'Buat Minum Kopi, Tok'
Rasuah, korupsi, bribery, duit kopi...semua tahu amende ni dan implikasinya. Aku tak nak cakap rasuah yang melibatkan 'orang besar' aka 'jerung' dengan jumlah duit yang skrin mesin ATM tak pernah nampak bila aku nak ambik duit aku...aku nak sentuh rasuah kategori 'bilis'.
Kenkadang bila kita ditahan polis atau JPJ kerana melakukan kesalahan jalanraya, kita merayu minta dilepaskan/dimaafkan (biasa la kan, aku pun buat camtu). Dan juga kadang-kadang/jarang-jarang/sekali-sekala/ banyak kali/kerap (tengok persepsi masing-masing) juga anggota yang menahan kata 'benda ni boleh selesai' i.e nak kena suap la tu! Maka kita dengan rela atau terpaksa menyerahkan not-not tertentu untuk melepaskan diri. Kemudiannya kita menyumpah seranah mereka kerana terlibat dalam korupsi. Sampai buat lagu rap lagi....
Cuba kita bermuhasabah diri sedikit (kalaupun mereka tidak). Kita sebenarnya mementingkan diri kita sendiri. Kita lebih fikirkan yang wang kita akan melayang mungkin RM150, mungkin RM300 kerana kesalahan trafik. Kita lebih rela hanya keluar mungkin RM50, mungkin kurang, mungkin lebih sikit semata-mata nak kurangkan kerugian. Kita tak pernah terfikir yang wang itu akan diguna untuk diberi makan kepada keluarga mereka, wang yang boleh membawa mereka ke neraka...dan kitalah pemegang sahamnya!
Apa salahnya jika diminta suapan, kita hanya setakat meminta maaf kerana melakukan kesalahan, berharap agar dapat dilepaskan dan redha menerima hukuman atas kelalaian kita? Aku tahu, ada yang kritis atas pemakaian lencana 'saya anti rasuah'. 'Pakai aje lencana tapi rasuah jugak' kata kita. Tapi juga salahnya kita menyedarkan mereka yang mahu duit kopi dengan menunjukkan kepada lencana mereka? Ni kita pun sama...bak kata omputih 'It takes two to tango!'
No comments:
Post a Comment