Tuesday, April 10, 2012

Local = Tak Bermutu (Ye La Tu)

Aku baru aje 'melepak' kat forum Mymil bila terbaca posting oleh standupper pasal kemalangan jalanraya di Terengganu semalam yang mengorbankan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Terengganu. Tapi bukan kemalangan tu sendiri yang si stand ni nak cerita, sebaliknya ada komen dalam Facebook yang kurang tepat yang juga menunjukkan mentaliti sebahagian rakyat Malaysia sejak dulu-dulu lagi. Komennya?

"Naib baik diaorang bukan naik kereta buatan Malaysia. sorang aje mati. klu kereta buatan malaysia tu saya rasa semua sekali arwah"

"Jgn beli kereta buatan malaysia.murah tak juga. Mahal adalah selamat jauh sekali. 60km je accident mata (mati?) 80% temgoklah dalam TV yang banyak mati accident kereta adalah dari kereta kebanggan malaysia"

Jadi, kalau katakan van tu sebuah Proton (biasanya yang jadi mangsa ni Proton, Perodua tak pulak) makanya, semua tu mati la ye, sedara? Adakah ajal maut seseorang dalam kemalangan ditentukan oleh jenis kenderaan, bukan Qadha dan Qadar Allah? Agaknya kalau ditunjukkan sahaja gambar keadaan van yang remuk sekali tu (tanpa mengetahui apa terjadi kepada pemandu dan penumpang) rasa aku silap-silap dia kata, "Mati semua ni"...dan BUKAN "ni van Toyota...ada yang hidup ni...." Sepupu wife aku pernah alami kemalangan dalam situasi yang hampir sama dengan Iswara Aeroback dia - tokey bengkel siap tanya "Berapa orang mati?". So sedara dalam FB tu, boleh terangkan kenapa sepupu tu tak mati padahal dia bawak kereta buatan Malaysia? Atau terangkan macamana Princess Diana boleh mati dalam Merc S-Class yang langgar tembok pada kelajuan 130km/j? Atau sedara-mara yang terkorban bila Toyota Wish dia jadi scrap metal pada awal tahun tempoh hari?

Pelanggaran pada kelajuan 60km/j aje dah boleh mati? Mungkin ye kalau tak pakai seatbelt, jatuh gaung atau terperosok bawah lori. Dan kereta paling banyak kat Malaysia ni sah-sah le kereta buatan Malaysia, jadi kalau berlaku kemalangan pun banyak le yang libatkan kereta buatan tempatan!

Memang Proton tak sempurna (siapa aje yang sempurna?) tapi kalau merapu kata kadar kematian lebih tinggi sebab kereta tempatan aku rasa sudah lebey......

No comments: