Thursday, November 04, 2010

E-Mail Paling SAMPAH Aku Pernah Baca!!!

Aku terbaca e-mail berantai ni kat forum.....

"**SEBELUM TU SAYA AHMAD SAIFUL MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***


Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin. "U" bermaksud "USA" "I" bermaksud "Israel"

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSIKAN
BERSAMA***

WASSALAM"

Macam tajuk aku kata, ini email tahap longkang busuk kat pasar yang dah setahun tak cuci (mungkin lagi teruk dari tu). Berani pulak tu letak 'ini semua Qadha dan Qadar Allah'. Rata-rata kita tahun Upin dan Ipin adalah rekaan Les Copaque Production yang diterajui Haji Baharudin dan Hajah Ainon...orang Islam. Macamana penulis sampah ni boleh kata ni agenda Yahudi? Dah la tu mana ada kartun lain yang suruh orang solat, puasa, mendoakan ibu bapa dan lain-lain perkara yang disuruh dalam Islam? Logik ke kalau kartun tu agenda Yahudi tapi tunjuk ajaran Islam?!

'Upin' dan 'Ipin' adalah nama khas..pergi mana pun orang tetap panggil Upin dan Ipin. Dan bahasa Hebrew pulak bukan macam tulisan Cina - satu karekter boleh membawa pelbagai makna. Tulisan dan bahasa Hebrew adalah berasaskan abjad (dan sebenarnya hampir sama dengan Arab! Malah banyak perkataan yang hampir sama...). Kenapa pulak cuma empat huruf boleh jadi "Saya benci Rasul" atau "Saya Suka Israel"? Akronim? Kalau akronim, penulis tak tulis pulak apa perkataan panjangnya....Dan bertambah BANGANG bila penulis memberi maksud 'U' dan 'I' pada baju Upin dan Ipin.....

Dan pasal kartun-kartun Jepun tu....aku tak tau la macamana dia orang boleh kaitkan kartun JEPUN dengan Yahudi...juga dengan lagu Mamula Moon yang kini jadi lagu Negaraku.....

2 comments:

Hairil Rizal said...

Hmmm...email dari org gila lagi nampaknya.

Canggih org gila skrg sbb berkomunikasi dgn email :P

mumuchi said...

Bila retorik jadi pujaan dan pegangan, inilah jadinya.