Tuesday, January 26, 2010

Kebetulan?

Beberapa minggu (ke bulan?) lepas beredar satu e-mel yang mengatakan salah satu jenama sardin terpopular di Malaysia ni mengandungi bahan tak halal yakni katak...bagi tujuan menyedapkan sardin tersebut. Beberapa tahun lepas syarikat sama dikatakan menggunakan lendir siput babi...juga bagi tujuan menyedapkan produk mereka (dan aku ada buat entry pasal perkara tu).

Dan tak lama lepas pengedaran emel tersebut...satu syarikat Bumiputra terkemuka (yang selama ni mengeluarkan rempah dan rencah sahaja) mengeluarkan pula sardin mereka.....

Kebetulan? Atau taktik kotor perniagaan? Mencari yang halal tu fardhu bagi umat Islam... tapi perlu ke pencarian tu melibatkan fitnah? Ada ke konsep matlamat menghalalkan cara dalam Islam?

Dan akhir sekali, kenapa kita masak kat rumah walaupun tak letak spender dalam periuk, kasi jin kencing dalam kuali, guna lendir siput, daging katak, alkohol atau lemak babi, masakan tu tetap sedap?

2 comments:

Hairil Rizal said...

Excellent observation along. Looks more like taktik kotor disitu.. Realitinya mmg byk sgt konsep pendengki dlm dunia bisnes nie..

Bila nk buat entry psl Aduka Taruna bodoh tu?

Alpha said...

Tak baca...so malas la nak respon. Anyway, perasan tak orang2 yang kutuk2 arwah Sultan tu semua bukan orang Johor?