Monday, September 03, 2007

Personal Attack

Aku dah agak lama la berkecimpung dalam forum maya ni..ada la sejak tahun 2003 kot, Dan aku pun join beberapa forum tempatan dan luar negara. Dan bila berforum tu biasa la..nanti ada masa pendapat aku kena sanggah, ada masa lain aku menyanggah pendapat orang lain pulak. Dan korang yang baca blog ni tahu yang aku suka menyanggah cerita-ceriti 'urban legend' seperti 'tauge disiram kencing' dan 'Coke beracun - pasal tu Yahudi tak minum/ Takde Coke kat Israel' atau petua merapu seperti cara menegangkan 'aset' wanita serta awet muda wanita dengan menggunakan...ah, korang sendiri pernah dengar kan? Aku bukan apa, tak nak masyarakat kita jadi bebal pulak dan terima apa sahaja yang ditulis dalam internet/e-mail etc etc.

Selama aku berforum, hari ni aku kena satu perkara...bukan tag tapi personal attack. Dalam sebuah forum tempatan, aku menyangkal dakwaan seperti yang aku kata kat atas tu. Aku tulis berdasarkan pengalaman dan logika. Biasanya aku tulis pun secara rasional (sesekali tu terlepas jugak kekasaran bahasa). Nampaknya ada sorang mamat ni cukup angin dengan aku...tengok apa dia kata

Personal attack No1
Dalam sedar tak sedar pun anda termakan b*b* sebab tengok perangai dan penulisan pun ada ciri2 kebabian.Contohnya mudah melenting dan mudah gelabah seperti b*b*. Awas ramai org kata dia tak makan b*b* tetapi sebenarnya sudah lama telan makanan drp sumber yg ada b*b*.Walaupun komen yg saya pasted diatas tu(kyron1-Ba- ditulis secara membabi-buta mungkin sekadar nak tambahkan bilangan postings saja.Biasalah b*b* kan banyak disana, sini, situ, pun ada !Jangan jadi b*b*!Jangan makan b*b*!

Personal attack No2
kepada khyron1 ,anda banyak makan makanan drp sumber yg ada b*b*,saya simpati dgn anda.Sebab tu saya lihat anda sedikit abnormal dan ada kecacatan yg ketara pada waras pemikiran anda.Mungkin mak bapak anda wajib lebih peka dgn makanan yg di berikan utk anda makan.Khyron1 berhentilah drp memakan b*b* or u urself already been a pig? Maybe!

Personal Attack No3
kyron1 ,u ada buah dada ?Kalau tak ada u better shut ur mouth up !Sebab ini hanya utk wanita bukan utk lelaki.U mungkin boleh sapu dada u dgn kanji tapi utk wanita utk gunakan petua lama ni wajib guna bahan yg disebutkan.U stay away from this topic okay. Just shut up!

Personal attack #1 dengan #2 bila aku kata 'patut la Pringles lama rasa lain daripada sekarang...pasal yang dulu ada lemak oink-oink kot'. Jadi dia guna posting aku nak attack aku la tu..tapi aku cukup tak puas hati bila dia libatkan mak bapak aku sekali....nak kena parang panjang ka?

Personal attack #3 tu..heheh. Sebab aku kata air tuuuttt takleh buat tegang 'aset'...tu semua bidaah lelaki yang banyak sangat tengok cerita blue...
Aku rasa dia bengang sebab aku kata 'jangan la kita macam ikan keli dalam parit...apa saja masuk dalam air kita belasah, termasuk la....' Abis cerita merepek camtu semua tahap 'bom'!
Final note : banyak yang kata Coke boleh hancurkan perut la, itu la ini la, sebab digunakan buat cuci gris. Abis, kalau perut hancur, kenapa takde siapa pun kata, bibir, lidah, tekak, esofagus, gusi, boleh hancur? Padahal tu temopat pertama menerima air Coke? Dan kenapa takde sape kena masuk spital sebab minum Coke? Macamana BP tak kata pemimpin bebal, sebab masyarakat dari mana pemimpin tu lahir pun bebal!!

2 comments:

Anonymous said...

I pity you, bro.

Memang most ppl akan percaya bulat2 anything sent thru e-mail. Mcm cerita pacat dlm kangkung, bayi muka ular (actually harlequin fetus syndrome)... paling best yg movie org kena sumpah jadi ikan pari. Cerita pasal makanan dari sumber babi tu jgn cerita la... habis segala benda ada babi.

Diorg ni taktau ke dgn main forward e-mail ni diorg actually subahat jugak menabur fitnah.

mumuchi said...

yo bro..mereka ni ada di mana-mana, buat tak paham ajalah, macam si razhar tu, tau berkokok aja tu..