Sunday, March 30, 2014

Jom Kita Berteori Konspirasi!

Khabarnya :

"Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. "


Pandangan aku : Setakat aku tahu, modul kawalan UAV ditempatkan di lokasi yang selamat, contohnya pangkalan tentera US sendiri, bukan hantar atas bukit atau mana-mana di luar kawasan yang secure. Kalau betul Taliban serang konvoi berkenaan, mana pergi anggota lain dalam KONVOI tu? Takkan cuma dua orang aje SEAL yang jaga konvoi? Ini masalah pertama dalam senario ni. Masalah kedua ialah, kalau betul peralatan sebegitu dirampas, pastinya US tak teragak-agak mengambil tindakan segera! Masalah ketiga, konsol kawalan bukan besar mana, aku rasa keseluruhan sistem mungkin tak lebih 5 tan malah mungkin jauh lebih ringan....takkan zaman elektronik, komputer tinggal saiz lebar sikit dari tapak tangan tapi suistem kawalan makan sampai 20 TAN?
"Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. "

Pandangan aku : Jika ya pun Rusia 'sibuk' kat Ukraine, seolah-olah semua anggota tentera dan perisikan Rusia tak boleh buat kerja lain....masa mereka serang Afghanistan, Perang Dingin berada di kemuncaknya...boleh pulak diaorang serang Afghanistan, back-up negara-negara Arab dan lain-lain negara sosialis dan komunis dalam masa yang sama ek? Dan PRC hantar LAPAN pakar? Macam mana mereka masuk Afghanistan yang dikawal AS? Kalaupun ikut laluan tikus, tahap mana Pakar-Pakar tu?
"Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. "

Pandangan aku : Macam mana enam orang yang sah-sah bersaiz Asia, usung 20 TAN kelengkapan, dalam enam peti (aku tak tau la besar mana peti yang dimaksudkan) melalui gunung-ganang? Dan macam mana dia bawak masuk peralatan berkenaan ke Kedutaan, ingat, 20 tan tu, tanpa mendatangkan syak wasangka....ini bukan diplomatic pouch OK?
"China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik."

Pandangan aku : Masalahnya sekarang, macam mana diaorang bawak 20 TAN tu dari Afghanistan/Pakistan ke Malaysia? Guna pesawat awam elak syak wasangka? Bagi aku baik guna terus pesawat kargo PLAAF, pasal kalau Amerika tembak, atau paksa untuk mendarat, itu dah jadi Sebab untuk Berperang atau casus belli. KL-Beijing 4.5 jam? Amacam kalau aku kata, lagi mudah penerbangan dari Pakistan ke Beijing, guna pesawat kargo catar awam - sekejap aje seberang wilayah Pakistan dan India, dah boleh mendarat di Tibet, banding nak angkut ke Malaysia yg kena lalu India, Lautan Hindi, Malaysia, Laut China Selatan dan Vietnam sebelum sampai? 
"Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya."

Pandangan aku : Kita tak tau pun samada ada agen atau tidak...ni macam mana diaorang tahu ada LIMA? Dan bukan ke lagi mudah buat paspot palsu daripada guna paspot curi?
"Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. "

Pandangan aku : pasal override kawalan pesawat secara kawalan jauh tu...entah aku sendiri tak pasti tapi kenapa pula nak kena pakai pesawat AWACS? Dan di mana pesawat AWACS berkenaan 'on station'? Dan berbalik pada perjalanan UAV control system tadi, kalau di bawa dari Afghanistan ke Malaysia melalui udara, kan ke elok di 'rampas' masa tu...Diego Garcia pun lebih dekat....
"Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. "

Pandangan aku : Pesawat moden hanya perlu dua sahaja krew untuk memandu dan mengawal seluruh sistem pesawat...jadi spy-spy yang kononnya biasa dengan B777 ni sembang lebih la kan pasal sampai 5 orang nak kena kawal....Kalau ke Guam pulak...Filipina kan sekutu kuat Amerika...boleh aje lalu terutama ikut kawasan selatan. Radar China bukannya sampai situ pun (dan kemudiannya semua akan kata Guam lokasi 'pengkalan rahsia' Amerika pulak)
"Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil."

Pandangan aku: Anambas? Anambas kat selatan Laut China Selatan..camne lepas ke situ? Dan pasal oksigen tu...kunci dia ialah kekurangan oksigen, bukan ketiadaan oksigen...orang cuma pengsan, bukan mati....  
"Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US)."

Pandangan aku : Memang aku payah nak percaya pun...dan pasal Edward Snowden tu, ginilah, dia dah lari seawal Ogos 2013. Ikut pencerita pulak, Taliban dapat rampas peralatan UAV pada Februari 2014...macamana dia boleh nak dedahkan benda yang dia sendiri tak dapat nak analisa sebab dia dah tak kerja lagi dengan CIA?

Dan kepada yang mengkritik TUDM pasal tak berbuat apa-apa malam tu...ginilah. Katakan sebuah Su-30MKM berlepas malam tu bila 9M-MRO buat air turn back dan bergerak ke Lautan Hindi. Su-30MKM berkenaan berjaya memintas dan menghubungi pesawat berkenaan. Sekarang masalahnya tiada komunikasi langsung dengan 9M-MRO. Katakan sesiapa yang memandu pesawat pada waktu itu tidak menghiraukan arahan Su-30MKM berkenaan untuk berpatah balik ke lapangan terbang terdekat. Apa yang kru Su-30MKM tadi boleh buat selain MENEMBAK jatuh 9M-MRO? Apa korang nak jadi kes KAL 007 (1983), KAL 902 (1978), El Al Flight 402 (1955) atau Iran Air Flight 655 (1988)?

Sunday, March 09, 2014

Pesawat MAS Hilang, IQ Pun Hilang

Kali ni kena tulis balik dalam BM....

Siapa yang tak rasa gelisah bila dapat tahu penerbangan MH370 dari KL ke Beijing dilaporkan hilang dalam penerbangan? Dan macam biasa, media sosial penuh dengan spekulasi dan ulasan mengenai insiden ini. Ramai yang mengharapkan semuanya berakhir dengan selamat. Tapi ramai juga yang kerjanya tak ada lain selain mengutuk, memerli dan mengeji. Setakat masa aku menulis ni, bukan sahaja pesawat masih hilang, tapi aku tengok IQ ada beberapa orang rakyat kita pun turut  'hilang'. Mana taknya kalau keluar komen2 macam ni:

"Vietnam dan China dah gerakkan rescue mereka, kita masih terkebil-kebil" [post FB, dibuat jam 8.00 malam 8/3/14 sedangkan masa tu pesawat2 TUDM dan APMM dah lama berada di udara]

"Singapore dah hantar kapal selam, mana pergi kapal selam kita?' [Singapore hantar kapal selam penyelamat aka rescue submarine aka Deep Submergence Rescue Vessel BUKAN kapal selam tempur...kalau RSN hantar kapal selam kelas Archer atau Challenger diaorang, baru la boleh nak persoal.....kasi paham dan bezakan dulu jenis kapal selam ya?

"Kapal selam Malaysia guna diesel...takleh selam lama-lama. Singapore beli harga sama tapi guna enjin nuklear, sekali isi tunggu 10 tahun baru isi baru, lepas dalam air sampai 3 bulan..." [Hamba Allah ni, gaya dia cakap, dia tahu konsep nuclear fuel untuk kapal tapi takat tu aje la...SSK Singapore tetap berenjin diesel, yang bezanya diaorang ada AIPS, jadi boleh submerged lebih lama...tu pun dalam 2 minggu je)

Tu contoh aje tu, banyak lagi!