Friday, February 15, 2013

Ubat Pandai

Dalam Metro hari ni, aku terbaca iklan satu iklan syarikat perubatan alternatif (yang sebenarnya ada setiap hari, cuma kali ni aku terpanggil nak menulis). Iklan tu kata produk dia, antaranya minyak sapuan yang telah 'dibacakan 30 juzuk Al-Quran' (sepertimana produk2 dia yang lain). Lepas tu macam biasa ada testimonial. Terstimonial tu kata 'Anak saya malas belajar, asyik nak main video game bila balik sekolah...taknak ulangkaji dan buat homework. Dekat2 peperiksaan, saya calit minyak ni kat dahi dia dan campur dalam air mandi dia. Dia terus cemerlang dalam peperiksaan dan KINI dia dah terer dah, manjang dapat nombor satu! (lebih kurang macam tu le)

Aku bukan menidakkan mukjizat Ayat-Ayat Al-Quran...dan kalau Allah kata 'Jadi!' maka jadilah perkara yang dikehendaki-Nya, cuma aku sangsi sikit dengan testimonial tu....takkan setakat calit minyak kat anak tu automatik budak tu terus jadi genius dalam exam? Ni bukan kes budak tu dah study, dah pergi tiusyen dah pergi kelas motivasi tapi dah bahagian dia tak pandai-pandai jugak...ni memang kata anak dia tak study langsung, asyik main aje? Sedangkan Allah dah berfirman dalam Surah Al-Ra'ad, Ayat 11 yang dalam Bahasa Malaysia ".... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Dan dalam ayat ni kekefahaman aku ialah sesuatu kaum tu kena berusaha secara lahiriah dan batiniah untuk mengubah nasibnya...bukan main calit-calit aje tanpa usaha sebenar.....Wallahualam....

p.s. Macam mana dia bacakan 30 juzuk Al-Quran depan produk-produk dia? Ada orang tadarus depan beribu2 botol? Atau guna CD Al-Quran aje? Ada guna equivalent 3x Surah Al-Ikhlas = 1 Al-Quran? Serta guna konsep 'air Yasin' (Air yang baca depan orang baca Yasin, bila nak habis, top-up aje...kira masih ada khasiat....) Jadi tak perlu berkali2 nak duduk depan botol2 air...cuma baca sebotol lepas tu expand air tu....

No comments: