Sunday, September 16, 2007

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kita tiba semula ke bulan yang penuh barkah dan kontra.

Kontra?

Ya!

Kenapa?

Kita tahu kan kenapa kita diwajibkan puasa? Tapi tengoklah di mana-mana...aku rasa kehadiran peniaga makanan meningkat 50% daripada biasa. Kuih yang menyembunyikan diri sepanjang tahun muncul kembali. PBT-PBT keluarkan permit ekstra untuk peniaga makanan. Kat TV pulak bercambah rancangan masakan (tu tak campur rancangan makanan raya/ biskut raya!) Hotel-hotel pulak sibuk mencanang pakej buffet mereka. Dan kalau dah buffet tu, sayang la nak makan sikit pasal dah perabih kurang-kurang RM40 sekepala!

Tu tak campur lagi promo untuk raya, yang muncul sebelum puasa lagi!

Selamat berpuasa!

1 comment:

foxey said...

selamat menunaikan ibadah puasa dan teraweh Al...