Monday, October 05, 2009

Alarm! Alarm! Invasion!!

Okey ni kata Adian Napitupulu, ketua BENDERA yang kata serang Malaysia.

Katanya rentcong Aceh, panah Papua, pedang Patimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja dan persumpah nak 'ganyang' Malaysia.
(OK parang kontot, parang panjang, keris Melayu, tombak, sundang, qiang, gun dengan nandao dah sedia...tu tak campur Steyr AUG, M16A1, MP5, FN MAG, FN Minimi, SG552, G36, SS77, M2HB....)

Kata dia lagi, 10 infiltrator dah masuk untuk buat network di kalangan pekerja Indonesia (1.45 juta orang) di sini dan pekerja ni ditugaskan untuk membakar tempat kerja masing-masing....
(Camne dia nak buat aku pun tak tau...dah la tu suruh orang tuang pasir dalam periuk nasi sendiri?)

Katanya atas kertas, mereka dah menang dah....(atas kertas je le)

Opening salvo pada 8 Oktober (Khamis ni) akan didahului 300 'patriot' yang ada ilmu kebal dengan menyerang Kuching dan Tawau; si Adian sendiri tak tau nama bandar kat Sabah tu tapi reporter kata mungkin Tawau). Dalam masa 9 bulan boleh tawan KL.....Bila ditanya kenapa tak serang KL terus, dia kata dia ikut strategi 'Uncle' Mao yang tawan kampung dulu baru bandar kecik lepas tu baru bandar besar.
(Ilmu kebal? Hmm penyerang balai BP tahun 1980 dulu kata mereka kebal, dalam tahun ni aja ramai perompak 'kebal' kiok jugak kena peluru 9mm PDRM.....Uncle Mao? Huh saki baki PKI apa dia ni?)

Ditanya kenapa buat tindakan (bodoh) sebegitu, kata dia
1. Malaysia rampas pulau (Wei mangkuk, kami menang fair and square, kat mahkamah! Atau Indon camni hanya kenal kekerasan - sebab dia dia cam tak kisah aje pasal penaklukan atas Irian Jaya dan Timor Leste? Kalau kita angkat Sipadan cara perang baru kira OK, gitu kot?)
2. Malaysia rampas budaya mereka (dia ni tak pernah dengar perkataan asimilasi agaknya lagipun dah beratus tahun proses tu berlaku....tapi sibuk jugak kata kita ni ex jajahan Srivijaya dengan Majapahit....)
3. Kes dera warga mereka di Malaysia - dia bagi contoh 34 kes penganiayaan. Secara spesifiknya kes Nirmala Bonat dengan kes orang kena hempuk polis/RELA/guard. (34 kes aje, abis kes kaum kau merompak, menyamun, pecah rumah, bawak lari barang tuan rumah, bawak lari anak tuan rumah tu camne? Kena aniaya pihak keselamatan? Siapa suruh masuk secara haram? Dah la tu kes pukul tu bukan orang Malaysia sendiri?)
4. Berkait dengan kes dera katanya sebab orang Malaysia diamkan diri maka dia guna pendekatan kerbau bawa lumpur semua terpalit...semua orang Malaysia jahat sebab diamkan diri (Abis ko nak kami ramai-ramai belasah majikan Nirmala tu pulak? Negeri engkau boleh la amal vigilante ni...)
5. Juga pasal Nirmala, katanya kalau serumpun kenapa camtu dengan rumpun sendiri? (Jawapan sebenar aku mungkin orang boleh salaherti...cukuplah kalau aku kata...kalau korang sama rumpun, apasal rompak kami?)
6. Bengang pasal Malaysia ekspot pengganas (arwah Dr Azahari dengan Noordin) menyebabkan negara lain sangka Indonesia penuh dengan pengganas) (Dua orang tu mastermind aje...mastermind mana boleh buat semua kerja....sah2 le anggota militan yang lain tu...Indon!)

Entah la kelakar pulak...macam le takde agensi keselamatan kat sini.....dia ni rupanya ahli PDI-P, kira ada terbawak2 era Sukarno la. Dia jugak antara pemimpin pelajar yang aktif ketika kejatuhan Suharto. Kira dia ada bahagian la dalam kejatuhan Pak Harto...tapi kalau dia ingat menyerang negara asing sama macam nak jatuhkan Presiden........hahah.

Oh kata2 terakhir dia "Saya tak gila. Hanya orang gila menyerang tanpa sebab". Kata aku "Orang gila aje tak mengaku dia gila!!!"

4 comments:

พคห รคเเ택 said...

Hahah...
klako betul konflik nih...
yang belah 'sana' buat statement cam tak pikir panjang lagaknya...

Hairil Rizal said...

Exaggeration everywhere on the other side.. Tremendous exaggeration!

Faizul83 said...

heheheh mengikut pengalaman aku baru 3 tahun jadi pegawai penyiasat jenayah kat KL ni... bangsa Indonesia antara bangsa luaq paling banyak buat jenayah, aku pun ada kawan2 indonesia gak.. kebanyakkan tak setuju ngan seberang, sebab hat dok hingaq tu tak penah turun Malaysia sebenaqnya... kesian hat dok cari rezeki halal kat sini....

lagi satu ilmu kebai ni kebanyakkan lintas laut tawaq la ^_^... lagi satu aku ada sembang ngan kawan aku (TUDM) pilot yang hantar bekalan kat indonesia.. dia cakap sebenaqnya Media ja lebih lebih.... orang kat sana tak ada apa apa pun...

Monty said...

Thhis is a great blog