Thursday, April 17, 2008

Bureaucrats Talking Bureaucrap

Salam semua. Aku terfikir sejenak saranan seorang big boss ni. Dia kata dia nak minit mesyuarat siap dalam masa 24 jam sebab ingatan ahli mesyuarat masih segar lagi nak buat tindakan. Kalau dah berhari-hari (malah berminggu-minggu), dah tak ingat, tak buat kerja dah memudahkan tunding-menunding jari di kemudian hari. Benar katanya cuma kesian le setiausaha nak siapkan minit untuk mesyuarat yang dijalankan sehari suntuk!

Tapi yang menarik perhatian aku ialah teguran beliau atas 'tiada minit - tiada tindakan'. Bagi aku adalah sesuatu yang amat menjengkelkan bila staf berkenaan tidak berbuat apa-apa semata-mata sebab 'tiada minit'. Habis korang tak ambik nota peribadi ke masa meeting? Atau tidur? Keputusan dah tau, buat aje le, apa kejadah nak tunggu minit?!

1 comment:

Sastri said...

hmmm... bukan ke at least 3 days after the meeting kena siap ke? yang tak ambil tindakan sebab takde minit tu memang takleh diterima... samada malas atau tak dengar apa yang dibincangkan dalam meeting tu... :p