Monday, December 17, 2007

Lame Claim To Fame

Siapa yang tak nak terkenal? Ramai orang yang buat kerja bijak (dan juga budusss) sebab nak terkenal. Aku pun nak terkenal, jadi aku nak 'tuntut' 'hak' aku sebagai originator benda-benda ni...hahaha

I - Frasa "...kapalterbang pun boleh kena rampas, inikan pula...."

Satu hari di tahun 1991 gitu, aku sedang berborak dengan classmate aku. Timbul cite yang dia minat kat satu mamat ni (classmate aku dalam cite ni pompuan la, hape, korang ingat gay ke?) Malangnya mamat ni dah ber-awek dan classmate aku ni melahirkan kekecewaan dia (konon). Jadi bertindak sebagai 'peguam setan' aku sebut ayat ni ..."Eleh, alangkan kapalterbang boleh kena rampas, inikan pulak si Mat X tu!" Dan aku tambah lagi "Cop, KAPAL pun boleh kena rampas*!" Dan sejak itu, banyak aku dengar ayat2 sebegitu, termasuk kat drama TV!

*Merujuk kepada insiden rampasan kapal SS Achille Lauro pada tahun 1985.

II - Trend bertopi

Juga masa aku di kolej, aku selalu memakai cap. Member2 pulak naik rimas sampai suruh aku bukak...mungkin sebab tak kena dengan style aku yang mat skema....tapi dalam jangka masa 3-4 tahun lepas tu, pemakaian cap menjadi fesyen....Tony Fernandes la ni pun pakai cap kalau muncuk kat TV. Adakah aku menjadi trend-setter?

Sekian edisi merapu hari ini....

3 comments:

fox said...

errr... what about my 'keskeskes' ? :p

xamel1975 said...

aku nk apply for copyright utk aku nye term '[menu] penuh kasih sayang'. Example "Mee Goreng penuh kasih sayang" - term yg aku guna kalau benda yg diorder kat kedai makan lambat sampai - sbb tukang masak memasak dgn 'penuh kasih sayang' (lambat la tu)

Yip said...

ALpha d Trendsetter hehehhehe walauwey m so honoured kenal ngan trendsetter ni....