Tuesday, September 08, 2009

Kuning Ka Hijau?

Satu masa dulu 'Merah ka hijau?'

Dah berapa ketika rakyat negara ni diperkenalkan dengan petroleum gred RON95. Dalam beberapa forum, aku tengok ramai mengeluh yang kenderaan mereka jadi underpowered, enjin makin kuat vibrate dengan penambahan penggunaan minyak. Tak kurang juga yang kata takde perubahan dan penggunaan minyak masih sama. Juga ada yang kata performance makin baik (biar betul?)

Ramai yang marah dengan langkah gomen perkenal dua gred petrol ni. Ada yang samakan Research Octane Number (RON) tu dengan kualiti petrol (lagi tinggi RON lagi 'berkualiti') OK memang ada kaitan tapi bukan le lagi tinggi RON lagi baik)... Aku pun bengang jugak...bukan apa, itu hari kat Petronas habis semua pam jadi RON 95....kalau aku nak isi RON 97 dah tak boleh dah.....

Berkait dengan minyak ni, ramai yang perlekeh bila kerajaan bandingkan harga minyak dengan negara lain. Sama jugak dengan kes RON95 ni. Tapi bila aku tengok kat wiki (ye la wiki tu sapa2 boleh edit tapi ada jugak dia bagi reference) aku dapat tahu kat banyak negara RON95 ialah minyak premium, Arab Saudi contohnya pakai RON91 dengan 95 aje dan dalam sesetengah negara macam Ireland cuma ada RON95 aje.....

Jadi kenapa susah hati na bila kena 'downgrade' RON ni?(Kecuali pengguna kereta yang memang tak digalak guna RON95) RON95 kat Malaysia ni lain ke daripada negara lain? Atau peluang nak salahguna performance kereta dah berkurangan?

2 comments:

Anonymous said...

er bukan ke RON95 dah jadi hijau sekarang..entah bg aku setakat dalam KL ok lagi..tapi hiway mungkin ada kesan sikit..tapi too early to tell yet.

-mumuchi-

Hairil Rizal said...

ROn95 Shell - kuning. Petronas pun nak tukar pegi kuning gak.

Sesuai kat Kedah nieh.. Hijau Kuning!