Monday, May 03, 2010

Bila Doktor Jadi Penerbit

OK, sehingga hari ni siapa-siapa yang baca Kosmo atau dengar Sinar FM mesti ada terdengar atau terbaca promo filem Dua Alam terbitan Dr. Che Rozmey (of JusMate fame).

Aku sampai dah naik muak tengok muka produser ni hari-hari kat Kosmo...sekarang ni pulak keluar promo kat radio...nasib baik setakat voiceover pelakon-pelakon ajer....dengan DJ2 sebut nama pilem dia tiap kali lepas iklan..adoiiiii.

Rasa aku tak pernah ada promosi camni punya agresif kat Malaysia (nasib baik takde merchandising tie-in). Cuma yang aku tak tahan bila promo sebut "Fenomena dr (aku rasa sebab professional code of ethics) Rozmey Dua Alam" Ye la, filem tak tayang lagi, promo pun setakat promo 'kaku' tanpa trailer hatta seminit pun. Lagipun dia kata cerita dia lain dari yang lain. Tapi rasa aku la setakat cerita orang terima balasan sebab kufur dan engkar perintah Allah, cerita Isi Neraka tahun 60an dah buat dah tu tak campur drama TV lagi, tak campur video alam barzakh yang kontroversi kejap beberapa tahun lepas...jadi bukan la one of a kind...heheh.

Tapi yang buat aku geleng kepala ialah bila dia kata "Pecah Panggung...RM12juta!!" Dalam business memang le ada buat income projection tapi itu pun dibuat berdasarkan production cost, market sentiment dan macam-macam lagi faktor. Jadi dalam kes ni, adakah RM12 juta tu proper income projection atau "counting your chickens before the eggs hatch"? Kena pulak dia ni first timer?

Dan last sekali, tak pernah aku tengok penerbit sakan promo (diri sendiri). Biasanya kalau filem ni kepala yang ditugaskan promo adalah pelakon utama dengan pengarah...penerbit biasanya duduk diam-diam kat belakang. Heh, Steven Spielberg kalau jadi producer pun senyap aje.....

No comments: