Wednesday, November 16, 2011

Muzium Ouessant Melaka

Baru-baru ni (dua hari lepas je) ex-SSK Perancis Ouessant tiba di Melaka untuk dijadikan muzium. Kapalselam bekas Marine Nationale Perancis ini digunakan TLDM melatih kru kapal selam kelas Perdana Menteri dan aku sokong sepenuhnya usaha ni....kat US dah banyak museum ship sebegini dari USS Intrepid di New York sampai USS Missouri di Pearl Harbor. Masa aku kat UK pulak aku berkesempatan melawat HMS Belfast. Walaupun bukan 100% milik kita pada asalnya, sekurang-kurangnya ia boleh membuka minda rakyat tentang teknologi ketenteraan dan juga azabnya berada dalam kurungan besi bawah air demi mempertahankan negara.

Tapi sayang, masih ada 'katak-katak' bawah tempurung yang memilih untuk terus tinggal bawah tempurung, walaupun mereka mampu untuk menolak tempurung tu sendiri. Nak kata dia orang ni bodoh kang marah pulak...tapi bila tengok statement dalam facebook tu terserlah pula kebodohan tu (ke ketaksuban melampau?). Apa2 pun mari kita tengok pilihan terbaik statement mereka ni.....

"Membazir duit aje beli buat perhiasan" (Kalau buat terponggok diam membisu tu ye la jugak, ni dijadikan tourist attraction berbayor, membazir ke? Dan paling ironi kalau si pemberi kenyataan ni akan turut beratur nak masuk!)

"Kapalselam Scorpene ke ni? Yang beli RM4bilion" (ni Ouessant, kelas Agosta la!)

"Hahaha beli buruk 2, free 1 berkarat" (Masih ramai terpengaruh gambar Tunku Abdul Rahman tengah service - berteritip dan nampak buruk; sebab ramai ignorant landlubber, tak tahu apa jadi kat bawah waterline kapal)

"adeyyy..kapal ni dah lama ada kat Lumut...guna untuk latihan di permukaan aje...takleh menyelam" (Yang tu ex Dutch Navy punya Zwaardvis....takkan tak reti beza Belanda dengan Perancis?)

"Ni kot yg dulu yg dulu tak bole selam yg dibeli oleh mindef? Tu yg tukaq scorpene 2 biji, padahal bg duit kat satu org tu beli yg ww2 punya 2nd hand, rupa2nya nilah dia akhirnya muncul gak" (Apa-apahal Ouessant dibina pada 1979, jadi bukan la 'WW2 punya secondhand')

Dan yang paling repetitive "..nak buat tukun" dengan "besi buruk"

Hairan jugak, lagi zaman Information Teknologi berkembang, masih ada yang tak dapat maklumat.....

p.s. Pertanyaan aku cuma satu aje : Apasal cepat na jadi muzium, dalam seminggu sampai dah buka untuk umum...tak buat ubahsuai ke? Apa-apa hal kalau ada kesempatan, aku pun nak pergi jugak!

2 comments:

Anonymous said...

nak buat camna bang alpha, manusia akhir zaman. diberi kebenaran di hadapan mata pun tetap jugak dicari yg salah.

mz@mymil

mumuchi said...

dan paling best..bila lak si quessant ni tak leh nyelam..Sultan Mizan ke sapa pun pernah dive dalam dia waktu melawat dulu ekekeke! Awat depa ingat navy peranchis tak pro ka nak operate training sub sampai tak leh selam..