Thursday, September 27, 2007

Bawang Plastik

Lagi cerita menarik aku dapat dari internet:

Bawang Goreng segera,
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Bini
aku kata, bawang goreng komersil memang lebih garing sebab.......DAH KENA SALUT DENGAN TEPUNG, BUKAN PLASTIK!!!!

Kalau
plastik cair...maka berketul-ketul la bawang tu, dah la tu, terus tak boleh nak kunyah sebab liat!!! Appraaa...kalau nak buat urban legend kasi la yang munasabah sikit!

2 comments:

Unknown said...

menipu tahap gaban tu..baru pernah dengar cerita ni..ni mseti kes nak boikot bawang goreng..hohoho

ps: salam perkenalan

naem
[ diariwpress.com ]

Anonymous said...

diaorang tak tau ke rega plastik sekarang lagi mahal dari bawang :>P

*muchi*