Thursday, October 30, 2008

Singa Gunung Dari Perancis

Sejak dua menjak ni cerita pasal Eurocopter EC725 Cougar jadi topik hangat. Sebabnya? Pihak pembangkang dakwa harga pembelian adalah terlalu tinggi berbanding pembelian helikopter yang sama oleh Brazil atau dengan kata lain, ada charcarodon charcarias makan berjuta-juta ringgit dalam bentuk komisen/tendang balik atau apa-apa bentuk korupsi. Akibatnya? PAC masuk campur dan walaupun pembelian ditangguh, aku rasa lebih bersebab politik daripada keadaan ekonomi dunia.

Walaupun pembangkang bertindak sebagai check and balance dalam pentadbiran negara, nak membangkang tu kena la juga berotak. Dalam kes ni, antara kata apek Ipoh Mali ialah kenapa Brazil beli 50 Cougar pada harga RM84 juta sebuah sedangkan Malaysia beli 12 helikopter yang sama pada RM193 juta sebuah.

Masalahnya, dia tak cakap pun samada spec pembelian Brazil sama dengan Malaysia. Dan dia lupa konsep 'economies of scale' Kalau beli banyak/pukal maknanya harga se unit akan makin turun. Dan sebut juga pasal spec, rasa aku pembelian Brazil tu ialah untuk versi utiliti manakala walaupun pembelian Cougar tu dilaporkan sebagai pengganti Nuri, ianya ialah untuk mengganti Nuri dalam operasi C-SAR (Combat Search and Rescue yang perlukan lebih peralatan canggih macam FLIR (Forward Looking Infra Red), LLLTV (Low Light Level TV), INS (Inertial Nav System), TFR (Terrain Following Radar), NVG dan armor dan persenjataan tambahan dan mungkin juga keperluan IFR (In Flight Refueling). Itu sebabnya lagi mahal. Lagipun dia sendiri salah quote harga tender pada RM2.3 billion sedangkan harga sebenar ialah RM1.1 billion.

Dan kalau dikira, pembelian Malaysia lebih murah (secara relatif la) berbanding pembelian helikopter yang sama UNTUK TUGASAN C-SAR oleh negara pengeluarnya sendiri. Perancis berbelanja 271 juta Euro untuk 10 helikopter berbanding Malaysia yang berbelanja 233 juta Euro untuk 12 helikopter. kenapa takde siapa sentuh hal ini? Kecuali kawan-kawan dalam forum?

Gini la...untuk perbandingan. Anggap dua orang beli kereta yang sama, katakan Honda Civic. Sorang nak guna untuk dia berulang alik ke pejabat, hantar anak sekolah, pergi kedai dan balik kampung. Sorang lagi pulak requirement dia nak merempit dan sebab nak merempit, dia nak tukar brek Brembo, pasang turbo dan 1001 macam lagi modifikasi bagi membolehkan dia jadi juara, takpun dia beli Civic Type R. Kalau kira balik, dah pasti kan harga/kos berlainan sedangkan kedua-duanya Honda Civic? Heck even Persona pun lain-lain harga tengok Line mana!

Aku rasa dalam hal ni laporan silap yang menyebabkan kecelaruan ini....kena pulak penender yang kalah keluarkan anggur masam dia....

Kredit diberi untuk tin dan MMC dalam penghasilan entry ini.

4 comments:

mumuchi said...

itu apek bukan ipoh mali la...ipoh mp ajada....

er kita tulis semua ni ada worang baca ka...especially itu worang2 yang konon-konon internet savvy tapi otak tara savvy jugak kekekekekke

Alpha said...

Takpe la...janji dia rep untuk ipoh...kila ipoh mali la....

Tarak apa la...worang mau baca ka tara mau ka..kita tulis aje!

SelumbarKayu said...

saya menyokong sistem pengukuhan persenjataan moden. tatapi harus di ingat adakah lebih baik mendapatkan harga jauh lebih murah tetapi lebih kukuh.

adalah sesuatu yang sukar di percayai dewasa ini pembelian pertahanan kerajaan Malaysia banyak mengalami kegagalan serius. pembelian yang tidak berhati2 akan merugikan kita.

adalah lebih baik pengunaan helikopter yang jauh lebih murah dan kos yang efisien di pilih..

helikopter MI26 untuk pengangkutan taktikal berat dan mi 17 (sekitar 10 juta us untuk standard) adalah pilihan menarik untuk di nilai.

saya punya pendapat

Alpha said...

Saudara...kita sedang bercerita tentang heli CSAR, bukan heavylift atau general utility. Lagipun mesti ada sebab kenapa TUDM tak mahu heli Rusia....