Tuesday, November 13, 2007

It's A Boy!

Semalam aku pergi klinik, nak scan perut wife aku. Nak tunggu spital gomen, depa kata dah tujuh bulan baru nampak jantina. Klinik yang aku pergi tu dah ada mesin ultrasound yang boleh ambik gambar 4D (four-dimensional bukan Magnum 4D aaaa). Sebelum ni gambar 4D aku tengok kat dokumentari 'In The Womb' NatGeo aje le.

So, wife aku tanya le kat doktor tu anak apa. Dengan konfidennya doktor tu kata "tengok kat kawasan ni..." Well, I instantly recognize that one bit of human anatomy...haha! Aku sebenarnya berhajat nak anak pompuan sorang lagi...but a child, whatever the sex, is a gift from Allah.

Now comes the next question, even though it's quite early...nak bagi nama apa? Aku dah list out dah nama-nama tu....yang pastinya ada 'Muhammad'. Juga yang pastinya takde 'Danish' (macam nama roti aje) dan 'Daniel' (sebab anak sedara aku nama tu jugak). Senarai aku macam ni -

- Muhammad Yazid
- Muhammad Syurahbil
- Muhammad Khalid
- Muhammad Abu Ubaidah
- Muhammad Amr'
- Muhammad Usamah
- Muhammad Qutaibah
- Muhammad Tariq
- Muhammad Salahuddin
- Muhammad Saad

Tu cadangan aku...tapi kalau mak aku veto...kena cari lain la....

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah! Semoga isteri dan anak dalam kandungan berada dalam lindungan Allah S.W.T.

Wassalam

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah!

Muhammad Salahuddin tu aku dak book siang-siang lagi la... ha ha ha!

mumuchi said...

Tahniah pha..pandai ko buat anak ya...aku aja menanti..ko buatler nama anak yang rhyme dengan nama ko, janji atuk nenek dia tak terbelit lidah nak sebut :>)

Anonymous said...

Pha, congrats ah tatau ler akak dah preggy lagi, btw semua nama tu makna dan bunyi pon sedap .... Yazid nama Abe Powerwoot ler pulak hehehehehe err pesal ek kalo mak Pha veto? agak2 apakah pilihan nama dia ek? mesti lagi masyuk.....

Yip

sayangmulut said...

muhammad ihsan...
muhammad adib...

anneNoNymous said...

kalau Muhammad Affan atau Muhammad Fattah pun sedap jgk bro.. :)