Monday, August 20, 2007

Combat!

Siapa yang tak pernah lagi tengok iklan Merdeka TV3? Memang menarik iklan tu..teringat pulak aku zaman bebudak tu...exactly like that. Dalam iklan tu tak tunjuk, tapi semua orang nak jadi Sgt Saunders...jarang yang start main nak jadi Kirby, Littlejohn, Caje, hatta Lt Hanley (Doc lagi la). Sebabnya senang aje...Sgt Saunders yang banyak ditonjolkan jadi hero dan ikut kefahaman aku, dalam mana-mana tentera sarjan la yang jadi 'gam'/ abang sulung/ bapak dalam unit kecil. Kena pulak dia pakai SMG Thompson. Dan Sgt Saunders kena tembak 'tak mati' tu senario biasa la...hero la katakan. Kalau hujung minggu mesti main 'combat' punya la...kat sekolah masa rehat pun sempat lagi! Mana yang kurang kemampuan (atau tak sempat) senjatanya setakat ranting kayu. Yang OK sikit bawak senapang mainan. Balik rumah kena 'combat' pulak dengan mak pasal dah kotor bolor!

Sekarang, siapa yang boleh tangkap mesej di sebalik iklan tu?

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Mesejnya, kan Majlis Fatwa dah putuskan meletakkan kalungan bunga di tugu negara itu haram....

[isk! ke situ pulak aku ekk..]

Hasrul Halid said...

Mungkin aku terlalu daif untuk memahami mesejnya... tapi apa yang tersurat, yang aku nampak... pengarah tak buat homework betui-betui.. Uniform model tu tak menepati langsung ciri-ciri sorang 'sojar'. Tah mana punya pak guard punya 'beret' dia gasak ntah!

AKu ingat aaaa, adik aku punya uniform KRS lagi hampir tepat untuk menunjukkan model sorang 'askar kecik'!

Kehkehkeh!