Sunday, May 23, 2010

Cikgu Garang(!)

Mula-mula background story

ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hidung Muhammad Naim Sofwan Rosly mengalami pendarahan sehingga Rabu, selain mukanya turut bengkak terutama di kening kirinya.

Mangsa yang berusia sembilan tahun juga mendakwa pernafasannya tersekat akibat tamparan kuat itu.

Ketika ditemui selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Muhammad Naim Sofwan atau nama manjanya ‘Boboy’ berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengaku berebut buku dengan seorang rakannya yang sepatutnya dihantar kepada guru berkenaan yang naik minyak lalu menamparnya dua kali.


Berikutan sakit dan pening, Muhammad Naim yang mendakwa sakit serta pening, diberi amaran oleh guru berkenaan supaya tidak memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu dan setibanya di rumah, dia terus tidur sehingga petang.

Sementara itu, datuk mangsa, Ismail Din, 55, berkata, dia mendapati Boboy masih tidur apabila dia sampai dari Kelantan kira-kira jam 7.30 malam di Rumah Pangsa Seberang Terus di sini.

Katanya, ketika mengejutkan cucunya itu, dia ternampak tompokan darah pada baju sekolah cucunya dan selepas dipujuk, Boboy memberitahu apa yang berlaku.

“Ketika itu abang sulungnya yang berada di tahun enam sekolah sama, Mohd Naim Sofwan, memberitahu dia dipanggil guru berkenaan ke kelas adiknya ketika Boboy ke tandas untuk mencuci darah.

“Guru lelaki berkenaan memberitahu Naim bahawa adiknya buas dan meminta kejadian yang berlaku itu tidak diceritakan kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, berikutan tidak puas hati, dia membawa Boboy ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 8.30 malam kelmarin untuk membuat laporan sebelum dirujuk ke HSB pada malam sama.

Menurutnya, Boboy sekali lagi dihantar ke HSB kelmarin, selepas hidungnya berdarah dan ujian sinar X menunjukkan berlaku keretakan.

Ganas kan cikgu tu, tampar murid sampai camtu sekali? Cikgu hape camni??!!!!! Cikgu ni mesti ingat dia tenaga pengajar kat Xavier's School Of The Gifted.... lepas tu mesti tulang dia ala-ala Wolverine dengan Lady Deathstryke - ada adamantium!!

OK jokes aside, mungkin ada cikgu yang terlebih dalam menghukum murid....tapi dalam kes ni aku rasa skeptikal la si 'Boboy' kena tampar dengan cikgu sampai macam tu sekali. Kenapa?

1. Tamparan membuat tulang hidung retak - mula-mula sekali hidung tak bertulang, cuma ada rawan saja. Satu lagi penampar dihalakan kat pipi kan? Kalau penampar macam tu punya brutal, kenapa pulak tulang pipi ke rahang ke takde kesan apa-apa?

2. Kesan lebam dimuka terutama di KENING kiri - tapak tangan cikgu ni macam Popeye ke? Kesan tamparan boleh sampai kening?

3. Tamparan menyebabkan nafas tersekat - aku rasa ni Maggi Cukup Rasa aje. Kasi nampak dahsyat na kesan penampar tu.

Entah la...aku bercakap berdasarkan pengalaman aku kena pelempang cikgu dan juga arwah ayah aku. Bukan sekali, tapi berkali-kali dah la tu bukan jenis penampar 'sayang' tapi full force punya...takde pun hidung aku patah, pipi lebam (atau dalam kes sebelum ni, 'tisu pipi koyak')

Akhir sekali alasan kenapa dia kena tampar sampai macam tu sekali memang cukup lemau!

1 comment:

Hasrul Halid said...

Sib baik aku bukan cikgu.. kalau tak, aku kasik PENENDANG terus!

Depa ni kalau nak menipu pun agak-agak la..!