Wednesday, March 03, 2010

Men (Not) At Work!

Babak I

Hujung tahun lepas atau awal tahun ni, Persatuan Kedai Mamak (sori aku lupa nama sebenar dia) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia umumkan mereka ada tawarkan lebihkurang 25,000 jawatan kosong kepada rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada rakyat asing serta kos-kos terlibat.

Babak II
Minggu lepas Aduan Rakyat TV3 menampilkan kisah kutu rayau/bum atau homeless people/orang tak berumah di KL. Kesian tengok...tidur atas kotak yang dibuka di tepi-tepi bangunan, tepi-tepi jalan beratapkan langit dan disinari lampu jalan. Sebab tak berumah? Ada kata gaji terlalu kecil untuk menyewa hatta sebuah bilik. Juga ditonjolkan ada kutu rayau ni yang sanggup menyelongkar tong sampah KFC bagi mencari sisa makanan (taste boleh tahan ek?). Cuma yang aku tertarik...ada antara yang mengambil sisa makanan ni mempunyai susuk tubuh yang tegap...bukan gaya orang tak cukup makan (atau makan...sampah). Alasan mereka kenapa sampai jadi camtu? 'Tak ada kerja!' (Yang aku heran, kenapa sanggup makan sampah dan tidur tepi jalan...kan lagi elok balik kampung?) Apasal pulak tak dapat kerja? Atau terlalu memilih kerja? (Kerja boleh pilih-pilih...tapi sampah pulak sanggup dimakannya) Last2 sampai Menteri turun padang jumpa sambil bawak borang Jabatan Tenaga Buruh!

Babak III
Hujung minggu lepas, Persatuan Kedai Mamak kata cuma hanya ada 90 pertanyaan (bukan permohonan) sahaja mengenai tawaran mereka......

Apa kes? Malas?