Monday, September 12, 2011

Buta Sejarah (Edisi Spin Control)

Itu hari aku dah post pasal baghal yang buta sejarah. Kali ni aku nak post pulak pasal si baghal yang sama cuba nak kembalikan kredibiliti dia.......

"Sila lihat nama-nama yang terukir sebagai pejuang di Tugu Negara,ada anda lihat nama-nama yang kemelayuan? Adakah tiada askar melayu yang berjuang di dalam mempertahankan negara?
Adakah semua orang melayu ketika itu bersembunyi...takut? Atau hanya tentera Brittish yang berjuang dalam mempertahankan Tanah Melayu dari serangan atau tawanan Jepun?

The Naval War Memorial juga adalah sebuah tugu yang di bina untuk menghargai jasa semua askar yang terkorban di dalam peperangan.Memorial ini terletak di Plymouth Hole (Plymouth HOE la bongok) yang terletak di Bandar Plymouth,United Kingdom.


Kebanyakkan tentera dari Tanah Melayu ini adalah tentera laut yang berjuang bersama-sama tentera Brittish yang lain.
Sempena bulan kemerdekaan tahun ini kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua tentera Tanah Melayu yang terkorban. Al -Fatihah.


Gambar diatas jelas menunjukkan British lebih melayu dari melayu itu sendiri. Di England, nama melayu terpahat ditugu memorial tetapi ditanah air sendiri, melayu diabaikan.

Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka."
Artikel blogger berkenaan dipos dalam forum oleh orang yang sama menyokong idea bahawa Leftenan Adnan et al, anggota polis di Balai Bukit Kepong cuma berkhidmat untuk penjajah dan tak layak dipanggil wira....tapi kat sini anggota MRNVR yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua  secara langsung atau tidak dianggap mereka sebagai wira pula walaupun situasi mereka sama dengan Leftenan Adnan. Double standard tahap terkeji atau cubaan nak menutup malu? (Yang menyebabkan dia terjerat sendiri...sampai sekarang mangkuk tu tak jawab pertanyaan aku kenapa anggota MRNVR tu patut disanjung tapi Leftenan Adnan dikeji..padahal ikut dia mereka semua tu sama-sama berperang 'untuk penjajah')

Dan pasal dua perenggan terakhir dalam posting blog tu...sekali lagi la aku jemput dia untuk ziarah Muzium TD kat Port Dickson tu. Dan aku nasihatkan kat dia, toksah la nak jemput-jemput orang, diri sendiri pun jahil lagi....pergi sendiri! Lagipun situasi 'nama kat tugu' tu pun sama aje....Nama-nama MRNVR tu kat Plymouth, bukan kat London..sama macam nama-nama anggota pasukan keselamatan...kat Tugu Negara kira secara umum, butirannya kat PD.....

1 comment:

Hairil Rizal said...

Kalau dah baghal akan tetap baghal gak. Bila nak posting tapi tak cukup ilmu, itula jadinya.


Sama la mcm sumber inspirasi diorang ni yang tetiba buat buat lupa apa yg dia dah ceramahkan...