Thursday, June 17, 2010

Ntahapaapantah Lagi

Mula-mula, petikan dulu

"Malaysia dan Jerman telah menghidupkan kembali projek kereta Mercedes-Benz berkuasa amat tinggi F1 (MERCEDES GP PETRONAS) yang pada asalnya dimulakan oleh Adolf Hitler NAZI untuk mendemonstrasi dan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa kejuruteraan Jerman "Deutsche Physik" (ilmu fizik jerman tersendiri) adalah lebih hebat dari "J├╝dische Physik" (ilmu fizik yahudi).

sebelum bermulanya projek menghidupkan kembali projek F1 Mercedes yang telah lama tertangguh sejak kejatuhan NAZI di Jerman, kerajaan Malaysia telah menghantar ramai orang-orang penting dalam industri pembuatan kereta ke Stuttgart, Jerman (ibu/pusat kepada Mercedes-Benz) untuk berbincang menghidupkan kembali kegemilangan Mercedes-Benz yang amat berjaya semasa zaman pemerintahan Fuhrer Adolf Hitler. Selepas perjumpaan di Stuttgart, Jerman itu maka tidak beberapa lama selepas itu terbentuknya satu pasukan dinamakan MERCEDES GP PETRONAS FORMULA ONE TEAM dengan pemandu-pemandunya semuanya dari Jerman iaitu Michael Schumacher (juara 7x F1), Nico Rosberg dan Nick Heidfeld."

Aku tak tau la, dah zaman informasi macam sekarang masih ada lagi orang menulis benda-benda macam ni....

Betul, beberapa projek berprestasi tinggi di zaman Third reich memang untuk menunjukkan kehebatan bangsa Jerman, bukan setakat Yahudi sahaja tapi berbanding semua bangsa dalam dunia! Dan pasal 'Hitler mulakan projek F1' tu, minta maaf la, Mercedes dah ditubuhkan pada 1886, tiga tahun sebelum Hitler lahir dan Mercedes terlibat dalam perlumbaan GP sejak 1923, tahun Hitler disumbat dalam penjara. Tapi tak dinafikan la, selaras dengan sifat Hitler yang suka bermegah-megah, team Mercedes (dan Auto Union aka Audi) ditaja kerajaan Jerman pada tahn 1930an dan dapat tiga kali kejuaraan.

Dan pasal "projek menghidupkan kembali Mercedes F1 selepas kejatuhan Nazi"...ni pun satu hal lagi. Tahun 1954 Mercedes kembali beraksi di F1 sampai 1955 sebelum menarik diri dari pertandingan selepas kemalangan yang melibatkan kematian pemandu Merc dan 80 penonton di Le Mans. Dan walaupun lepas tu tiada factory team Mercedes, Mercedes tetap support team macam Sauber, Force India dan paling terkenal, McLaren. Jadi bukan la senyap 100% dari 1945 sampai 2009 kan? Dan satu lagi bila Malaysia hantar orang ke Stuttgart tu...tu bukan 'orang penting dalam industri pembikinan kereta' tapi orang Petronas sebab nak bincang sponsorship!

1 comment:

Hairil Rizal said...

Pelik sungguh la org2 ni.. suka hati aje menulis without facts.