Thursday, November 25, 2010

Pra dan Pasca 18 November 2010 (Hehehe)

Pra 18 November 2010

Mula-mulanya si newbie dalam industri filem ni kata dia nak buat filem yang berpaksikan kehidupan masa kini dan akibatnya selepas kematian si pendosa. Dia beranggapan filemnya amat hebat yang mampu mengangkat martabat filem negara serta kegemilangan filem Melayu yang hilang sejak Studio Jalan Ampas ditutup. Juga sebab kehebatan filem dia maka dia berani sasarkan kutipan box-office yang mulanya RM12 juta, kemudiannya RM20 juta, lepas tu RM40 juta dan akhirnya ditambah 'atau lebih'. Filemnya pula dikatakan membuat penonton takut tanpa hantu, menangis tanpa kata-kata dan akibat menonton filemnya pula penonton akan meraung-meraung, pengsan dan mungkin terpaksa dipapah keluar panggung! Katanya lagi ramai yang dah demam-demam, menggigil-gigil sebab tunggu filem ni ditayangkan...punya la hebat ayat-ayat promosi...tapi ye la kan, dia sendiri jual ubat!

Juga katanya pawagam semua dah bersetuju nak tayang filem 2 Alam sahaja dan semua filem-filem Barat lain dihentikan tayangan bagi memberi laluan... Jadi dicanangkan lagi '85 pawagam, 700 skrin akan menyangkan dua alam!' Juga katanya ini cacat sejarah sejarah sebab 85 panggung akan tayangkan! (Padahal mmg syarat wajib tayang FINAS, semua panggung berdaftar wajib tayang....masa sebelum 2 Alam mungkin ada 70 panggung aje....kang tahun-tahun depan naik pulak 100 panggung bila-bila shopping complex baru siap....)

Langit Tak Selalu Cerah (Pratonton 21 Oktober 2010)
Filem ini akhirnya ditayangkan kepada peserta dan media yang berada di Festival Filem Malaysia ke-23. Kahabarnya pas masuk untuk filem 2 Alam ni habis lebih awal daripada filem-filem lain. Si Penerbit pun dengan seronoknya tulis 'Ini bukti kehebatan filem 2 Alam!' dan juga berkat kehebatan promo dia.....tapi bila khalayak yang hadir keluar....rata-rata memberi komen negatif. Komen utama ialah terlalu banyak adegan ranjang dan seks dan menyimpang dari tujuan asal filem untuk 'berdakwah'; lain-lain ulasan menyebut yang filem tersebut hanya setaraf telefilem (malah ada yang kata telefilem berkonsep serupa lebih baik dari filem ini!), juga ada yang kata filem ni bukan mengembalikan martabat filem Melayu tapi makin memusnahkan! Ditambah pula dengan jalan cerita yang tak teratur. Tapi Si Penerbit tetap tak mau mengalah malah mengatakan yang wartawan hiburan 'tiada mentaliti perjuangan' , 'dangkal fikiran' dan dengan nada agak bongkak berkata 'mereka tidak penting'. Dalam facebooknya, seorang penyokong (atau mungkin juga alternate account Si penerbit!) mengatakan filem 2 Alam umpama jet yang bergerak laju...dan komen pedas wartawan tak mampu nak 'tahan' jet tersebut....dan lupa jet boleh kena tembak peluru berpandu atau meriam anti-pesawat!

Pasca 18 November 2011
Hari ditunggu dah tiba! Si Penerbit membuat pelancaran tayangan dengan gaya DDR iaitu promosi/sesi bertemu peminat dibuat penerbit sendiri...tiada Aaron Aziz, tiada Suhailah Salam, tiada Faizal Hussein dan lain-lain....tak pernah dibuat mana-mana penerbit filem dalam dunia yang mempromosi filem oleh...penerbit berseorangan tanpa bintang filemnya! Dalam advertorialnya Si Penerbit berkata orang berpusu-pusu (kat Jitra aje la kot) nak menonton filemnya..tapi dalam gambar berlampir pun boleh nampak 'tak ramai'! Malah ada gambar menunjukkan kanak-kanak turut berbaris untuk membeli tiket......HARRY POTTER! Ye la filem 2 Alam tu kan 18PL, mana bebudak boleh tengok? Dan Sebut pasal Harry Potter and the Deathly Hallows Pt 1, filem tersebut mula ditayang pada 17 November, sehari sebelum 2 Alam! Dan melihat kepada listing panggung, semua filem, hatta Megamind masih ditayangkan..jadi mana dakwaan yang pemilik panggung beri laluan penuh pada 2 Alam? Dan itu juga bermakna cuma 85 skrin, bukan 700 yang menayangkan 2 Alam.....

Secara peribadi aku check booking di pawagam-pawagam GSC sekitar Malaysia. Sehingga online booking ditutup, aku tengok dalam 4 hingga 20 kerusi sahaja yang telah ditempah bagi setiap tayangan 2 Alam...mana dia orang yang berpusu-pusu tu? Malah ikut akhbar ada tayangan yang terpaksa dipindahkan ke bilik tayangan yang lebih kecil sebab kurangnya sambutan. Pada Jumaat berikutnya, keluar dalam advertorial beliau yang kutipan hari pertama 2 Alam ialah RM2 juta...tapi mengikut sumber yang lebih dipercayai, kutipan hari pertama cuma RM80,000. Ikut pemerhati, kalau 2 Alam nak capai RM40 juta, kutipan hari pertama mesti sekurang-kurangnya RM10 juta dan kutipan minggu pertama sebanyak RM25 juta. Dan hari ni FINAS keluarkan kenyataan yang 2 Alam cuma mampu pungut RM230,000......

Aku rasa masalah dengan filem ni iala, selain dari filem tu sendiri, ialah konsep promosi Si Penerbit yang terlalu banyak membuat dakwaan tahap merepek, self-promotion (dari poster sampai ke opening credits ada muka dia!) dan membesar diri. Walaupun berjaya raih publisiti tapi gagal diterjemah kepada kutipan tiket. Aku rasa kalau Si Penerbit bersikap rendah diri dan buat macamana newbie selalu buat, aku rasa tak teruk kritikan dia dapat baik dari media ataupun orang ramai. Takpe la Dr, jadikan iktibar......tapi tengok advertorial dia...masih macam sebelum 18 November...agaknya Si Penerbit kot yang berada di 2 Alam...alam nyata dengan Alam Khayalan!

Sebut pasal iktibar, aku rasa baik dia batalkan hasrat dia nak ambik Pamela Anderson berlakon filem berikutnya. Sebelum ni dia berhasrat nak ambik Pam sebab katanya Pam ni nama besar dalam industri filem dan populariti beliau akan jadi aset kepada filem dia.....masalahnya besar mana nama dia? Semua filem dia berlakon flop dan filem dia paling terkenal pun uh.....dilakonkan dengan laki dia masa tu...ehem. Populariti? Masa Baywatch dengan VIP ditayangkan ye la.....

3 comments:

mumuchi said...

er 83..tapi still terbanyak...dalam jumlah skrin la....tapi kutipam ;0)

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/gundik/kutipanfilem2alam.jpg

Anonymous said...

kat sini pun ada gak ulasan filem tu yer.. aik.. bro muchi siap keep track brape jumlah cinema yg main ini cerita.. lagi hebat.. ekekekekeeeee

marc_zman
mymil

Hairil Rizal said...

True to my expectation...

Orang cakap besar mmg tokleh idup punya...