Wednesday, February 03, 2010

Kami Ajar Mereka Berniaga

Hujung bulan lepas, aku ke Alor Setar untuk belanja bulanan. Macam biasa aku berhenti dulu kat Bank Islam kat Mergong...cuma kali ni aku pelik sikit, mana pergi orang2 yang selalu duduk depan pintu bank minta derma.

Esoknya bila aku beli paper, baru aku tahu rupanya JKM ada buat operasi nak interview budak-budak asarama anak yatim atau sekolah yang dok menjual minyak angin/CD/derma. Patut lengang aje...sampai mintak derma masjid/ surau pun cabut!

Aku sebenarnya rimas tengok orang mintak derma depan bank ni. Strategik memang strategik tapi kalau nampak orang-orang ni jadi situasi serba tak kena. Tak nak derma, depa dah duduk tengok muka kita...nak derma, kita ambik duit tu sebab nak pakai (kena pulak jenis macam aku yang nak pakai duit baru ambik). Entahlah, tepuk dada tanya isi hati!

Ok aku sebenarnya nak sentuh pasal budak berniaga ni. Dulu lepas kes kemalangan kat highway bila paper buat feature article, pengurusan sekolah kata itu sebahagian dari 'silibus perniagaan' dan mengikut contoh Nabi Muhammad SAW berniaga.

Aku kata...
- Nabi dulu dok usung beg ke hulu ke hilir dengan ayat dan suara macam robot ke?
- Perniagaan adalah konsep menyeluruh dan bukan setakat buat sales
- budak-budak ni kebanyakannya aku tengok dah tahap comot dan keletihan...apa 'cikgu' dia tak bagi makan ke?

Bagi aku la, kalau ya pun nak buat 'silibus perniagaan' apa salahnya sekolah ke rumah anak yatim ni bukak kedai runcit...ala2 kampung tu sudah le kat sekitar Kedah ni yang berdekatan dengan lokasi masing-masing. Keluarkan modal lepas tu untuk masa atau hari tertentu, suruh budak-budak tu duduk kat kedai dan uruskan (dengan seliaan orang dewasa le). Ajar mereka macamana nak urus stok, macamana nak urus kewangan, macamana nak layan pelanggan...baru la sesuai...Ini aku tengok tak lebih jadi kuda syarikat minyak angin dengan CD!

Satu lagi, sebelum-sebelum ni aku bagi duit kat bebudak ni suruh beli air ke roti ke. Silap-silap budak2 ni simpan duit tu lepas tu bagi kat 'cikgu'. Lain kali kalau aku terjumpa...aku nak tanya direct - adik dah makan/minum ke? Kalau tak, aku belikan terus daripada bagi duit kat 'cikgu' dia!

2 comments:

Unknown said...

betul. memang kasihan. sampai kat taiping ni pun ada budak-budak tu. saya pernah nak bagi duit untuk dia pi makan. tapi dia masuk dalam poket. sekali, saya pernah tanya, dia dah makan belum? dia tak jawab... tapi dari gaya bahasa, memang nampak tak makan... saya beli air mineral dan roti bagi... huh! saya teringin juga nak jumpa cikgu-cikgu yang mengantar budak-budak ni... tak da hati perut ka??? budak2 tu, ada yang kecik lagi....

Hairil Rizal said...

Ada segelintir yg keluar bahasa kasar bila kita tk beri derma..