Tuesday, June 22, 2010

Jangan Panggil Bos!

Terbaca dalam akhbar baru-baru ni.....

BEIJING: Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

“ Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.

Beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.

Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia tidak menggunakan panggilan bos kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu berkenaan.

Katanya, perkataan bos lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain."

Setahu aku la, perkataan bos atau boss dalam Bahasa Inggeris, berasal dari perkataan Belanda baas yang digunakan kepada saudara-mara yang lebih tua. Kemudiannya perkataan tersebut digunakan untuk orang yang berpangkat lebih tinggi. Jadi memang panggilan hormat pada asasnya.

Walaupun Profesor Emeritus Hassan kata panggilan tersebut tiada rasa hormat, aku rasa ianya lebih bergantung kepada intonasi si pekerja tersebut. Kalau dengan nada meleweh atau nak taknak, guna perkataan 'tuan' pun boleh menunjukkan rasa tak hormat tersebut!

Cuma aku keliru sikit bila Prof Madya Hashim Othman kata jangan guna 'bos' bagi membuktikan rasa hormat....tapi lepas tu dia kata lebih sesuai bila memperkenalkan, uh, bos kepada orang lain di luar organisasi. Jadi tak sesuai sebagai gantinama tapi sesuai sebagai kata nama? Poning den!

p.s. aku sendiri tak pernah guna 'bos' kecuali kepada pegawai atasan yang dah familiar/level kawan-kawan; itu pun dalam situasi tak rasmi. Tak pun aku panggil Mr/Encik xxxxx aje......

2 comments:

Hairil Rizal said...

Bos angah (bukan kawan along tu ya) pulak gunakan panggilan 'bos' utk sesiapa sahaja walaupun org itu hanyalah pekerja kontrak dari Nepal.

Lagi pening! Hehe..

Alpha said...

Hahaha...along guna bos pun kalau order kat kedai mamak.....dia panggil kita bos, kita panggil dia bos...jadi siapa bos?