganjaran syahid ialah mereka akan dianugerahkan 72 bidadari berbanding 12 sahaja yang dianugerah kepada orang-orang yang mati 'biasa'. Dan bukan bidadari sahaja, malah banyak lagi keistimewaan diberi kepada mereka. Tak alih2 mamat ni dok perlekeh..tu yang aku tensen. Cara dia cakap macam dia dah termakan 200% propaganda Islamophobia...kena pulak Barat takde perkataan sesuai dalam bahasa mereka untuk "bidadari", maka ditukar kepada "virgin"..maka makin seronok la golongan anti-Islam memperlekehkan agama suci ini. Yang mamat ni pulak jadi kakaktua menambah...

Sebagai penutup...aku petik lagi posting dia....

"tu la ko... otak dah ler tak betul... ada hati nak jadi tok gundoo....dah ko pulak berputar belit..... org bincang betul ke dalam islam pengganas nak berjihad bunuh org awam tak bersalah mimpi nak nak mati syahid akan masuk syurga dapat habuan syuhada bidadari dara telanjang untuk ditala di tepi sungai yg mengalirkan arak2 yg lezat.... jap.. aku gelak jap.......... org macam ko ni....org islam macam ko ni yg suka berdolak dalih... yg memalukan islam... mempertahankan terrorists dan tindakan mereka dengan berpusing2 berselindung di sebalik nama islam..... dan sekarang pulak ko klaim sokong mereka macam ko tu Sirat al-Mustaqim........ perggghhhhhh...... memang dasar al-qaeda betul.... ko tunggu ler habuang bidadari telanjang ko tu kat syurga yg tok gundoo ko janjikan......."

(Dah la tak faham apa yang aku post....dia pi hina lagi, hina aku takpe, ni hina Islam.....semoga Allah membuka kembali hati dia)

6 comments:

mumuchi said...
This comment has been removed by the author.
mumuchi said...

la broder..awat hang bother dengan si kuih koci ni..takkan ko tak perasan dia ni budak melayu singapore yang kongsi guna nick debmey tu..itupun kalau dia melayu and even islam...setakat melayu kapior atau cina menyamar melayu pelarian indon kat singapore nun, apa nak herankan..tu pasal aku tak layan...

Nazri Razali said...

always amazed that you bother layan this kind of people...

Unknown said...

Buat dunno je Pha, mamat tu memang macam tu

Alpha said...

Wa memang dah buat dunno dah...

mana wa nak perasan..wa takleh check IP dia....

mumuchi said...

gaya tulis bro..ko dah lupa ke satu versi dubuk tu memang tulis stail dia :>)