Tuesday, October 30, 2007

Aliens At The Gate! (Well, They're Already Inside...)

I
From the movie Aliens

Drake : Go Vasquez, kick ass!
Vasquez : Anytime, anywhere, man!
Hudson : Right, right. Somebody said 'alien' she thought 'illegal alien' and signed up!
Vasquez : F#$k you, man!
Hudson : Anytime, anywhere.

II

Ramai ye yang concern pasal kehadiran pendatang asing. Ye la, dah lebih 2 juta, apa taknya. Maka ramai la mengutuk, mengomplen dan sebagainya kata gomen tidur. Mungkin juga.

Tapi ada tak yang tengok kat rumah mereka sendiri, serta kejiranan mereka? Ada tak anak muda tempatan yang sihat walafiat yang masih dok tidur kat rumah walau matahari dah sepenggalah dan mengharap duit mak bapak hatta untuk dating (pelik, siap boleh ada girlfriend pulak). Kalau ada, nah! Tu salah satu sebab kenapa majikan terpaksa pakai pendatang asing!

III
Satu cuti sekolah, tahun 1985. Aku balik dari Kelantan menziarah family makcik aku. Sebab kereta extra penuh, aku kena ikut nenek aku naik bas ke JB sebelum balik BP. Dalam bas, cuma ada nenek aku dan sorang makcik aje yang pompuan. Yang lainnya lelaki. Dari perbualan yang aku dengar, semuanya nak ke Singapura bekerja sebagai buruh binaan. Dan kemudian-kemudiannya aku dapat tahu ramai anak muda (dan tak begitu muda) dari Kelantan (dan pastinya dari negeri-negeri lain) ke SG...mana pergi mereka ni? Adakah generasi baru lebih suka bekerja di warung tomyam?

Aku sambung lagi....

1 comment:

foxey said...

dah ramai sangat PATI dan pendatang yang berpermit sehinggakan di sesetengah tempat terasa seperti di negara asing plak... maybe our youngsters are too choosy... maybe some companies prefer foreign workers as the pay is cheaper... maybes and lotsa maybes...