Thursday, August 30, 2007

Salam Merdeka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tepat 12 tengah malam nanti maka genaplah setengah abad negara kita Merdeka. Adakah malam yang amat bermakna ini juga 'bermakna'....

- peningkatan jualan Anchor, Carlsberg, Jolly Shandy, Guiness terutamanya di kota-kota besar?

- kekurangan stok Durex, Playsafe dan sebagainya di Seven-Eleven dan lain-lain kedai 24 jam?

- Krew ER di hospital-hospital serta kaunter balai polis kena kerja lebih?

- Para artis menunjukkan rasa patriotik mereka setakat dengan menjerit 'Merdeka!' dan menyuruh penonton ikut serta ketika berkonsert?

- Anak-anak boleh melepak di luar rumah sepanjang malam tanpa halangan ibu bapa?

- Mat dan minah rempit menunjukkan semangat anak merdeka dengan cara seperti beruk yang 'merdeka' dari sarkas?

- Peningkatan aktiviti catatan Malaikat Atid?

Selamat Merdeka!!!

Monday, August 27, 2007

Enrique...bukan Enrique Iglesias

Hujung minggu baru ni aku tengok drama (Ok, stop laughing back there) kat TV2. Aku bukan nak cerita/kritik/kondem drama kali ni. Aku cuma nak jenguk objek yang menjadi intipati drama tu iaitu Panglima Awang. Aku rasa semua tahu cerita Panglima Awang, seorang hulubalang Melaka yang dibawa balik Portugis ke Eropah kemudiannya mengikut pelayaran Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Mengikut sesetengah orang, Panglima Awang, yang dilantik mengetuai pelayaran selepas kematian Magellan, adalah orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia.

Mungkin ada yang mengangkat Panglima Awang sebagai hero sebab orang melayulah yang pertama mengelilingi dunia, bukan 'benggali putih'. Tapi bagi aku, hebat macam mana pun, aku terpaksa tolak ke tepi...pasal apa?

1. Setelah kekalahan Melaka, Panglima Awang antara tahanan perang yang dibawa balik Alfonso d'Albuquerque ke Portugal. Konvensyen Geneva tak wujud lagi pada 1511 dan Panglima Awang dijual sebagai hamba. Ya hamba. Kehadirannya dalam pelayaran Magellan, sungguhpun dilayan dengan baik oleh beliau, tetap sebagai hamba kepada pelayar tersebut. Nak bangga ke pencapaian mengelilingi dunia, sebagai hamba?

2. Panglima Awang lebih dikenali sebagai Enrique, satu nama Portugis/Sepanyol. Macam mana 'Awang' boleh bertukar kepada 'Enrique'? Kalau ikut skrip drama tu (yang aku rasa diolah dari sumber lain) pertukaran nama dibuat untuk Panglima Awang 'blend in' dengan masyarakat Eropah. Ni gerak hati aku aje la...tapi aku rasa 'Awang' ditukar kepada 'Enrique' ialah sebab...dia telah dimurtadkan. Bukankah salah satu objektif penjajah Portugis ialah mengkristiankan penduduk jajahannya? Ini ditambah apabila Enrique berkahwin dengan wanita Eropah sekembalinya ke Sepanyol. Nak kata ada lagi kerajaan Islam Andalusia, ianya dah tumbang pada 1492...So, seronok ke kita nak rai kejayaan Melayu murtad?

Mana yang rasa aku menghina seorang hero...sila bagi komen anda....

Thursday, August 23, 2007

'Buat Minum Kopi, Tok'

Rasuah, korupsi, bribery, duit kopi...semua tahu amende ni dan implikasinya. Aku tak nak cakap rasuah yang melibatkan 'orang besar' aka 'jerung' dengan jumlah duit yang skrin mesin ATM tak pernah nampak bila aku nak ambik duit aku...aku nak sentuh rasuah kategori 'bilis'.

Kenkadang bila kita ditahan polis atau JPJ kerana melakukan kesalahan jalanraya, kita merayu minta dilepaskan/dimaafkan (biasa la kan, aku pun buat camtu). Dan juga kadang-kadang/jarang-jarang/sekali-sekala/ banyak kali/kerap (tengok persepsi masing-masing) juga anggota yang menahan kata 'benda ni boleh selesai' i.e nak kena suap la tu! Maka kita dengan rela atau terpaksa menyerahkan not-not tertentu untuk melepaskan diri. Kemudiannya kita menyumpah seranah mereka kerana terlibat dalam korupsi. Sampai buat lagu rap lagi....

Cuba kita bermuhasabah diri sedikit (kalaupun mereka tidak). Kita sebenarnya mementingkan diri kita sendiri. Kita lebih fikirkan yang wang kita akan melayang mungkin RM150, mungkin RM300 kerana kesalahan trafik. Kita lebih rela hanya keluar mungkin RM50, mungkin kurang, mungkin lebih sikit semata-mata nak kurangkan kerugian. Kita tak pernah terfikir yang wang itu akan diguna untuk diberi makan kepada keluarga mereka, wang yang boleh membawa mereka ke neraka...dan kitalah pemegang sahamnya!

Apa salahnya jika diminta suapan, kita hanya setakat meminta maaf kerana melakukan kesalahan, berharap agar dapat dilepaskan dan redha menerima hukuman atas kelalaian kita? Aku tahu, ada yang kritis atas pemakaian lencana 'saya anti rasuah'. 'Pakai aje lencana tapi rasuah jugak' kata kita. Tapi juga salahnya kita menyedarkan mereka yang mahu duit kopi dengan menunjukkan kepada lencana mereka? Ni kita pun sama...bak kata omputih 'It takes two to tango!'

Monday, August 20, 2007

Combat!

Siapa yang tak pernah lagi tengok iklan Merdeka TV3? Memang menarik iklan tu..teringat pulak aku zaman bebudak tu...exactly like that. Dalam iklan tu tak tunjuk, tapi semua orang nak jadi Sgt Saunders...jarang yang start main nak jadi Kirby, Littlejohn, Caje, hatta Lt Hanley (Doc lagi la). Sebabnya senang aje...Sgt Saunders yang banyak ditonjolkan jadi hero dan ikut kefahaman aku, dalam mana-mana tentera sarjan la yang jadi 'gam'/ abang sulung/ bapak dalam unit kecil. Kena pulak dia pakai SMG Thompson. Dan Sgt Saunders kena tembak 'tak mati' tu senario biasa la...hero la katakan. Kalau hujung minggu mesti main 'combat' punya la...kat sekolah masa rehat pun sempat lagi! Mana yang kurang kemampuan (atau tak sempat) senjatanya setakat ranting kayu. Yang OK sikit bawak senapang mainan. Balik rumah kena 'combat' pulak dengan mak pasal dah kotor bolor!

Sekarang, siapa yang boleh tangkap mesej di sebalik iklan tu?

Sunday, August 19, 2007

Drama Melayu...Lagi

Jumaat baru ni lepas balik semayang, aku tak buat apa-apa kecuali menyambung hobi aku sambil menonton TV...Hari Jumaat petang ni drama recycle dan sebab bulan Ogos, maka temanya pasal kemerdekaan la ye tak? Ceritanya cerita khayalan di mana seorang pemuda kembali ke tahun 1957 dan seorang lagi ke 2003. Nama pun cerita khayalan. Tapi part kenyataan dia yang buat aku tergelak....ada ke....

1. mamat yang ke 1957 bercerita mengenai Malaysia 46 tahun lepas merdeka. Dia ditanya mengenai PKM. dan menjawab, 'komunis dah menyerah diri selepas Rundingan Baling'. Masalahnya, Rundingan Baling tahun 1955! Takkan le cikgu yang dia jumpa tu tak tau? Dah la tu, rundingan Baling gagal. Tak tau la kalau penulis skrip terkeliru antara Rundingan Baling dengan Perjanjian Haadyai!

2. Situasi penduduk kampung terbahagi dua...satu menyokong merdeka, satu lagi ragu-ragu dan ada yang menjadi talibarut mat saleh - termasuk sabotaj banner penyokong kemerdekaan. Tapi situasi yang ditampilkan lebih menunjukkan tahun 1946 dari 1957....apa taknya, Tunku Abdul Rahman dah umumkan kemerdekaan Malaya pada tahun 1956 lagi! Apahal pulak penyokong kemerdekaan kampung tu seolah-olah macam baru nak mula berdemonstrasi tuntut kemerdekaan?

Thursday, August 16, 2007

Ntahapaapantah!

Dalam sebuah iklan radio (lebih kurang aje la)

Isteri : Abang pergi mana bang tiap-tiap petang? Takkan pergi rumah kakak?

Suami : Ye, abang pergi rumah kakak. Tak percaya tanya dia.

Isteri : Apa kurangnya rumah kita, apa lebihnya rumah kakak tu?!

Suami : Sebab rumah kakak ada teh XXXX!!

Isteri : Teh XXXX? Kenapa tak cakap?

Apa ke bodohnya, beli aje la lepas tu suruh bini tu buat!!!

Wednesday, August 08, 2007

Newcomer!

Kepada rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog merapu ni, aku dah lama tak update sebab outstation minggu lepas - ada seminar kat Putrajaya. Anyway, sebagai suami dan ayah yang jarang berenggang dengan familinya, aku keep in touch dengan wife dan anak aku. Wife aku mengadu yang dia selalu rasa lepak aje masa aku takde...aku melawak, biasanya Nabila yang jadi camtu, ni you pulak? Wife aku kata bukan setakat lepak tapi dia kata dia pun tak berselera nak makan....so aku kata nanti balik aku bawak dia ke klinik la.

Jadinya, aku bawak la wife aku ke klinik. Guess what? Nabila akan bertukar status dari anak tunggal kepada anak sulung!!! Doktor kata wife aku dah 9 minggu pregnant! Ya Allah, aku memang bersyukur sangat-sangat sebab dah enam tahun kami tunggu. Mak aku kata itu berkatnya sebab kami sabar bertahun-tahun (dia tahu, ada mangkuk yang dok racun kata wife aku barren la, itu la, ini la). Juga masa tu antara detik yang menyebabkan airmata aku gugur....(hey, it's OK for a man to cry in such circumstances, alright?)

Aku menunggu Mac 2008 dengan debaran dan harapan. Oh, BTW, Nabila sekarang suka tekup muka kat perut mama dia sambil tergelak-gelak...dia tahu adik dia ada dalam tu kot....