Monday, September 05, 2011

Buta Sejarah

Aku rasa ramai yang tahu pasal kenyataan buta sejarah oleh seorang Timbalan presiden sebuah parti politik di Malaysia ni. Aku tak nak komen pasal kenyatan dia...tapi kenyataan penyokong dia yang aku rasa lebih merapu dari asal....

Ni dipetik dari blog seorang blogger yang boleh tahan kebaghalan dia....

"SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.


Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.


Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.

Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...


Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...


Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...


United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...

Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)"



Faktanya, senarai nama Inggeris tu adalah nama anggota tentera British yang berasal (mungkin lebih tepat lagi menetap atau bekerja?) dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States - FMS) yang mati ketika PERANG DUNIA PERTAMA, bukan Darurat (lihat tahun 1914-1918 pada gambar tu!). Dan nama-nama tu diukir pada Cenotaph yang dibina oleh British pada 1921. Selepas Perang Dunia Kedua dan Darurat, British menambah nama pada Cenotaph tersebut dan sebab Cenotaph tu dibuat British maka hanya nama tentera bangsa mereka sahaja yang ditulis disitu! Perlu juga aku nyatakan yang Cenotaph ini lebih kurang tugu negara asal di Cenotaph Road (sekarang Jalan Tugu) dimana lokasinya ialah bulatan depan Masjid Negara/Stesen Keretapi KL lama. Bila kompleks Tugu Negara dibina pada 1963, Cenotaph ini turut dipindahkan ke lokasi sedia ada.

Juga cadangkan kat blogger bangang ni supaya rajin-rajin le pergi Port Dickson, bukan nak berpiknik tapi ke Muzium Tentera Darat...dan tolong baca pelan-pelan nama-nama yang terukir kat tugu dalam perkarangan muzium tu...dan juga ingat2 le bahawa PKM tak letak senjata hingga 1989...32 tahun lepas merdeka.

Jadi siapa yang last sekali ketawa dan siapa sebenarnya yang 'No Otak' wahai blogger bangang?







4 comments:

GaGaK said...

hehe aku ada gambo reference asal pengukir tu.. dia buat ukiran tugu negara dengan refer gambar askar melayu buat aksi tu.

maknanya patung tu memang di refer dari ekspresi orang melayu... cuma bezanya pengukir tu cuma ubah sikit bagi nampak tough dan gagah

mumuchi said...

aku dah maleh dah nak tolong ajar orang terer buta sejarah ni..tulah lost decades buang sejarah dari korikulum...inilah hasilnya senang sangat kena spin dek pemimpin depa yang makhsum tu..

Hairil Rizal said...

Ramai yg nak kena sekolahkan balik skrg ni... :P

Anonymous said...

did i miss something? huhuhuuu.. sayang sayang.. kalu tak leh join sekaki

mz@mymil