Sunday, February 15, 2009

Bijak Tapi Jahil

Dalam dua minggu lepas, wife aku tengok Nona kat TV3. Dia cerita kat aku pasal satu segemen dalam rancangan tu. Kisahnya pasal sorang budak lepasan PMR...katanya dapat 10A1. Bagus le.

Cuma...yang tak bestnya, untuk meraikan kejayaan tersebut, parents budak tu buat parti yang 'diserikan' paper dolls....aka bapok. Kalau setakat jadi celebrity impersonator tu OK lagi...ni tahap showgirls Las Vegas...sampai kena blur part-part tiruan paper dolls tu! Mak bapak dia siap ada masa tu dan wife aku kata anak dia yang baru 16 tahun tu pun dressing maut dimana bukan la dia pakai kain kapan tapi seksinya terlampau sangat!

Jadi apa gunanya 10A1 kalau dalamnya kosong? Dan aku teringat lirik lagu Raihan

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Kalau yang bertaqwa pun takleh nak turunkan iman kepada keturunannya, inikan pula ayah yang tak bertaqwa?

3 comments:

mumuchi said...

er deme saja panggey paper dolls tu kalau tidak tak dapek la masuk nona weh..best sangat ke dapat 10A1zaman ni, berlambak lagi yang lebeih bagus apa..

er dolu-dolu sebok panggey melayu macam ni melayu baru..sekarang nak panggey apa pulak gamaknya?

Foxey said...

pengisian minda je... rohani kurang...

rianiqa said...

10A1, 8A jek... malu nye kalau hadir majlis tu.. paperdoll tu cakap kerja tu 'halal..' xNAKMUNTAHx