Wednesday, August 08, 2007

Newcomer!

Kepada rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog merapu ni, aku dah lama tak update sebab outstation minggu lepas - ada seminar kat Putrajaya. Anyway, sebagai suami dan ayah yang jarang berenggang dengan familinya, aku keep in touch dengan wife dan anak aku. Wife aku mengadu yang dia selalu rasa lepak aje masa aku takde...aku melawak, biasanya Nabila yang jadi camtu, ni you pulak? Wife aku kata bukan setakat lepak tapi dia kata dia pun tak berselera nak makan....so aku kata nanti balik aku bawak dia ke klinik la.

Jadinya, aku bawak la wife aku ke klinik. Guess what? Nabila akan bertukar status dari anak tunggal kepada anak sulung!!! Doktor kata wife aku dah 9 minggu pregnant! Ya Allah, aku memang bersyukur sangat-sangat sebab dah enam tahun kami tunggu. Mak aku kata itu berkatnya sebab kami sabar bertahun-tahun (dia tahu, ada mangkuk yang dok racun kata wife aku barren la, itu la, ini la). Juga masa tu antara detik yang menyebabkan airmata aku gugur....(hey, it's OK for a man to cry in such circumstances, alright?)

Aku menunggu Mac 2008 dengan debaran dan harapan. Oh, BTW, Nabila sekarang suka tekup muka kat perut mama dia sambil tergelak-gelak...dia tahu adik dia ada dalam tu kot....

14 comments:

Unknown said...

congrats. syukur. kena jaga wife elok2. orang kata, kalau jarak anak jauh org yg mengandung tu ibarat mengandung kali pertama, jadi kena jaga elok2..

pepun tahniah.. :D

Anonymous said...

tahniah nabila.... jadi akak la skrg nie.. ;)

JBM8141 said...

hehe naik pangkat koperal la tahun depan yek.

Hasrul Halid said...

Tahniah bro... tahniah!

mumuchi said...

Tahniah Alpha!. Semoga semua berjalan lancar dan Selamat Melahirkan!Wa pun sama, tunggu 6 tahun untuk yang kedua!

JamOren said...
This comment has been removed by the author.
JamOren said...

tahniah bro...harap selamat semuanya...

Nazri Razali said...

Tahniah, Alpha!

Anonymous said...

Alphaaaaa.... Tahniahhhhhh.... a new baby in on the way... berkat kesabaran u guys nih... anyway, lama dah tak dengar cerita dan tengok gambar Nabila... How's that Curly Sue doing? mesti dah besar dan makin keletah dia ek... :D

Alpha said...

semua

Terima kasih kengkawan...tak la Nabila boring sangat bila kawan dia balik...

foxey
Curly Sue dah tak curly sangat dah...keletah makin keletah...cakap pun payah nak berhenti!

Anonymous said...

mesti cute gilos Curly Sue tu... cakap dia pelat tak? :p

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah Alpha!

Laaa..Dah sampai Putrajaya apasal tak sms. Boleh minum-minum. He he.

Alpha said...

foxey
You can say that :D. Pelat? Ha'ah..pelat omputih, really.

BP
Aku mana ada no handset ngko da....

anakwatan said...

congrat bro..happy aku dengar..hehe