Thursday, September 20, 2007

Highlander dan The Matrix!

Aku selalu juga online kat board 'History, Myth, Legends' di Forum Cari....dan aku terpandang satu thread bertajuk plan alam....aku tertarik la nak baca. Baca punya baca aku terus tergelak dan termenung sambil beristighfar...sebab

1. Pembuka thread mendakwa dia adalah seorang daripada 'highlander' dan mereka adalah orang 'yang diamanahkan Allah untuk mengatur perjalanan alam'.

2. Saddam Hussein adalah salah seorang dari mereka dan lubang dimana Saddam ditangkap adalah lubang ke penjuru lain alam (Alasan kenapa Saddam tak lari ialah kerana ianya 'plan alam')

3. Malaikat Izrail memberi pilihan tidak mencabut nyawa kepada Nabi Muhammad SAW di akhir hayat baginda.

4. Terkeluar perkataan '....jika Dia (Allah) berkuasa...'

dan banyak lagi!

Camne le boleh dikaitkan Yang Maha Pencipta dengan satu konsep dari filem yang keluar 20 tahun dahulu? Dan #4 tu dah boleh kira terpesong akidah tu...conclusion aku? Satu lagi Ayah Pin in the making. JAKIM dan JAI/MAI tolong-tolong le tengokkan!

Tu tak campur cerita yang alam ni akan musnah diganti alam lain...bukan akhirat, tapi dunia satu lagi...ingat ni plotline Matrix Trilogy ka, boleh reload-reload setiap 100 tahun?

5 comments:

mumuchi said...

ehehheheh...terlampau banyak hisah pipe shashlik ke amende tu kut

blackpurple @ jowopinter said...

Sah, sah terpesong tu..

foxey said...

adeh... ada juga orang macamni ek...

anakwatan said...

bro, cuba komen plak pasal kes "spaceflight participant vs astronaut" kita ni.. what is your oppinion? Chek dalam cari.com ruangan gossip..lu mesti ada pandangan sendiri kan..publish lah kat sini..

Anonymous said...

Aku dah baca..pa yg kau komen ada yg betul tapi ada yg ko tambah2..aku baca komen kau terhadap dia..nampak mcm bodo je..lps tu kena templak dgn highlander07..kesian kau
Kalau kau bagus sangat jagan padam komen ni..heee