Kehebatan Mesin Teller Automatik (ATM) (ye la tu)
Aku ada dapat e-mail berikut:
"Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut.Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa(Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebar-sebarkan ya~"
Apa aku buat, aku terus ke ATM berdekatan. Aku buat macam yang dikatakan. Mula-mula aku terkejut sebab mesin tu jalan macam biasa, jadi aku setakat nak tengok baki akaun sahaja.. Tapi bila masa nak tunjuk skrin maklumat baki akaun aku...keluar
Nombor PIN Salah
Sila Masukkan nombor PIN anda dan tekan 'OK'
Usah kata polis...pak guard bank pun buat dekkk aje....Kalau aku input lagi nombor terbalik tu...alamat kad aku kena telan le. Tu aje le 'bantuan' yang bank boleh bagi!
2 comments:
sape la sebar kan dakyah ni..lol...
hahhahha...
Post a Comment