Thursday, August 21, 2008

'Jin' Gua Hira'

Alkisahnya, seorang jemaah haji sedang mengambil gambar dalam Gua Hira'. Bila dicuci negatif, keluarlah imej yang mengerikan ni (masa ambik gambar takde, kununnya la)


Katanya jin yang menghuni Gua Hira'. Maka dengan keajaiban internet dan e-mail maka gambar ni beredar seantaro dunia. Ramai jugak yang percaya!

Tetapi terima kasih kepada En. Ali Murat Guven dari Turki, maka disahkan gambar ini ialah jin yang menghuni sebuah gua di Bristol, England. Dan mengikut En Ali lagi, mata jin tu memang merah menyala, hasil ehsan PowerGen, National Power atau Nuclear Electric. Kalau pengusaha gua pelancongan tu tak bayar bil api, maka mata jin tu pun padaaaammm....


Jadi bukan semua gambar tu real seperti didakwa, OK?

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Jin yang dilahirkan oleh teknologi.

:D

Anonymous said...

GAMBAR YANG SEBENAR DAN SEUMPAMANYA.. MULA-MULA TERSIAR DI AKHBAR DAN DADA MAJALAH SEKITAR TAHUN 1967 - 1968 IAITU LEBIH 40 TAHUN DAHULU.

MANA LEBIH AWAL...REPLIKA DI GUA EMGLANG ATAU GAMBAR YANG TERSIAR 40 TAHUN DAHULU.