Saturday, December 30, 2006

Entry terakhir....

....untuk 2006 da.....

I
Don’t get me wrong...aku sokong 100% usaha kerajaan menjayakan VMY2007. Banyak pengisian yang akan dibuat bagi menarik sehingga 21 juta pelancong (tak campur local?) yang boleh membantu menaikkan ekonomi negara. Tapi ada satu benda ni yang aku kurang setuju – nak buat 'Eyes On Malaysia’ – atau glorified funfair ferris wheel..heheh, sori. Katanya roda bulat ni dibina untuk membolehkan pengunjung melihat paemandangan sekitar KL..all from 60 meters off the ground. Kenapa aku tak gemar benda ni? Membazir duit? Hmmm mungkin juga sebab dengarnya benda ni akan ditanggalkan semula selepas 2007…tapi tak tau la kalau income yang masuk dari hasil tiket melebihi kos pembinaan (dan penanggalan) dan justify pembinaan benda ni.

Satu lagi sebab, yang buat aku rasa 'tak best' ialah…meniru. Ya, meniru! Sebab Ferris wheel sebegini dah ada di London iaitu London Eye yang dibina ketika millenium dulu. Daripada gambar kat promo yang aku tengok, macam serupa aje design dia? Tu yang aku boring sikit…dah la KL tu dah nak jadi syurga barang tiruan (Petaling Street, VCD, DVD, blablabla). Lagipun, mana lebih best kalau nak tengok pemandangan sekitar KL, satu ferris wheel setinggi 60 meter (dan sebab berpusing, tak la lama sangat boleh enjoy) atau berada pada ketinggian 421 meter kat Menara KL?

II
Malam esok malam tahun baru. Dan seperti biasa akan ada le pesta bunga api...ramai yang nak tengok. Juga akan berlaku pesta buih, semburan plastik dan sebagainya yang akan menyaksikan pesta mabuk2, pesta seks (mungkin bukan orgy tapi tetap ada perlakuan seks), pesta gaduh dan macam-macam lagi sambil menyanyikan Auld Lang Syne dan berazam untuk menjadi ‘lebih baik’ pada tahun 2007. Yang Islam tu ingat, siang tu Aidil Adha, jaga sikit kesucian perayaan tu! Aku? Macam biasa, tengok TV aje...mungkin dah membuta come 12 o’clock. Tapi sebab esoknya cuti jugak, mungkin aku belasah main game Star Trek aku sampai pukul 2!

III
Aku malas sebenarnya nak berazam-azam. Nampak macam jenis orang takde wawasan tapi memang aku jenis tak suka berapi2 pada awal tahun tapi lepas tu macam api demo kebakaran kena sembur pemadam api! Apa-apahal pun, harapan aku untuk tahun 2007 ni....semoga gomen bersetuju dengan proposal CUEPACS, semoga aku sendiri dapat maintain health level aku sekarang, takpun improve (nak baik 100% rasa aku dah hampir takde harapan dah...mak aku sendiri kata kencing manis mana boleh baik) dan paling utama...aku nak clearkan stash model aku yang dah berabuk tu....sebelum aku kumpul yang baru!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007, SELAMAT AIDIL ADHA dan kalau ada foreigner yang terbuka blog aku ni....aku ucapkan Onthaal aan MaleisiĆ«, Bienvenue Vers La Malaisie, Willkommen Nach Malaysia, Benvenuto In Malesia, RecepciĆ³n A Malasia and Welcome To Malaysia!

Thursday, December 28, 2006

Anti-Rempit II

Cerita I

Di Melaka dua MR terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan sorang kiok dan sorang lagi cedera kat kaki. Kenapa berita gembira sedangkan hal kemalangan jalanraya? Sebabnya mangkuk hayun dua ekor tu eksiden masa tengah merempit...dan kalau tak salah aku depa kena hon dengan kereta tu. Sebab tak puas hati, depa hambat kereta tu...tengah-tengah hambat tu la eksiden. Yang kelakarnya nama mamat yang cedera tu Mohd Welldone....nasib bukan dia yang kiok..kalau dia yang kiok...elok sangat la tu...WELL DONE!

Cerita II

Jumaat lepas, setelah beberapa lama diperhatikan orang ramai dan polis, sekumpulan MR yang rata-ratanya masih bersekolah ditahan polis Aloq Setaq ketika merempit waktu umat Islam lain sedang menunaikan solat Jumaat. Kalau tak salah aku 70 orang semua sekali! Ha tu la, mak bapak kasi pakai motor untuk pergi sembahyang, korang guna merempit. Kan dah dapat "cash"! Dari gambar dan berita yang aku kena baca, depa kena sorong motor dari kawasan rempitan berhampiran Wisma Darulaman sampai ke balai trafik IPD Alor Setar...jarak sekurang-kurangnya 2.5km. Best kan, pukul 2-3 petang, tengah panas terik kena sorong motor ramai-ramai? Kena pulak lalu depan-depan Masjid Zahir dengan Menara Alor Setar yang jadi tempat orang melepak....kalau aku ada kat situ masa tu dah sah aku "ffeeewittttt"kan!

Tuesday, December 26, 2006

Monumen Hero Atau Crook?

Alkisah seorang Menteri marah dengan tindakan individu-individu tertentu yang menaikkan monumen MPAJA (Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army) di tanah perkuburan di Nilai. Katanya monumen itu ialah sebagai 'mengenang perjuangan komunis’ dan secara tak langsung mengiktiraf perjuangan mereka (komunis).

Kat sini bagi aku sebenarnya ada dua saluran pemikiran. Satu, monumen tu wajar / ‘tak apa’ didirikan sebab ianya dibuat secara persendirian, di atas tapak yang juga boleh dikatakan persendirian. Monumen tu juga dibina sebagai memperingati penentangan ke atas pendudukan Jepun di Malaya dahulu. Jadi, dalam kata lain, Menteri tu rabun sejarah – sebab tak semua anggota MPAJA tu komunis, dan tak semua MPAJA meneruskan penentangan masa darurat.

Satu lagi aliran pemikiran ialah...Menteri tu betul. Kenapa? Sebab asas MPAJA ialah PKM. PKM yang sama menyebabkan Darurat antara 1948-1960 serta era Insurgensi antara 1968-1989. Tak dilupakan Empat Belas Hari dalam bulan Ogos 1945 dimana MPAJA menjalankan undang-undang sendiri dengan membunuh orang-orang yang dikatakan bersubahat dengan Jepun (dan siapa boleh kata mereka hanya membalas dendam, dan bukan pembunuhan yang lebih terancang, dengan niat nak merebut kuasa?) dan hanya dapat dikekang sedikit sebanyak di Johor oleh Kiyai Salleh serta kehadiran semula tentera British pada September 1945. Mungkin Pak Menteri khuatir, ini langkah awal ‘membersihkan’ PKM – MPAJA sebagai ‘wira’ penentangan Jepun (dan melupakan sumbangan unit-unit seperti Force 136 serta Wataniah); kemudian diikuti usaha MPAJA (yang kemudian bertukar jadi MPABA – tukar ‘Japanese’ jadi ‘British’) menentang British dan seterusnya. MPAJA ni bukan apa, taraf 'pejuang' mereka dipadamkan dari lipatan sejarah negara sebab mereka berterusan menentang walaupun dah tak diterima, sehingga 1989. Bapak aku pernah kata 'orang tak ingat kita buat baik, tapi pastinya orang ingat kalau kita buat jahat'.

Kat sini aku buat kesimpulan radikal...bagi aku kalau monumen tu memperingati kegiatan MPAJA semasa WW2, biarlah. Kena pula kalau monumen tu untuk individu sahaja. Tapi dalam masa yang sama pihak-pihak yang berkenaan perlu juga highlight penglibatan Force 136 dan Wataniah... mungkin juga kena buat monumen khusus, jangan sampai ada orang ingat hanya MPAJA sahaja yang menentang Jepun.

Sunday, December 24, 2006

Johor, under water...

Aku mulanya tak bercadang buat entry ni tapi bila bukak paper hari ni aku terbaca ‘Banjir Di Johor Semakin Buruk’. Mengikut berita, hampir kesemua sungai, terutama di utara/barat laut Johor dah melebihi paras bahaya dan air di Empangan Semberong dengan Bekok dah nak overflow hingga memaksa pelepasan air. Keputusan nak lepaskan air bukan bukan mudah sebab ianya keputusan ‘damn if you do, damn if you don’t’ atau ‘choosing a lesser of two evils’. Sebabnya kalau air dilepaskan, biarpun sedikit-sedikit, akan menyebabkan situasi banjir bertambah buruk. Kalau tak dilepaskan pula, ada risiko empangan pecah menghasilkan serbuan air berjuta-juta liter yang akan memusnahkan, mungkin secara total, apa-apa di laluannya. Jumlah penduduk yang dipindahkan di Johor pula dah mencecah 77,000 orang.

Jalan pulak masih banyak ditutup, kalau ikut laporan Berita Minggu, jalan Tangkak-Muar (yang selalu aku guna balik BP) kat Parit Senduk dah ditutup. Jambatan kat Sungai Rambai Melaka pun dah kena tutup – kiranya laluan dari utara nak masuk Muar dah putus (kecuali ikut Pagoh mungkin?). Kat Batu Pahat pula, Sri Medan dengan beberapa kawasan di Parit Sulong pun dah terputus…rasa aku dah bertahun dua-dua kawasan tu tak banjir, sejak Empangan Semberong siap. Bila air empangan dilepaskan tambah pulak air dari Segamat sampai makin teruk la dua-dua tempat tu…seblum2 ni kalau banjir, biasanya sebab air dari Segamat aje. Dan banjir kat area Yong Peng-Parit Sulong-Sri Medan ni seingat aku lain sikit sebab air boleh bertakung sampai sebulan, walaupun dah takde hujan lagi!

Aku telefon mak aku, katanya dah dua hari cerah…tak tau le sebab hujung minggu time orang kawin, lepas tu tu hujan petus balik. Rumah dia takde apa sebab kawasan bandar BP masih OK..lagipun kalau mak aku kata rumah dia naik air, maknanya satu BP dah jadi tasik! Kawan dia pulak letak kereta kat rumah mak aku pasal rumah dia kat Parit Raja dah masuk air paras betis.

Apa-apahal diharap orang-orang negeri aku bersabar. Walaupun banjir kali ni buruk, ada lagi tempat yang banjir lagi dahsyat sampai beribu-ribu nyawa hilang…

Wednesday, December 20, 2006

Sardin Berkuah Escargot!

Konon cerita:


"Sebenarnya saya berhenti makan sadin... kerana cerita daripada teman.... tinggal berhampiran kilang sadin. Dia beritau saya, dan dia dah sahkan yang pengilang sadin menggunakan LENDIR SIPUT BABI untuk pekatkan kuah sadin. Setelah saya bekerja, saya sempat melawat kilang tersebut dan mintak penjelasan dari pengurus kilang tu, Suhanallah, dia mengaku kemang (sic) dia menggunakn lendir tersebut. Lebih memeranjatkan, memang kilang tersebut mengetin siput babi untuk ekspot kerana siput babi menjadi kegemaran warga Perancis (dia orang Perancis) dan Jerman. Ini tambah meyakinkan saya mengenai kandungan sadin tersebut. Semenjak tu, bila terpandangn sadin, saya terbayang LENDIR siput babi tu. Cuba bayangkan.... Oh terlupa, yang ni sadin A1 (cap AYAM)."

Cerita ni dah lama sejak 80an lagi tapi masih bernyawa sampai sekarang. Satu contoh urban legend yang diedarkan sebagai kisah benar. Geli kan? Tapi ada kekurangan dalam cerita ni yang menyebabkan inaya urban legend semata-mata:

- setahu aku sardin bukan dikilangkan di darat, apatah lagi di taiping yang agak jauh dari laut. Even kat tin sardine Ayam Brand pun tak tulis kilang. Kenapa? Sebab kilangnya kat laut, factory ship! Kat Malaysia silap2 setakat bubuh label aje.

- Escargot bukan siput babi ‘biasa’ dan juga bukan makanan biasa orang Perancis – ianya biasanya hanya dimakan bila ada keraian. Dan seingat aku, bukan murah. Satu lagi, hanya French aje makan siput darat ni, bukan Jerman.

- Sangat tidak ekonomik untuk memekatkan kuah dengan lendir siput..berapa juta ekor diperlukan? Macamana nak ekstrak lendir tu? Itu tak dicampur lagi kos ladang siput dan sebagainya. Lebih baik guna tepung jagung. Mana-mana peniaga mesti nak memaksimakan keuntungan, buat apa mereka turunkan margin keuntungan dengan pakai siput?

- Seperti biasa, mengikut cerita-cerita sebegini, hanya jenama terkenal dan paling laris sahaja akan buat ‘kerja gila’ seperti letak siput, lemak babi dan apa-apa yang menggelikan. Bunyi macam dengki aje…
- Akhir sekali, cerita tak konsisten...Sardin A1 ke Sardin Cap Ayam?

Ikut kata Mythbusters…cerita ni bagi aku BUSTED!

Sunday, December 17, 2006

Temberang Hollywood - Pearl Harbor (2001)

Kali ni aku nak listkan kesalahan fakta dalam filem Pearl Harbor. Aku amik dari military buff punya POV....

- Orang di Hawaii boleh dengar perbualan radio antara krew yang terlibat dalam Doolittle Raid. Masalahnya depa semua terbang secara berasingan dan tidak menggunakan radio! Kalau depa guna, Jepun lebih tahu kehadiran mereka – serangan sebenar adalah serangan mengejut.

- RMS Queen Mary pada WW2 telah dicat kelabu bagi tujuan penyamaran. Dalam filem ni ianya masih dicat warna merah dan hitam...

- Versi Pesawat Zero yang ditonjolkan dalam filem ini hanya muncul pada tahun 1943...sama dengan versi P-40 filem yang hanya muncul tahun 1942. Juga dengan pesawat B-25!

- P-40 lebih lincah dan tangkas daripada Zero? Tolong la...antara arahan tempur kepada juruterbang American Volunteer Group (Flying Tigers) di China ialah “If you try to turn with a Zero, you're dead.” Juga pertempuran udara dalam filem ni dah nak cecah tanah dah….mana ada la…

- Kipas kat bom (adegan USS Arizona) tu bukan fius peledak, tapi ‘arming mechanism’. Bila kipas tu berpusing, ianya ‘menghidupkan’ bom tersebut. Dalam filem ditonjolkan bom tu meletup selepas kipas tu berhenti...

- Rafe dengan Danny juruterbang pesawat PEJUANG dan juruterbang pesawat pejuang US masa WW2 tidak dilatih semula jadi juruterbang pengebom. Dalam Doolittle Raid, hanya Kolonel Doolittle sahaja juterbang pesawat pejuang. Krew pesawat-pesawat B-25 dalam serangan tersebut datang Grup Pengebom ke-17 yang mengoperasikan pesawat yang serupa. Jadi camne Danny dengan Rafe boleh turut serta?!


- Rafe masih memakai uniform USAAF bila dia sampai ke England untuk menyertai Eagle Squadron – maknanya dia masih berkhidmat dalam USAAF. Masalahnya peraturan USAAF mengatakan anggotanya perlu meletak jawatan sebelum menyertai pasukan tentera sukarelawan di luar AS!

- Masa serangan, Rafe ada mengatakan yang P-40 tak boleh melarikan diri dari Zero fighter. Masalahnya dia cuma ada pengalaman tempur dengan pesawat Jerman. Dan pada masa itu pula keupayaan Zero tidak diberi perhatian oleh pihak atasan US.

- Tahun 1941, Jerman tak serang UK masa siang lagi dah…

Tu aje la yang aku ingat!

Thursday, December 14, 2006

Cerita 'Tak Best' Pemandu Veteran

I

Cerita ni masa raya, aku dari rumah mak aku nak ke rumah family wife aku. Jalan nak masuk taman perumahan tu lalu depan hypermarket Fajar dan sebab masalah lalulintas, MPBP dah ubah jalan tu jadi ‘partial’ jalan sehala. Maknanya, kereta dari Fajar hanya boleh ke kiri sahaja dan bukan kekanan. Tak jauh dari exit Fajar tu dalam 35-50m, jalan masih dua hala (untuk kenderaan yang keluar dari Summit Parade). Maknanya potensi untuk orang mencilok langgar one way amat la tinggi. Aku sendiri dah berapa kali hon mangkuk2 bawak motor yang selamba langgar one way tu. OK, untuk kejadian yang ni, sebab one way, aku guna lane kanan (sebab nanti nak masuk kanan la!). Sampai kat simpang Fajar tu, ada satu Nissan 120Y keluar – ke kanan. Aku pun apa lagi, tekan hon la! Apek kat dalam Nissan tu tunjuk yang maksudnya ‘Lu guna jalan wa!’. Aku naik hangin la…langsung aku tunjuk…dengan jari hantu aku, signboard ‘Jalan Sehala’ yang betul2 dapat dilihat dengan jelas oleh apek tadi. Dan dengan muka se’eh, apek tu angkat tangan mintak maap…nasib baik dia buat camtu. Kalau dia tunjuk kiasu dia lagi aku tak tahu le nak cakap apa…

II

Ni minggu lepas pulak, aku tengah dalam circuit roundabout depan UUM, ada kereta dari arah Kuala Nerang yang selamba rock aje masuk dalam circuit sampai aku tekan hon sepanjang tidak, bini aku sampai terjerit. Aku terus naik darah terus hambat Waja tu. Bila dah bersaing dengan dia, aku terus tengok siapa….apek tua lagi! Kali ni aku tunjuk penumbuk aku kat dia. Dia? Buat keringg aje. Memang cilako!

Nasib baik aku tak masuk Arqam..kalau aku masuk aku dapat power tu…tunjuk aje, kereta tu masuk gaung! Kakakakaka.

III

Yang ni pulak semalam. Aku pergi pejabat KWSP Alor Setar, nak draw duit beli rumah. Parking biasa la, penuh. Aku nampak ada kereta nak keluar – sebab dah terlambat sikit, aku tunggu ke depan la. Aku siap bagi signal, gear pun aku dah masuk reverse (tanda aku nak masuk slot yang kosong nanti). Elok je Beamer tu keluar, terus aje satu Corolla lama ni masuk. Aku panas la apa lagi. Tengok2 orang tua, ada dalam 45-50 tahun. Aku rasa ‘enough is enough’ jadi aku cakap la…kira cara baik jugak: “Sampai hati pakcik, saya dah tunggu ni pakcik masuk aje?” Tapi, tanpa nak mintak maaf atau bagi penjelasan, pakcik tu buat muka kering aje, muka blur, terus belah! Aku makin panas la…budi bahasa, hormat orang be damned! Aku terus dengan suara tinggi sound pakcik tu (aku masih pakai akal, takde la nak maki, tapi still naik angin) dan still pakcik tu buat muka poyo dia. Wife aku pun sama naik angin sampai dia suruh aku calarkan kereta orang tua tu. Last sekali bila dah park, aku buat memo kat kereta tu “Nama aje pakai kopiah, lambang Islam la konon tapi perangai macam kapiaq l*****t!’

Apa salahnya pakcik tu mintak maaf? Apa, orang muda sahaja kena minta maaf kat orang tua? Aku rasa kalau dia minta maaf walaupun dengan alasan paling bodoh dalam dunia pun, rasa aku, sejuk jugak hati aku ni...

Tuesday, December 12, 2006

'Teh Tarik Rendek!' Di ISS?

Angkasawan M'sia Bakal Main Gasing Dan Batu Seremban Di Angkasa” dan “Angkasawan Malaysia buat teh tarik di angkasa”. Itulah antara tajuk berita bulan lepas. Reaksi aku bila baca tajuk tu…ketawa. Apa taknya, nak main batu seremban dengan gasing dalam ISS (International Space Station). Aku rasa korang pun macam tu kan? Dan mungkin antara respon kita kepada berita itu ialah ‘bodoh ke?’, ‘Dah takde kerja lain?’, ‘Malaysia Boleeeehhhhh’, ‘Mengarut gila babi’ dan macam-macam lagi yang secara asasnya menghentam. Ya, memang patut pun. Keluar duit berjuta-juta tapi setakat buat benda merepek macam tu. Juga banyak kartun, lawak sinis, sindiran dan sebagainya keluar…semuanya mengatakan agensi yang ditugaskan memantau program angkasa sebagai ‘hilang akai’.

Tapi..ya, tapi. Adakah kita meninjau dengan lebih lanjut berita tersebut? Cerita selanjutnya dimana pihak yang menjawab (dalam Parlimen) menerangkan yang saintis tempatan telah menghantar cadangan penyelidikan masing-masing. Ada kita baca? Rasanya bila kita tengok perkataan 'teh tarik’, gasing’, batu seremban’ dalam satu ayat yang sama dengan 'angkasawan' dan 'angkasalepas', terus kita mengutuk.

Ini keratan daripda Hansard (laporan Parlimen)

"...Mereka mengadakan life sciences, kerana nak translate ia susah dengan izin. Iaitu mereka belajar cells in space, microbes in space, protein crystallization in space, seeds and germination in space. Lepas itu space medicine. Mereka belajar in-flight monitoring of kesihatan angkasawan. Selepas itu, mereka belajar pre-flight dan post-flight monitoring angkasawan punya health. Selepas itu, mereka belajar physic education. Physic education iaitu termasuk mereka main batu seremban itu. Main traditional game in space dan mereka main gasing in space” (Rojak jugak bahasa Ahli Parlimen yek, kena saman ni...heheh)


Nah, dua eksperimen ‘main-main' dan bebrapa eksperimen ‘serius’…tapi otak kita cuma nampak ‘batu seremban’ dengan ‘gasing’ serta ‘teh tarik’ (yang aku tak quote bersama ‘lukis batik’).

Sekarang, memang eksperimen merepek (gasing, teh, batu seremban) tu nampak memalukan dan tak masuk akal. Tapi perlu juga diingat, program angkasa Malaysia yang pertama ini lebih bertujuan nak menarik minat rakyat Malaysia untuk meminati bidang astronomi (bukan astrologi ye). Rakyat Malaysia turut merangkumi kanak-kanak. Berapa ramai kanak-kanak Malaysia yang tahu keadaan mikro/zero gravity di angkasa sana? Bagi aku, eksperimen teh tarik, gasing dan atu seremban ni lebih sebagai ‘fun stuff’ untuk kanak-kanak – satu langkah tatihan pertama untuk mereka meminati bidang astronomi. Dan mungkin juga untuk orang dewasa yang tak nak ambik tahu pasal eksperimen saintifik yang susah dia nak sebut!

Media pula tak membantu, laporan mereka hanya memberi tumpuan kepada ‘eksperimen merepek’ tersebut. Ini mungkin samada
- mereka sendiri tak faham terma-terma saintifik atau
- mereka rasa rakyat Malaysia tak faham terma-terma tersebut (jadi tak perlu nak tulis)
- lebih senang tulis hal ‘remeh’ sebab psikologi rakyat malaysia yang suka benda yang mudah difahami dan dikenali.

Nah...sekarang siapa patut digelakkan, mereka atau diri kita sendiri atau sama-sama gelak atas ‘kepintaran’ masing-masing?

p.s. Ada yang kata program ni menghabis duit rakyat. Untuk makluman, program ni sebahagian program bayaran / timbal balik pembelian pesawat Sukhoi. Dan kalau ada yang kata ‘buat apa beli Sukhoi tu’, meh sini aku tarbiyahkan…takpun aku perkenalkan dia kat orang yang boleh tarbiyah baikkkk punya!

Sunday, December 10, 2006

Angan- Angan Si Jeneral Kerusi Malas

Kalaulah aku jadi orang yang berkuasa keluarkan duit untuk pembelian peralatan ketenteraan ATM....

Akan aku humban tukun TUDM (aka BAe Hawk 108 dengan 208)...jual dengan Indon ke, Arab ke...

Lepas tu, kasi tambah cukup pesawat MiG-29 untuk melengkapi 3 skuadron dan kasi upgrade ke standard SMT...tak pun M2...takpun OVT (Mak oi...OVT pun masih testing lagi).

Su-30MKM pulak tambah menjadi dua skuadron...satu di Gong Kedak, satu di Labuan.

Hornet? Oh, masih berjasa lagi sang tebuan ini. Juga akan ditambah menjadi satu skuadron penuh. Sang Tebuan, kamu ditugaskan membantu TLDM! (anti-shipping la) Cuma problem sikit, Hornet 'D’ dah tak keluar kilang lagi, kena beli stok USMC, itupun kalau US lepaskan!

Tukun TUDM akan diganti pesawat latihan/light attack seperti Yak-130 dan jumlahnya cukup sebagai pesawat latihan dan juga sebagai pesawat serangan ringan bila diperlukan. Mungkin juga 2 skuadron? Tapi sebab itu hari dah sign MB339CM, kena tukar model ni jugak la nampaknya.

Charlie...dimana rasa aku TUDM saja panggil C-130 Hercules, ‘Charlie’…nak tambah lagi tak? Ah tambah aje la...mana cukup 12 biji nak support logistik, nak support 10 Para lagi....tambah lagi 12 biji cukup? A400M mana? Yang tu kira lain....

Nuri, aku rasa dah masa untuk burung besi ni dipencenkan. Sebagai pengganti, aku suka NH90. Oh, pilot ramai-ramai tu kalau jadi apa-apa kat pesawat dan terpaksa guna K-36 atau Martin-Baker, perlu ada EC725 Cougar untuk CSAR…Again, cukupkan satu skuadron. Aku sebenarnya suka HH-53J Pave Low III tapi tu macam canggih sangat la…lagipun Uncle Sam kasi ke?

Ah, cukup la dulu berangan kosong…kang jatuh pulak model Hornet yang aku tengah bawak main ni…

Thursday, December 07, 2006

Ajaran Sesat...Featuring Al-Arqam/Rufaqa'

Dalam masa seminggu ni, heboh balik satu Malaysia pasal Al-Arqam Reloaded…Al-Arqam yang hidup balik sebagai Rufaqa’ Corporation. Ada yang kata hidup balik, ada yang kata Rufaqa’ ialah Arqam dengan nama lain…mereka yang hardcore tak pernah insaf. Dan Al-Arqam merupakan salah satu ajaran sesat/cult yang diharamkan. Mengikut IKIM, ciri-ciri cult ialah

- bergiat secara berkumpulan dengan satu pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Ketua ini pula dipuji secara melampau
- bergiat secara underground
- berfahaman songsang dengan kebiasaan
- mempunyai lambang-lambang tertentu

Wikipedia pula menambah, cult mempunyai ciri berikut:
- Pengucapan/mentera yang berkaitan dengan alam ghaib
- Bersifat anti-sosial
- Mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada ahli

Wikipedia turut menambah bahawa mereka yang terpengaruh dengan cult sebegini adalah orang yang :
- bersikap anti-sosial. Mereka memandang sinis masyarakat, tidak berpuas hati atau tidak dapat menrrima suasana sosial sedia ada
- Berfikiran magis – orang yang sentiasa mengaitkan hal-hal fizikal dengan hal-hal ghaib dan mempercayai bahwa perkara2 ghaib ini boleh membentuk kehidupan. Itu yang ramai claim berbual dengan Nabi, dapat Wahyu, jadi Imam Mahdi dsbnya. Berzikir entah apa-apa malam2 buta

Dan tambah aku pula pasal orang yang tubuhkan/sertai ajaran sesat – mereka yang malas berusaha nak dapatkan syurga. Cuba tengok majoriti ajaran sesat..mana ada yang kata kena baca Quran sampai khatam tiap2 malam? Atau sembahyang 10 waktu? Atau tiap2 tahun kena pergi Haji? Takda! Yang ada ialah...sembahyang pakai niat sahaja, puasa pakai niat sahaja, tuk guru tolong tanggung dosa dan lain-lain lagi. Yang sertai ajaran sesat pula orang yang tak amalkan ajaran Islam sekian lama, sedar diri tu berdosa tapi malas....dan bila nampak (kononnya) short-cut ni mereka pun berbondong2 menjadi ahli, dan sebab percaya tuk guru boleh ampunkan dosa dan sebagainya, mereka jadi obses – daripada tahap macam 'sesat di Kuala Lumpur', terus jadi 'sesat di Planet Zargus'!

Satu lagi, seperti dinyatakan saudara Sevven dalam blognya, ajaran sesat ialah cara mudah nak jadi kaya. Apa taknya, tuk guru kata kalau nak join kena 'sucikan’ diri dengan derma, katakan RM2,000. Tu sorang, kalau 10 orang dah RM20,000! Dan seingat aku kat paper baru2 ni pun ada dinyatakan Arqam nakkan peserta bagi sebahagian harta kepada organisasi-hmmm, patut le aset depa ni banyak! Satu lagi, ada sesetengah tuk guru yang guna 'male appendage' (heheh) sebagai pemandu dia...senang2 aje dapat rasa 'ayam fresh’ – ye la, sebagai syarat ahli pompuan baru nak 'masuk syurga’ atau 'menebus dosa’..... tuk guru tu yang ke 'syurga’ dulu!

Dan bila kes Arqam didedahkan, nampaknya depa dah naik satu level lagi:
"Ahli yang berjuang dalam perjuangan ini akan mendapat power daripada Allah seperti mana yang diberikan kepada Rasulullah. Kemuncak kematangan Karomah atau power inilah apabila tunjuk kapal terbang dengan jari dan niat jatuh, maka jatuhlah."

Menarik…kelakar pun ada sebab ada perkataan ‘power’ tu…macam ayat bebudak plak. Hmmm sekarang dah ada power camtu pulak? Oh, kenapa masa JAIS raid itu hari depa tak tunjuk jari kasi van JAIS tu meletup? Atau nak larikan diri, tunjuk aja kat pegawai JAIS supaya tak bergerak? Power tak cukup lagi ke masa tu? Apa pula lepas ni…semua ahli Arqam boleh buat lightsaber dengan buat ‘Jedi Mind Trick’? Satu lagi aku tergaru-garu kepala…punya la obsess Abuya pasal pemuda Bani Tamim, sampai dia letak gelaran ‘At-Tamimi’ kat hujung nama dia…siapa yang angkat dia sebagai Pemuda Bani tamim ni? Dia sendiri? Boleh tahan jugak egocentric Abuya ni….untuk penerangan lebih pasal Al-Arqam, selain website official kerajaan, boleh juga ke http://rufaqa-sesat.blogspot.com/

Tuesday, December 05, 2006

Dihydrogen Monoxide - Satu Pendedahan

OK…sekarang setelah aku buat pendedahan pasal bahayanya DHMO (rujuk posting asal di SINI), dan kita semuanya tak sedar akan bahaya bahan itu, aku nak dedahkan pula apa sebenarnya DHMO. Sila baca ayat demi ayat…jangan skip ye? Entry ni panjang sikit, but I believe you will find it enlightening.

Baiklah DHMO sebenar-benarnya ialah……

AIR

Ya, air, water, skyjuice, air jarang, air kosong, H2O…Apa yang aku tulis dalam entry aku tu sebenarnya satu hoax yang dibuat budak-budak sebuah Universiti di US. Tujuannya nak menunujukkan betapa orang ramai akan percaya sesuatu benda tanopa usul periksa, terutama kalau melibatkan penggunaan ‘buzzwords’ tertentu.

Nama saintifik air ialah hydrogen oxide..sebab ada dua atom hydrogen maka sahaja ditambah ‘di’ dan sebab atom oksigen ada satu, saja ditambah ‘mono’. Dan bila oxide menjadi ‘monoxide’ maka fikiran kita akan mengaitkan ia dengan satu lagi monoxide berbahaya – carbon monoxide…langkah pertama hoax ini dah berjaya. Nama-nama saintifik lain air tu betul…Cuma bila kita sebut ‘asid’ maka akan terbayang satu cecair kimia yang mampu merosakkan wajah seseorang (cerita yang selalu didengar) dan kita lupa banyak lagi benda asid dalam kehidupan kita…macam jus limau!

Setelah mendapat persepsi ‘bahaya’, hoax ini seterusnya menyenaraikan ‘keburukan’ DHMO. Mari kita tengok…

‘beribu-ribu kematian…berjuta-juta dolar kerugian…terutama diselatan dan tenggara US’ – Berapa ramai mati lemas seluruh dunia? Berapa ramai mati dan hartabenda musnah akibat storm surge taufan-taufan yang melanda US, terutama Katrina tahun 2005?
‘kematian…DHMO masuk saluran pernafasan’ – ni mati lemas la…juga sebab penyakit seperti paru-paru berair…

‘pendedahan…DHMO dalam bentuk pepejal…’ – pernah dengar frostbite?

‘lecuran teruk…DHMO dalam bentuk gas’ – cuba letak tangan kat muncung cerek yang tengah mendidih…

‘komponen utama hujan asid’ – kalau hujan apa yang turun, air kan?

‘menyebabkan logam teroksida’ – bunyi saintifik untuk karat…karat sebab ada air kan?

‘ketagihan bahan…mati dalam masa 168 jam’ – kita semua kan bergantung kepada air…takde air kita mati…’

Penggunaan dan kehadiran DHMO
Semua aplikasi ‘DHMO’ tu nampak macam aktiviti memusnahkan alam sekitar kan? Semua yang aku senaraikan tu melibatkan air dalam proses pembuatan. Dan bagi ‘digunakan di kolam renang awam’, kalau takde air camne swimming pool nak digunakan yek?

Dan kehadiran DHMO dalam produk-produk tu...sikit sebanyak mesti ada air, ye tak?

Jadi apa-apa hal aku mintak maaf la ye. Sekarang, dengan jujur, baik mengaku , siapa yang percaya DHMO merbahaya masa korang baca entry aku yang lepas? Hmmm apa kata korang forward entry DHMO aku tu kat kawan-kawan, sedara-mara dan lepas tu dapatkan reaksi diaorang...jangan dia orang kata 'Mari Haramkan DHMO’ sudah!

Sunday, December 03, 2006

Pelanduk Nak Sama Rupa...Satu Entry Perasan

Aku terjumpa site ni... MyHeritage face recognition. Kat site ni kita boleh tengok muka kita ada iras-iras rupa siapa. Bila aku run gambar family aku, ni result dia…

Aku
68% iras Jozef Pilsudski – negarawan Poland (check kat Wiki)
62% iras James Spader
60% iras Kareena Kapoor (!)
52% iras Johnny Depp

Wife aku
76% macam Angelina Jolie...fewwiitttt
70% macam Orson Welles(!)
70% macam Beyonce
70% macam Sammi Cheng
63% macam Andie McDowell

Nabila
76% Ayumi Hamasaki
60% Zhang Ziyi
58% Jolin Tsai

Tuesday, November 28, 2006

Pembunuh Yang Tersembunyi - Dihydrogen Monoxide

Sedang kita sibuk dengan ‘bahaya asid’ dalam coke, kita lupa bahaya benda ni...yang lebih meluas!Bahan ini dinamakan Dihydrogen Monoxide (DHMO) juga dikenali sebagai asid hidroksik, asid hidroksilik atau hidrogen hidroksid.

Apakah DHMO?
DHMO merupakan satu sebatian kimia tanpa warna dan bau. Bahan 'aktif'nya ialah hidroksid...salah satu komponen dalam bahan menghakis dan mudah meletup seperti asid sulfurik, asid sitrik dan ethyl alkohol.

Apakah bahaya DHMO?
Setiap tahun, beribu-ribu kematian berlaku akibat bahan ini malah bahan ini juga menyebabkan kerugian hartabenda bernilai berjuta-juta dolar di US, terutamanya di selatan dan tenggara.Antara bahaya DHMO ialah:
- kematian akibat kemasukan DHMO dalam sistem pernafasan
- pendedahan ke atas DHMO dalam bentuk pepejal boleh membuatkan kerosakan tisu yang teruk, ramai mangsa bahan ini terpaksa dipotong bahagian yang rosak untk mengelakkan kecederaan lebih teruk, atau kematian.
- DHMO dalam bentuk gas akan menyebabkan lecuran teruk (bergantung kepada tempoh terdedah)
- DHMO merupakan salah satu komponen utama hujan asid.
- menyebabkan banyak jenis logam teroksida- DHMO turut dijumpai dalam tumor dan barah- Sekiranya seseorang ketagihan bahan ini, kematian akan berlaku dalam masa 168 jam selepas kali terakhir memasukkan bahan ini.

Penggunaan DHMO
Walaupun banyak keburukan...DHMO tetap digunakan dalam industri, agensi kerajaan dan juga dirumah kita! Antara aplikasi DHMO
- sebagai pelarut industri dan bahan penyejuk (coolant)
- dalam reaktor nuklear, dipercayai antara penyebab kejadian di Chernobyl
- penghasilan styrofom (yang merosakkan lapisan ozon)
- dalam pembuatan senjata biologi dan kimia
- sebagai salah satu bahan pemadam api
- terhasil akibat penggunaan penghawa dingin
- bahan untuk membantu menyeksa tahanan di Israel, Iraq, Afghanistan, Jepun (Perang Dunia)
- dalam makmal kajian haiwan
- di kolam renang awam

Dirumah pula DHMO ada dalam benda-benda berikut:
- Makanan bertin, makanan bayi
- Ubat-ubatan seperti ubat batuk
- pembersih ketuhar
- syampu, pencuci wanita, sabun cecair
- apa yang menakutkan, walaupun dicuci bersih2, DHMO tidak dapat disingkirkan daripada makanan!

Masalahnya kerajaan buat tak tau pasal perkara ini walaupun dah berpuluh tahun. Siapa tahu no phone Karam Singh Walia, tak pun CAP?

Masihkah Anda Ingat?

Posting ni adalah jawapan kepada pelawaan Sastri

1. Siapakah yang menghantar U semasa pertama menjejaki kaki ke alam persekolahan?
Ayah

2. Siapakah nama cikgu kelas U masa darjah satu tu?
Cikgu Zainab

3. Apakah perkataan bahasa Inggeris yang pertama kali diajar di sekolah?
Aiseh yang ni tak ingat

4. Siapakah nama ketua darjah anda semasa darjah satu?
Saya la!

5. Siapakah nama guru besar sekolah rendah anda semasa darjah satu?
Cikgu Ismail Endin

6. Apakah nama kelas anda semasa tingkatan satu?
1 Perdagangan 1

7. Apakah perkataan yang pertama kali u ucapkan pertama kali berjumpa hubby/bf or wife/gf?
Mmm…apa khabar?

8. Bagaimanakah u pertama kali memberitahu hb/bf or wife/gf yang u sukakan dia...
Awkward giler…but finally,” I Love You”

9. Masihkah ingat tempat kerja anda yang pertama?
Kerja sambilan kat farm strawberi…keje ‘betul’ kat Multi-Purpose Finance, KL

10. Masihkan ingat apa yang anda belikan dengan hasil gaji yang pertama?
Belanja family makcik (sebab tinggal rumah dia) Kenny Rogers

11. Masihkah ingat lagu favorite mata ayer u?
Teringin (Shima)

12. Masihkah ingat tempat pertama kali u berjumpa si dia..
Rumah dia

13. Masihkah ingat bila pertama kali u mula sembahyang?
Masa Tadika

14. Masihkan ingat bila u start blogging?
Bulan April 2006...

Monday, November 27, 2006

Blogku Ini Jadi Sumber Rujukan?

Pagi tadi aku tengok statistik blog aku kat StatCounter. Sedang aku tengok, untuk 25 November lepas, ada orang masuk blog aku dari Wikipedia - link dia ke gambar Adnan IFV di Wikipedia. Bila aku tengok, rupanya ada orang upload gambar Adnan dari entry Deftech/FNSS Adnan ACV300 aku. Bila aku klik pulak kat entry ACV 300 Wikipedia, aku tengok orang yang update entry Wiki tu ambik data dari blog aku. English dia lagi elok la daripada English yang aku pakai kat blog aku tu, tapi ada jugak 'ayat cedok' yang verbatim dengan yang aku guna dalam blog. Juga dia tambah beberapa perkara tambahan seperti asal-usul ATGW Baktar Shikan. Yang kelakarnya pasal armor Adnan tu...aku tak tahu berapa tebal dia, aku cuma tulis yang armor Adnan boleh tahan tembakan mesingan 14.5mm. Kat Wiki, Adnan punya armor yang 14.5mm!
Sekarang...nak kata aku kembang hidung, ye juga. Sebab entry yang aku buat dimasukkan dalam Wiki (selama ni entry Wiki mengenai Adnan boleh dikira 'stub' sahaja). Nak kata aku bengang, ye juga...pasal si 'pengedit' Wiki tak maklum kat aku dulu....tapi takpelah, kurang-kurangnya ada jugak sumbangan blog aku ni yang tak seberapa....

Sunday, November 26, 2006

My Modeling Hobby - Final Part (For Now)

Sambungan dari bahagian III

Bila aku dah kena berhenti, maknanya sumber kewangan aku turut terhenti. Bila aku dah takde duit, maknanya apa yang aku minat terpaksa dihentikan. Jadi dalam masa 1 ½ tahun, aku pendam aje la hobi aku sampai tahun 1999 bila aku dah kerja kat Kedah. Bila aku dilantik jadi felo dan dapat duduk rumah yang decent, aku ingat nak start balik la model aku. Kena pulak duit dah ada balik. Lagipun rumah aku kosong gile masa tu. Aku bukan jenis yang beli bunga ke apa ke nak menghias rumah. Aku buat gaya aku sendiri – dengan model!

Aku cari sekitar Alor Setar tapi tak berjumpa kedai yang menjual model. Alamak…camne nak start balik? Tapi kira nasib baik la posting aku masa tu membolehkan aku keluar outstation terutama ker KL. Jadi bila aku ke KL maknanya salah satu agenda aku ialah kedai model la! Kena pulak meeting pagi...pukul 10 dah abis, flight pulak pukul 5.30 (tambah pulak masa tu domestic flights masih guna Subang) jawabnya aku merayap satu KL la! Tapi bukan selalu sangat ke KL jadi aku kena cari sumber lain. Aku cuba merayap ke Penang...ada pun! Kedai Tamiya (Daisheng) kat Kompleks Bukit Jambul...tapi pilihan model aku setakat Tamiya aje la... Tapi kengkadang nak menunjukkan betapa tegar dan obsesnya aku, ada masa bila balik opis (masa tu masih 4.15) aku terus ke Penang! Semayang kat Highway...dalam pukul 10 malam aku dah terpacak balik kat rumah!

Bila aku dah pakai credit card..makin parah (tapi takde la sampai bil kad aku penuh dengan model aje). Sekarang aku dah boleh order dari oversea terutama model yang tak ada kat Malaysia. Sebelum tu aku tumpang Amex member aku...tapi aku beli sikit2 aje la...ye la Amex kan kena bayar selonggok. Kalau CC biasa boleh la hutang....

Dulu aku letak atas tetingkat yang orang letak kat korner, lepas tu aku beli alari buku(!) untuk display model aku. Sekarang aku simpan model aku dalam custom-made display cabinet (senang kenal kontraktor perabot). Cuma finishing dia tak menarik..tukang dia kelam bkabut buat kerja..aku ingat kalau ada rezeki lebih aku nak tukar pintu gerobok-gerobok tu. Cuma kelainan aku dengan modeler lain ialah..aku rasa bila penuh gerobok-gerobok model tu, itu saja la koleksi aku....Niat dihati tu meeemang banyak lagi model aku nak buat, tapi ruang rumah membataskan. Tengok la kalau aku nak beli rumah besar?

Buat masa ni koleksi model aku banyak ni: 5 kapal skala 1/350. 28 kapalterbang WW2 skala 1/48, 25 kapalterbang moden skala 1/72, 45 kenderaan tentera skala 1/35 dengan dua kereta skala 1/24. Tu tak campur yang tak siap lagi : 1 kapal skala 1/350, 2 kereta kebal skala 1/35, 1 pesawat skala 1/48 dengan 3 pesawat skala 1/72. Dan aku tak kira koleksi senjata die-cast skala 1/6...hehehe. Oh tak campur ada ruang untuk 7-20 model lagi....

Thursday, November 23, 2006

'Radio Retro Terbaik Dan Paling Popular'

Aku cukup jaki dengan radio AMP (Astro). Kenapa? Kalau Era iklan bertimbun-timbun. English radios aku tak dengar sangat. Semangat muzik aku retro, jadi aku pilih Sinar. Masalahnya bagi aku Sinar FM ni kurang umpphh dia (walaupun mereka kata merka radio retro terbaik dan terpopular). Kalau retro maknanya banyak la lagu lama disiarkan kan? Ya betul, tapi lagu-lagu yang sama saja! Mana boleh Sinar dibuat ala Top 40 radio macam Era dengan Hitz. Lagu contemporary lantak la nak ulang banyak kali pun. Jadinya nampak macam zaman dulu tak cukup artis…atau artis dulu manjang buat single aje. Antara alasan Sinar ialah mereka pentingkan kualiti bunyi lagu. Ye la tu, abis apasal main lagu Ben Nathan sedangkan recording asal pun macam kelabu asap aje?

Satu
lagi aku jaki dengan AMP ni suka kerat lagu...abis banyak lagu jadi ‘radio edit’ version (masalahnya lagu asal bukan le jenis non-radio friendly macam Halloween, Keeper Of The Seven Keys atau Rhyme Of The Ancient Mariner). Diaorang ni tak tau ke salah satu nikmat dengar lagu rock ialah dengan menghayati gorengan lead guitar? Aku rasa Sweet Child O’Mine tak best sangat kalau Slash tak goreng kawkaw punya!

Ni yang aku berangan nak jadi Sultan Johor nih, ada stesen radio sendiri. Aku nak mainkan lagu-lagu lama, baik yang hits masa tu mahupun yang kurang hits. Ada siapa2 nak bagi aku modal buat stesen radio ni?

Tuesday, November 21, 2006

Ops Lalang

It's not what you think, sport....

Siapa tak suka pemenang (winners)? Cam tu juga la sesetengah peminat bola terutama kat Malaysia. Tahun Man U jadi champion dia sokong Man U, tahun Arsenal, dia sokong Arsenal. Dua tahun kebelakangan ni Chelsea, jadi Chelsea. Macam lalang la, meliang-lentuk ditiup angin. Omputih kata depa ni glory hunters, aku kata depa ni agar-agar, tak pun lalang. Masa Blackburn jadi champs tahun 1995 dulu, bila aku balik Malaysia, bersepah aku tengok jersey Blackburn (baik ori atau tiruan) – la ni mana pergi penyokong2 tu? Tak nampak pun baju Blackburn? Hehehe. Tokey kantin kat tempat aku ni dah pasti lalang, masa dia baru bukak kantin dia 3-4 tahun lepas, dia support Arsenal. Ni aku tengok dah jadi Biru pulak. Rasanya kalau aku bagi dia test kat bawah ni mesti fail punya!

Cara aku nak kenal Lalang-Lalang ni senang aje. Pertama aku tanya sejak bila sokong sesuatu team tu. Bila dah dapat tahun, aku follow-up dengan minta si Lalang bagi aku basic formation 4-4-2 untuk tahun tu (kecuali bagi yang dah support sesuatu team sejak lebih 10 tahun, kena pulak time dia mula support team tu haprak, macam aku yang support Man U sejak 1985).....kat part ni ramai menggelabah. Bila aku kutuk depa ni pandai pulak kata ‘buat apa aku nak ingat team (masukkan tahun)? Heh..lalang...lalang!

Heh, aku pun masih ingat star Man U tahun-tahun 80an macam Robson, Whiteside, Stratchan, Stapleton...Liverpool pun aku boleh ingat macam Rush, Barnes, Dalglish, Grobbelaar.....

Sunday, November 19, 2006

'Cruising' Di Kuala Lumpur

Masa aku kerja KL dulu, salah satu aktiviti weekend aku ialah cruising...bawak kereta malam-malam dengan member tengok life belah malam. Satu malam kami nekad nak pergi tengok ”ayam“ . Tengok aje bukan nak langgan, OK? Mula-mula ke Lorong Haji Taib aka Lorong Lebai Malang. Memang ramai sekali dengan customer tapi kebanyakan ayam yang aku nampak lengan berketak, biji halkum pun ada lagi...heheh. Tapi tak dinafikan sebahagiannya cun. Kalau sekali pandang boleh sangkut punya la! Dressing pun boleh tahan maut. Juga aku nampak mamat Bangla naik ke atas bilik dipimpin nyah...yuck!

Lepas tu kami beredar ke Bukit Bintang. Di depan Cathay berdiri kupu-kupu malam menahan lukah...tengok kalau ada yang berkenan. Aku rasa yang kat tepi jalan ni freelancer, takpun dah tak laku. Aku tengok pun macam dah matured sket. Kaki MILF suka la kot? Pusing kat Jalan Imbi, kami ingat nak tengok depan Kompleks Sun...saja Aku ingat ada through road dari Jalan BB ke Imbi. Elok aje aku masuk ke simpang, berderet pimp kerumun Accord aku sambil mengetuk2 cermin dan bumbung. Kami dalam kereta gelabah tak tentu arah...ye la tak pernah kena serbu camtu. Sampai depan Kompleks Sun tengok takde ayam kat luar...semua mesti kat dalam. Tapi yang boringnya, takde through road. Kena sekali lagi ’run the gauntlet’. Huh, lepas tu tak mau lagi la cruise tempat camtu! Baik tengok kereta rosak kat lake garden!

Thursday, November 16, 2006

Cerita Ah So dengan TUDM

Dalam akhbar The Star 14/11/06 ada berita ‘Apology over flight fright’ dimana TUDM memohon maaf atas kesulitan ke atas public masa mereka buat latihan di TUDM Subang baru-baru ni. TUDM mohon maaf sebab ada mangkuk hayun (that’s what she is) komplen kononnya anak pompuan dia ketakutan dengar deruman jet terbang rendah dan bunyi jet katanya ‘menjengkelkan’. Mangkuk tu juga kata latihan yang dijalankan TUDM tersebut ‘tindakan tak prihatin dan tak bertanggungjawab’. Dia juga ‘tertanya-tanya kenapa pihak berkenaan benarkan jet terbang di atas kawasan kediaman dan terbang ‘terlalu rendah’.

Inilah sindrom ‘rakyat manja’ yang dah terbiasa dengan keadaan aman sentosa sampaikan tentera buat latihan pun dikomplennya sampai TUDM ‘terpaksa’ minta maaf! Kalau aku, anak aku takut bunyi camtu aku kata “Jangan takut kakak, tu bunyi kapalterbang tentera. Mereka berlatih sebab nak jaga kakak. Biar kakak boleh main dengan kawan, boleh pergi sekolah…boleh blablabla". Ini dibiarkan macam tu aje (mesti punya!). Tapi aku paling terbakar bila dia kata latihan TUDM tak bertanggungjawab…pehhh macam aku nak ikat aje kat ekzos Hornet! Kalau TUDM tak bertanggungjawab ah, Ah So, dia olang tatak terbang langsung oooo lepas itu aaa kasi itu olang jahat punya kapal tilibang masuk suke-suke! Marah pesawat lalu kawasan kediaman, habis nak lalu ikut mana, LRT? Federal Highway? NKVE? KESAS? Guthrie? ‘Terbang terlalu rendah’? Lu ada nampak ka ah so? Ke lu main hantam cakap aja?

Kasi Ah So ni duduk Korea Selatan ke, Taiwan ke bagus ni…sebab negara2 tu sentiasa bersedia nak hadapi ancaman musuh. Kalau ah so ni duduk sana…abis dikomplen hari-hari gamaknya pasal pesawat tentera selalu berada di udara…dan aku rasa bukan Ah So ni sorang aje minda camtu!

Tuesday, November 14, 2006

Catatan Cuti Raya IV

Takde apa kali ni cuma gambar anak-anak sedara dengan anak dara aku aje...





Anak sedara sulung aku (belah wife) -Mohd Daniel Aiman. Aiman tak kisah nak panggil dia Aiman atau Daniel. Umur nak masuk tiga tahun. Masa dia kecik sikit cengeng teruk...asyik menangis aje. Lepas berubat baru la OK. Kalau tak dia menangis kengkadang sampai tak tarik nafas!












Adik Aiman, Nur Qistina Balqis. Baru tujuh bulan. Nabila suka sangat cium-cium dia.







Ni anak sedara belah aku, Rasyiqah 'Aaliyah. Umur dia setahun. Yang ni pulak jenis tak boleh orang lain pegang selain mak ayah dia dengan tok belah adik ipar aku. Ni dah setahun ni dah tak seteruk dulu...cengeng jugak! Start berjalan masa kat rumah mak aku. Mata dia besar betul!




Nabila tengah main dengan Aunty Jasmine dia. Aunty? Ye la, sepupu aku! Jasmine baru Darjah Satu tapi English dia mak oiii..kengkadang aku pun segan nak sembang dengan dia dalam BI. Masa kecik sikit tak cakap melayu langsung..tapi bila dah tadika baru la jadi bi-lingual. Sekarang dia berbual dalam BM dengan orang macam atuk aku, mak aku. Dengan aku, Nabila, makbapak dia dan beberapa orang lagi dia cakap BI!




Rambut Nabila bila diuraikan....panjang be! Dah nak sampai pinggang dah!










Nabila dengan mama dia masa Raya. Mak aku kata cucu dia nampak 'klasik' bila pakai baju kurung..macam budak-budak zaman dulu....

Sunday, November 12, 2006

'Saya Dah Lama Tunggu Bang!'

Masa bulan puasa itu hari, aku ke pekansiswa nak ambik duit. Kat ATM aku tengok satu aje yang beroperasi. Maknanya berderet le orang. Lepas tu aku perasan ATM yang satu lagi dah on balik. Jadi aku pun potong line ke situ lagipun takde sape yang mencelah kecuali sorang awek yang dapat potong aku…tak pe la. Tapi sedang awek tu buat transaction, datang kawan dia mencelah. Aku ingat nak bersembang ke apa tapi elok aje awek #1 abis buat transaction, awek #2 terus jolok kad dia! Woi! Aku terus naik angin la. Aku kata ‘tolong beratur la dik’. Korang tau apa dia jawab? “Saya dah lama tunggu’. Ye la hang dah lama tunggu, tapi pasal bila ATM tu on hang tak ikut kawan hang sekali sebelum aku!!! Aku pun terus membebel ‘ dah tau dah lama masuk la cepat2...ini tak, main potong aje mintak izin pun tak...lahanat punya budak’ Ye mmg aku cakap camtu apa nak jadi dengan kredibiliti aku sebagai opiser kat sini lantak le! Bila awek tu dah abis keluar duit..aku cakap ‘lain kali buat macam ni ye dik!’ Orang lain tengok aje aku..what do I care? Orang camtu patut diajar!

Kalau kat highway pun aku rasa ada orang buat trick potong line kat plaza tol. Buat2 masuk lane Touch N Go atau Smartag. Lepas tu konon2 salah masuk lane lepas tu nak mencelah masuk lorong cash! Ni terutama kat open toll macam kat Batu Tiga, KESAS dengan LDP. Piraahhh takkan la pakai Harrier tak reti nak baca ‘Tunai’ dengan ‘Touch N Go’?

Thursday, November 09, 2006

Catatan Cuti Raya III

Masa aku nak balik semula aku singgah kat PD. tujuan aku satu aje, nak melawat Muzium Tentera Darat. Pusing punya pusing sampai aku terlajak ke Teluk Kemang, baru aku sampai. Hari panas terik jadi aku takleh nak lelama sangat. Tapi Nabila OK pulak (ikut perangai aku kot?) Wife aku pun OK dan kata dia kalau balik Johor dia nak singgah lagi lama sikit.

Pemandangan dari parking lot. Pesawat lama DHC-4 Caribou TUDM (ye la TUDM support TD kan?). Pesawat yang ni cacat sikit sebab propeller spinner dah hilang. Bilah kipas dia pun lain macam aku tengok. Mungkin bagi membolehkan kipas berpusing ditiup angin.







Pesawat A-4PTM Skyhawk dalam laman muzium. Meghelit bukan main (kata orang Kedah). Cuma pesawat yang ni ketiadaan bonggol avionik kat belakang pesawat.







Kereta perisai V-150 TD. Yang ini telah ditembak pengganas komunis di Kroh tahun 1976 dulu menyebabkan tiga anggota terkorban. Bekas tembakan pelancar roket kelihatan dibahagian belakang (belah kiri gambar).






Nabila berposing atas motor pasukan tatu TD!









Turet meriam kereta kebal Type 89 Jepun yang dicabut menjadi 'pillbox' ketika Perang Dunia Kedua. Kat mana dia orang jumpa tak ingat pulak aku....







Nabila enjoying herself among the parked armored vehicles.










Ni mamat mana pulak masuk dalam SIBMAS AFSV ni...dah la dalam tu sempit. Lepas masuk pulak dia nih...hehe.








Haaglunds BV206 ATV yang TD mula guna masa bertugas di Balkans. Yang ada kat Muzium ni dah hilang beberapa road wheels dia (sebab tu kena hantar muzium kot?)







Nabila dan mamanya kat pintu masuk Sibmas tadi. Gambar diambil oleh ayah Nabila setelah berjaya mengeluarkan diri dari ruang sempit Sibmas tu.







Tugu / Memorial Perang Tentera Darat. Kat obelisk kecik-kecik tu dipahat nama-nama anggota TD yang terkorban mempertahankan negara.

Bangunan utama muzium. Bila masuk kat reception area ada tayangan video/hologram (featuring Shahruddin Thamby sebagai Hang Tuah dan kalau tak salah Hairie Othman sebagai Lt. Adnan). Juga tempat melepak dua-tiga budak dari kuarters berhampiran.
Ada banyak lagi bahan pameran muzium seperti gerabak keretapi, meriam lama, meriam moden, replika terowong PKM dan macam-macam lagi, cuma takat ni aje la aku masukkan dalam blog.

Wednesday, November 08, 2006

Antara Spender, Beruk Dan Makhluk Bertanduk

Masa bercuti panjang itu hari aku bawak la wife dengan anak aku pergi Johor (Johor Baru untuk orang luar Johor) kira-kira nak melepak kat Danga Bay la. Lepas berposing sakan kat kawasan sekeliling, aku ingat nak pergi la Restoran Singgah Selalu yang femes tu. Tapi pusing punya pusing takde. Dah tutup ke? Pindah ke? Bila aku balik BP aku cite dengan mak aku. Mak aku kata mmg dah tutup pasal itu hari kononnya ada ‘Ustaz’ nampak ada beruk menari-nari kat bumbung kedai tu. Dengan automatiknya aku cakap kepala hotak berjambul la sapa yang buat cite camtu mak! Kenapa? Sebab kononnya dulu gak Ustaz Haron Din nampak makhluk bertanduk (ramai) melambai2 dari bumbung sebuah kedai nasi kandar yang terfemes kat penang! Variasi cerita camni ialah beberapa kedai makan (yang terkenal tentunya) yang guna ilmu pelaris. Ceritanya mesti camni – ada pelanggan masuk dapur nak amik sendiri makanan…sedang godak periuk, tertarik spender yang diletak dalam periuk tu. Antara mangsa cerita jahanam camni ialah nasi bariani gam original kat BP. Sampai tutup kedai...tapi sekarang ni dah hidup balik.

Bagi aku ni semua cerita fitnah yang disebarkan oleh peniaga2 yang terancam kedudukan mereka sebab ada establishment yang menarik minat pelanggan. Mereka dah tak boleh bersaing secara sihat. Dan sebab diaorang ni semua MELAYU maka cara terbaik nak bersaing ialah dengan menjatuhkan leaders tu...dengan cara kotor lagi jijik iaitu dengan menyebar fitnah!!! Kenapa aku kata fitnah...ai takkan semua kedai cerita serupa aje, spender la, makhluk bertanduk la beruk la...dan untuk meneguhkan cerita, maka nama2 ustaz pun masuk la...kurang2 ‘ustaz’ tu dah cukup dah....Yang herannya takde pulak ye kedai yang makanan tak sedap, hotel kena camtu.....

Tuesday, November 07, 2006

Catatan Cuti Raya II

Pemandangan sekitar Batu Pahat...tapi tak banyak aku ambik pasal tak sempat.

Ni rumah mak aku yang diduduki sejak 1978. Rumah ni dah berapa kali arwah bapak aku besarkan. Asalnya tak la besar sangat...tanah aje besar. 206 tu adik aku punya, mak aku pakai Satria tu...kereta aku terlindung pokok santalia. Kereta adik aku sorang lagi tak dapat masuk viewfinder kamera....




Bangunan besor tu shopping kompleks pertama kat BP..The Summit. Aku ambik gambor ni dari depan rumah bapak mertua aku - gila dekat dengan kawasan perumahan. Aku ambik gambar ni dalam pukul 7.30 pagi gitu. Bila Summit tu bukak semua ruang kosong kat tepi-tepi jalan tu penuh dengan kereta dan motor sampai kengkadang aku nak park pun tak boleh. Keadaan camtu mungkin berubah bila satu lagi shopping kompleks (yang lagi besor) siap kat Jalan Keluang.


Ni la Tugu Peringatan Batu Pahat atau aku kata tugu tangan hantu..kehkeh. Kawasan ni depan pejabat daerah lama, sekarang namanya Dataran Penggaram...dulu Fountain (sebab ada air pancut). Tapi kalau tak salah orang tetap panggil Fountain. Tempat ni femes (dulu tak tau sekarang camne) sebagai tempat bapoks cari makan....




Balai Polis Batu Pahat, dekat dengan Fountain. Lokasi serangan kumpulan ajaran sesat tahun 1980 dulu. Kat sebelah kiri yang nampak sikit tu Gunung Soga.







Aku tak pasti korang boleh nampak gambar ni tak. Kat photobucket aku nampak..ni kat blogger ni masa aku mendraft nampak sekerat aje..Apa-apa hal ni gambor batu putih kat Kg Batu Puteh, Peserai. Takde signifikan sangat cuma...mana datang batu kat kawasan tanah pamah? Besar2 pulak tu? Batu-batu ada masuk rancangan Misteri Nusantara kat TV3.


High School Batu Pahat. Tempat aku perah kepala otak dari 1985-1989. Bangunan kuning tu bangunan pentadbiran dan seingat aku dibina dalam tahun 30an gitu. Asalnya warna putih dan diberi gelaran White House. Banyak cite hantu ooo pasal bangunan tu, ye la tu HQ Jepun masa perang dulu. Kat background, gunung yang ada menara pemancar tu gunung yang kedua famous kat Johor lepas Gunung Ledang...Gunung Banang. Tapi sefemes Gunung Ledang pun, takde orang buat lagu ghazal...

Akhir sekali, ni sekolah rendah aku..SRK Limpoon. Limpoon tu nama sorang tokey besar kat BP masa zaman Dato Bentara Luar buka bandar ni. Dua sekolah kongsi bangunan yang sama SRK Limpoon 1 dengan Limpoon 2. Dulu gilir-gilir waktu penggunaan, tahun ni SRKL1 guna pagi, tahun depannya petang....tak tau sekarang camne.

Banyak lagi benda aku nak tunjuk tapi lain kali aku balik BP la ye....

Monday, November 06, 2006

Catatan Cuti Raya I

Dalam kereta menghala ke BP. Kat kawasan Pedas Linggi. Jalan sesak sebab ada treler terbabas melintang jalan..hala utara/KL! Macam biasa laluan bertentangan pun jam sebab semua nak tengok!! Selain daripada tu, highway clear...heran pulak, biasanya banyak sangat kereta....






Ketupat raya jiran atuk aku...unik dan fantastik. Saiz dua kali ganda ketupat biasa. Yang menariknya tangkai ketupat tu dianyam macam tu. Unik dan menarik camne pun...masuk jugak perut aku...




Senja di pantai Pontian...tempat lepak aku dari zaman budak sampai sekarang kalau aku ke Pontian...

Tuesday, October 17, 2006

Kenangan Aidilfiti

Nak raya ni teringat aku beraya diperantauan. Dua tahun aje. Tapi tahun yang pertama tu syahdu aje. Nak balik duit tak cukup. Malam raya aku dengan member aku berlonggok depan public phone. Call Malaysia guna nombor 1-800-0-900-88-60 (kalau tak salah aku la). Tapi nombor tu nombor operator Telekom Malaysia. Line payah nak masuk. Kami gilir-gilir cuba dapatkan operator tu, siapa yang dapat dulu dia cakap la. Even kalau dah lepas giliran pun, member masih tunggu, tolong dailkan. Bila aku dapat aku pun speaking la, ingatkan operator BT. Ropenye Malaysia! Terus tukar BM..heheh. Time panggilan diselaras dengan waktu Malaysia, jadi aku call rumah atuk aku dalam pukul 2pagi GMT atau 10 pagi Malaysia. Dapat la cakap dengan mak, ayah dengan atuk aku. Masa tu aku tak tahu, tapi family aku dah decide camne nak deflect kalau aku tanya mana Mak Ani aku. Dia tak dapat nak merasa raya tahun tu sebab pergi selama-lamanya November 1994 sebab leukemia. Entah la , hati aku sendiri macam tak tergerak nak tanya pasal dia (bila aku balik cuti summer tahun tu baru family aku bagitau). Apa-apa hal, bila kat tempat orang, lagu macam Dendang Perantau dengan Dari Jauh Kupohon Maaf memang terasa efeknya.

Raya tahun tu aku kongsi masak dengan member aku dari Bath yang beraya dengan awek dia kat Aber. Kami nak buat lain dari yang lain…jadi kami masak baryani dengan tandoori..rendang tu ada la jugak dengan nasi impit. Mak aku pun ada kirim kuih tapi jenis kerepek dengan rempeyek aje. Kalau hantar biskut, alamat aku makan pakai sudu aje la.

Semayang raya buat kat bekas gym universiti, tempat yang sama buat tarawih. Tapi yang aku nak tergelak, tengah imam berkhutbah dia boleh sound golongan ibu dengan anak-anak yang bersembang dan secara umumnya buat bising. Senyap sekejap..tapi sekejap aje la. Lepas semayang kami ke rumah student PhD dengan Masters terutamanya PhD sebab depa dah berkeluarga dan banyak buat makan! Belasah la sate, ketupat (plastik – Adabi), rendang dan sebagainya. Kami pelajar Malaysia terutamanya jadi perhatian penduduk tempatan sebab baju yang berwarna-warni..masa tu late winter/early spring jadi secara umumnya mat saleh pakai baju yang kelabu, gelap dan sebagainya – nak match cuaca!

Petang tu ada kelas, asalnya memang aku nak pergi. Tapi bila aku keluar bilik aku tengok macam kapas gugur dari langit...snow! Snow pertama aku kat UK. Lebat pulak tu, ada la dalam ½ kaki turun. Jawabnya aku sambar kamera aku, kelas Intellectual Property Law aku entah ke mana…ehhehe. Oh, paginya, masa aku nak pergi semayang hujan batu turun.

Raya tahun depannya lebih kurang sama cuma takde snow...dan aku dah jadi biasa beraya di rantau..takde la syahdu sangat. Cuma kali ni aku telefon rumah direct call dengan segenggam duit satu pound. Tak payah nak tunggu. Nasib baik hostel upgrade telefon public tu boleh buat international call..

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog aku ni. Kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan tulisan aku...aku mohon maaf. Kesilapan tidak disengajakan. Juga aku break dari berblog sampai at least awal bulan 11 sebab aku ambik cuti panjang. Unless aku jumpa CC atau guna PC pakcik aku. Sekali lagi Salam Aidilfitri dari Alpha!

Sunday, October 15, 2006

World's Crappiest Modeler!

I am the world’s crappiest modeler. There is no doubt about it. Sometimes my ego got stroked when friends, relatives or students come around my house and marveled at my model collection. Never mind that 99.9% of them have no idea or interest in scale modeling – I could use some compliments. At first I thought my builds are ‘below average’. After the introduction of the internet, the world is opened up. Now I can view models made by modelers from all around the world including others in Malaysia. Wow! As comparison, my builds can be likened to pre-schoolers’ scribbles on an A4 paper whilst those I see in ‘Aircraft Resource Center’ or ‘Track-Link’ or ‘ModelWarships’ deserve a place in the Louvre, or at least, Galeri Seni Nasional (is there such a place?)

I thought that my Tamiya tape seatbelts are the epitome of modeling skills, not! I have seen model aircraft in 1/48 scale with numbers on their instrument panel dials and no, they don’t use some fancy Eduard stuff…it’s painted on! No seam lines can be seen…it’s all smooth whilst mine have gaps and cracks all around! Even if I fill and sand the seams, there is now a small ridge of putty! And talk about putty, I really don’t use the stuff…children’s modeling clay would do! I must also confess that sometimes I get my fingerprints on the models courtesy of stray drops of cement or that there is cement on my fingers. The problem has been significantly reduced for the past few years as I have discovered that sandpapers are useful to the hobby.

Browsing through the internet or the shop windows of Miniature Hobbies and Hobby HQ, I wonder how do they get the lines between camouflage colors so smooth. Somebody told me that they are created through airbrushes. Ah yes…that most basic equipment of any modeler. Well being the worst modeler I stick to my paintbrushes. If I paint camo’d tanks or planes, I’d end up with highly contrasting edges between the colors, totally toy-like and not a model, according to certain zealots. That is unless I’m painting planes which DO have hard-edge camo. Whatever it is, on closer inspection, it looks like they have been painted using mops! Then there is the concept of weathering. Me? Nah, I don’t need to do that, my painting skills have already made the models look weathered!

Most modelers have a dedicated studio to indulge in their hobby. I built my models on the all-purpose dining table. I use the end which seldom used by my family (unless there’s somebody coming for dinner). That part of the table is marked with glue deposits, stray paints, small holes caused by the drill and damaged surfaces from spilled superglue. Good thing I have discovered that window-cleaning liquid and Easy Off Bang are useful to remove the paints!

I am also ham-fisted…I really can’t work with delicate plastic and metal parts, it all got broken or distorted. My PE railings of the inclined ladders on my 1/350 HMS King George V look like it has abused by overweight skateboarding dudes! And sometimes I have to leave off the small parts completely pretending that they are lost through battle damage.

Finally, many modlers arm themselves with a whole array of tools, tools enough to build a real tank/aircraft/car/ships. For me, I just have a scissors, hobby knife, nailclipper and paintbrushes to build my ‘masterpiece’. Oh, talk about masterpieces, My models only look good from six feet away!

Thursday, October 12, 2006

Telur Punya Cerita

Masa aku di A-Level, hari Isnin memang best. Hari pasar malam! Yang menariknya pasar malam kat luar pagar hostel aje. Tak payah nak jalan jauh2. Kat situ ada la satu stall ni jual nasi/mee/meehoon/kuetiaw goreng yang pakai kuali besar tu. Ini persinggahan biasa aku dengan gang aku. Ada satu hari aku tak berminat nak bubuh telur goreng kat nasi aku pasal makcik tu goreng tak garing, masih ‘bernanah’ (kuning dia cair lagi le). So aku cakap, ‘Makcik, saya tak nak telur ye’. Yang lain makan aje telur goreng camtu. Lepas tu bila nak bungkus, makcik tu tanya la,”siapa yang takde telur tadi?”. Aku pun mengaku la diiringi gelak ketawa member yang otak ke lain serta kata2 macam ‘wei, selama ni engkau takde telur ye?’…cis! Makcik tu senyum aje.

Juga masa A-Level, kami selalu keluar makan kat ‘Junction’ – sebelah Esso dengan Giant seksyen 18 sekarang ni. Dan makanan biasa kami yang goreng-goreng la. Bila makanan sampai member aku komplen dengan suara yang agak kuat “Eh, telur aku kecik la!” (sebab telur goreng dia ‘cacat’ sket, nampak kecik). Dan macam aku kena jugak, kawan aku ni digelakkan secara beramai-ramai….

Tuesday, October 10, 2006

Sembilu di Astana Idaman Kasih

Sembilu di Astana Idaman Kasih

Entry kali ni pasal drama nan dua biji di Astro Ria dan TV3/TV9 tu. Dengan rasa boringnya aku isytiharkan dua drama ni antara drama paling buruk walaupun dapat rating tinggi. Sembilu tu mmg patut pun ditukar nama menjadi ‘Sembelit’ sebab dah beratus-ratus episod tak habis-habis. Masalahnya jalan cerita langsung tak berkembang. Minggu ni gaduh, minggu depan Ok balik lepas tu gaduh balik gila2. Minggu ni faham tugas suami alih-alih dua episod lagi terus macam orang dungu! Pasal laki lambat amik lunch sampai nak terjerit-pekik? Dah la tu, penuh dengan adegan flashback...kadang-kadang siap boleh flashback musim lepas punya! Ah, satu lagi mesti ada artis baru syok kat Fendi...arghhhhh!!! Satu lagi bila wtak pompuan mengandung...sikit2 ‘blablabla kau tu mengandung’. Alahai Datuk YH, kami mintak tolong supaya tamatkan drama ni...dah boring la!

Astana Idaman pulak...aku tak pasti, ini drama Melayu ke Mexico? Musim lepas siap ada shoot-out macam cite Hong Kong. Tapi apa-apa hal drama ni memang menunjukkan anak-anak yang kurang ajar…nak kira dah tahap derhaka dah, siap jerit2 maki mak sendiri. Lepas tu pulak kebanyakan watak pulak punya la busuk hati, terutama sapa, Tan Sri Borhan? Tau la orang bisnes ni ada suka tikam belakang tapi ni macam entah…teruk sangat la jiwa dia! Dan juga dalam drama ni aku tengok lagi banyak cleavage didedahkan dari drama-drama Melayu lain! Dialog pun kengkadang lapik ala kadar aje...kengkadang tak cover langsung. Satu lagi nama, tolak Atikah, Borhan, Mansor, Abas, Arman dengan Juwita…yang lain-lain dah macam drama Sopranos pulak, takpun drama Pinoy. Apa taknya, nama Mark, Rocky, Mickey, Tony, Maria…

Dua-dua drama ni letak prime time…sesuai ke untuk tontonan keluarga?

Sunday, October 08, 2006

Boeing F/A-18D Hornet


Function : All weather, night capable multi-mission aircraft
Dimension : 17.06m(L) x 11.43m(W)
Powerplant : 2 x General Electric F404-GE-402 afterburning, low-bypass turbofans (8,029kg thrust per engine)
Speed : Mach 1.8 / 1,900km/h
Combat radius : 460 miles (air-to-air); 660 miles (air-to-ground)
Ferry range : 2,300 miles
Armament : 1 x 20mm M61A1 rotary cannon (570 rounds), up to 7,711kg of weapons

The F/A-18 Hornet was conceived in the 1970s as a result the US Navy’s VFAX program to replace the existing F-4 Phantom, A-4 Skyhawk and A-7 Corsair of the US Navy and Marine Corps. The aircraft can perform air-to-air and air-to-ground missions, roles of which can be switched literally at the push of a button.

The initial A and B models entered operational service in 1983. In 1987, a block upgrade resulted in the ‘C’ and ‘D’ model. Whilst the B model is designed as operational/conversion trainer, the ‘D’ model is configured to be an all-weather combat aircraft. The upgrading includes better version of the AN/APG-65 multi-mode radar (upgraded to AN/APG-73 in 1992), ability to fire the AIM-120 AMRAAM missiles, SJU-17 NACES ejection seat, AN/AAR-50 thermal navigation pod, AN/AAS-38 Nite Hawk FLIR, NVGs and full-colour MFDs.

In 1993, the Malaysian Government announced its decision to purchase new combat aircraft. One of the aircraft types is the D model of the Hornet, of which the government purchased eight. There was an option for a further 12 airframes but the plan was shelved because of the economic crisis in 1997. The aircraft were delivered in two batches; four in May 1997, piloted by TUDM and USMC aircrews and the other four in August 1997, piloted by Boeing pilots. The TUDM Hornets are similar to their USMC counterparts. However aircraft M45-01 to M45-04 are ‘twin stickers’ (dual control) and can be used as operational/conversion trainer. Aircraft M45-05 to M45-08 have fully missionised rear cockpit. The Malaysian Hornets are painted in Gunship Grey, similar to USAF F-15E Eagles. They are assigned to No.18 Squadron ‘Lipan’ (Centipede) based at Butterworth in the State of Penang.

Weapons package in the TUDM purchase includes AIM-9S Sidewinder (slightly downgraded version of the ‘M’ model) IR-guided AAM, AIM-7M Sparrow SARH AAM, AGM-84A Harpoon AShM, AGM-65 Maverick AGM (photos have shown white painted missiles, probably denoting TV /Scene Mag ‘A’ or ‘B’ variant. There is also a photo of a grey missile, probably denoting laser-guided ‘E’ model), GBU-12 Paveway II LGB, Rockeye CBU and CRV-7 unguided rockets.


In March 2003, M45-08 was involved in an accident at Kuching International Airport when it skidded off the runway. The airframe is salvageable although there are damage to the cockpit when the aircrew ejected. M45-08 has returned to service some time last year.

Wednesday, October 04, 2006

Jawapan Seorang Juara

One In A Million dah habis. Dah tahu siapa pemenangnya walaupun aku langsung tak follow rancangan ni. Macam biasa, kontroversi akan melanda dan sepertimana AF, undian SMS menimbulkan rasa tak puas hati. Kali ni melibatkan bau-bau perkauman sikit pasal pemenangnya bukan Melayu dan dikatakan saluran TV tu majoriti penontonnya bukan Melayu.

Apa yang aku nak sentuh kat sini bukan pasal tu, tapi apa respon Suki bila ditemuramah. Bila ditanya apa nak buat lepas ni, dia kata dia nak sambung belajar lagi dan nak concentrate SPM sebab dah tak lama lagi. Agaknya kalau budak Melayu yang sama baya menang apa jawapannya? Aku rasa mesti camni “Saya tak sabar nak masuk studio...mungkin lepas Hari raya ni dan saya harap perjalanan seni saya ini diterima peminat”...blablabla. Lantak la SPM, aku dah jadi millionaire!

Monday, October 02, 2006

Tahun ke-34

Dah 34 kali Bumi mengelilingi matahari sejak 1972. Dan sebanyak itu la umur aku hari Sabtu lepas (30 September) tapi kalau tolak weekend, public holiday dengan Bank Holiday, umur aku baru 24 kot? Haha.

Wife aku kata, ala baru 34, muda lagi..tapi bagi aku bila dah ada ‘3’ kat digit kedua tu...dah tua le. Perubahan ke arah yang lebih perlu dibuat...aku rasa aku dah mulakan langkah tu, takyah la aku cerita kat sini...sebab terlindung oleh PSA (Personal Secrets Act 1972) Bukan apa, orang kata ‘life begins at 40’. Kalau aku tak berubah by then, jawabnya sampai mati le aku tak berubah! Kepala aku tak beruban, Cuma dah jarang macam aku kata dalam entry sebelum ni, tapi janggut aku dah mula ada grey spots here and there...lagi petanda yang menunjukkan aku dah ‘berusia’ dan perlu act as one.

Aku nak cite apa lagi pun tak tau pasal kepala aku weng lagi. Semalam kena handle student punya elections. Sehari suntuk aku kena berjaga. Masa kira undi pulak, disebabkan kelaparan dan kepala otak yang asyik melayang ke rumah, staf yang ditugaskan bawah aku kira undi sampai lari figure…kena kira balik sebab nak tally up. Pusat mengundi aku yang terakhir bagi result…masa aku sampai kat pusat pengumuman, tengah azan Maghrib. Aku pun dapat capai kuih dengan kurma 2-3 biji aje. Pukul 9.00 baru balik rumah.

Hari Sabtu pulak aku off…tu yang entry ni baru masuk ari ni…belated giler!

Wednesday, September 27, 2006

Aku, Zidane dan Vialli

Berikut ialah senarai beberapa orang pemain bola terkemuka dunia

Zinedine Zidane
Attilio Lombardo
Gianluca Vialli
Ronaldo
Fabien Barthez
Sir Bobby Charlton
Yordan Letchkov
Ivan De La Pena
Thierry Henry
Patrick Vieira
Mikael Silvestre
Roberto Carlos
Eric Cantona (lepas 1996)

Dengan rasa agak bangga aku isytiharkan aku dah setaraf dengan dia orang ni! Kenapa? Sebab aku boleh sepak lencong? Bukan. Sebab rekod jaringan masih belum dapat dipecahkan? Bukan. Sebab aku hantuk kepala kat pemain lawan atau terajang peminat kurang ajar? Pun bukan! Sebabnya ialah…rambut aku dah mula menipis dan nampak kulit kepala…lagi setahun dua nampak gayanya kepala aku macam kepala Zizou le….isy isy isy.

Monday, September 25, 2006

Marhaban Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang untuk merasa satu kali lagi Ramadhan, bulan yang penuh berkat dan kemuliaan. Aku tak pandai nak guna kata-kata yang high end....cukuplah sekadar aku mengucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini!

Juga
selamat kembali iklan dengan latarbelakang hijau dan alunan lagu Raya! Juga rancangan memasak kuih raya walaupun Penyimpan Mohor Besar BELUM lagi mengisytiharkan tarikh puasa! Apa daaa bulan pose lagi besar status event dia sebenarnya!

Bila
pose ni aku teringat

I
Masa aku budak lagi, darjah 5 kot. Hari tu aku tak sihat jadi aku cakap dengan makcik aku aku tak larat nak pose. Dia kata takpe la. Jadi aku nak pau karipap yang makcik aku tengah goreng untuk berbuka. Aku pau la dua biji dan masuk balik nak tengok TV. Tapi kat hall rumah tu bapak aku tanya, puasa ke tak? Aku kata puasa la (appa ra, cakap aje la tak sihat, kan senang). Lepas tu bapak aku tanya balik...tu tepung kat bibir tu apa hal? Ahaks...kantoi....nasib baik dia terima penerangan aku...

II

Member-member sebilik aku yang membawa periuk nasi dan bungkusan-bungkusan rencah nasi goreng Adabi dan bertin-tin kari Yeos dan sardine. Tujuan asalnya ialah nak berbuka beramai-ramai dan tak perlu selalu nak beli. Tapi kalau dah budak lelaki tu….jawabnya puasa yang yok le. Kena pulak depa ada ‘kunci segala kejahatan’ aka pembuka tin. Hoh, seronok setan bertepuk walaupun kena ikat..hehe. Juga ada sekali member aku tu beli ayam goring dari stall pukul 1 tengahari..nak buat buka katanya…iyo la tu jang oiiii. Bagaimanapun aku tak terlibat sebab aku lari ke bilik sebelah bila sesi puasa yang yok bermula.

III

Masa aku kat UK pulak, aku jarang masak lauk berbuka sebab aku berbuka kat surau. Pilihan makanan pulak international…Paki ada, Melayu ada, Indo ada, Arab ada. Cuma kalau makan Arab dgn Asia Selatan punya aku rasa panas..apa taknya, kambing! Juga masa kat UK ni godaan lebih. Nasib baik masa aku kat sana puasa jatuh masa winter – jadi kurang la errr bahagian yang tak patut dilihat tak banyak yang kelihatan! Puasa masa winter pun seronok, walaupun sejuk dan lebih cepat lapar, waktu iftar (bukak pose le) masa tu 4.20 petang, dan waktu Imsak 6.15 pagi. Cuma kengkadang bila aku ada kelas masa tu, kena la aku makan dalam lecture theater...setakat Mars atau Snickers aje le..lecturer pun tak kisah, depa faham.

IV
Masa Tarawih pun aku ada culture shock sikit. Aku ingatkan yang jadi imam tu hafiz, tapi masa aku tengah nak pakai jaket (standard la budak Mesia buat lapan rakaat aje), aku terperasan yang imam tu pegang Quran kecik masa qiam….masa nak ruku’ dia masukkan dalam poket dia!

Wednesday, September 20, 2006

Kisah Bumi Naga - Teori 'Z'

Masa aku stadi dulu, ada junior aku buat satu teori dipanggil teori ‘Z’. Ikut teori Z ni, kalau seseorang aweks tu dalam namanya ada huruf Z, maka ada 80% kemungkinan yang orangnya cun. Jadi aku mintak bukti... dia kata cuba tengok Ziana Zain, Aleeza Kassim, Kuza. Aku kata memang la depa tu artis. OK, dia kata cuba tengok aweks A-Level yang bertaraf cun...aku pun ingat balik...nama aku takleh disclose kat sini tapi memang hampir semua aweks2 yang ada huruf Z dalam nama dia, orangnya cun. Dan wife aku pun ada ‘Z’ dalam nama dia... hehe. Yang jantan-jantan dan akak dan adik-adik yang baca blog ni...boleh cuba dengan orang di sekeliling. Teori ni bagaimanapun tak terpakai untuk orang lelaki! Jadi kalau orang tu nama dia Zainal..kemungkinan besar tak hensem! Spin off dari Teori Z ni ialah kalau aweks2 yang namanya pelik sikit...contohnya Fasha Sandha..pun camtu jugak.

Jadi kalau korang ada berkenalan melalui chatting atau forum dan nak awek cun, pakai la teori ni...tapi kalau ditakdirkan aweks tu jatuh part yang lagi 20% tu...nasib la!

Monday, September 18, 2006

Weapons File - ASTROS II MRL


Specification
AV-LMU launcher vehicle
Chassis : Tectran 6x6
Combat Weight : 20 tons
Speed : 100km/h (road); 70km/h (off-road)
Dimensions : 8.0m(L) x 2.6m(H) x 2.4m(W)
Armament : 1 x 7.62mm FN MAG MG, rockets

Rocket Projectile*
SS-09-TS
Calibre : 70mm
Warhead Type : HE-Frag
Load per launcher : 32
Range : 4,000-10,000m
Note : training rockets

SS-30
Calibre : 127mm
Warhead Type : HE-Frag
Load per launcher : 32
Range : 9,000 – 30,000m

SS-60/SS-80
Calibre : 300mm
Warhead Type : HE-Frag; DPCIM, HE-Incendiary, AT mines, AP mines and runway denial munitions are also available.
Load per launcher : 4
Range : 20,000-60,000m (SS-60); 22,000 – 90,000m (SS-80)

The ASTROS (Artillery SaTuration Rocket System) comes from the renowned Brazilian weapons manufacturer Avibras Industria Aerospacial S/A. The system is in use by the Brazilian Army and has enjoyed export success with purchases made by Iraq, Saudi Arabia, Bahrain, Qatar and Malaysia. The system is also battle-proven, having been used by the Iraqi Army in Iran-Iraq War and by the Saudis during Desert Storm. Unlike earlier rocket artillery systems which usually consist of launcher vehicles only, Astros offers a fleet of specialized vehicles to form a complete system. They are:

Universal Multiple Launcher vehicle (AV-LMU) – the sharp end of the system, being able to fire five types of rockets with different calibers.
Ammunition Supply Vehicle (AV-RMD) – used to resupply the LMUs, it can carry two complete loads for each launcher.
Battalion Command And Control (AV-VCC) – each vehicle provide battalion level command and control facilities for up to three batteries.
Battery Command and Control (AV-PCC) – providing battery level command and control facilities.
Electronic Fire Control Unit (AV-UCF) – The vehicle facilitates fire direction procedures using its on-board radar and computer.
Mobile Workshop (AV-OFVE) – used to provide and facilitate field maintenance and repair for the whole system
Mobile Weather Station (AV-MET) – used to measure atmospheric conditions in order to facilitate accurate firing solutions.


As part of its modernization programme, the Malaysian Army has bought the system in 2001 with deliveries completed in October 2002. In preparation, a number of officers and enlisted men from the Royal Artillery Regiment, Artillery Training Centre, Royal Ordnance Corps and the Royal Electrical and Mechanical Corps were sent to Brazil to attend a series of maintenance and handling courses to ensure full capability to handle the rocket system. The Malaysian purchase consists of 18 AV-LMUs, 18 AV-RMDs, 1 AV-VCC, 3 AV-PCCs, 3 AV-UCFs, 2 AV-METs and 3 AV-OFVEs – enough to equip three batteries. The ASTROS MRLs form the 51st Regiment Royal Artillery based at Gemas Camp in Johor/Negeri Sembilan. The three batteries of the 51st Regiment are named after traditional Malay weapons: Battery Alpha is named Keris, Battery Bravo is named Panah and Battery Charlie is named Tombak.

In January 2006, 51st Regiment was declared to be fully operational and is placed directly under Army Field Command HQ after previously being under the command of the Army’s 3rd Division. The new organisation basically means that the ASTROS system is considered a high-valued and strategic-type weapon system. The system can be used as general artillery bombardment system or as counter-battery system in conjunction with artillery spotting and battlefield surveillance radars used by the Malaysian Army such as ARTHUR and ASKARAAD.

* Data for rockets purchased by Malaysia, other rockets include SS-150 and tactical missiles.

On a personal note, certain forumners in a certain forum in a certain country makes a whole lot of fuss concerning Astros…probably because not only the system is organized as a ‘strategic’ weapon, but in their case, the weapon truly become strategic as it placed their whole country within its firing range.

Photo
Top : ASTROS AV-LMU launcher at Merdeka Parade. (Tentera Darat)
Middle : SS-80 rockets leaving their launch tubes during firepower demonstration at Tanjung Hantu, Perak in 2003. (GempurWira)
Bottom : Firepower demonstration at Jementah firing range using SS-30 rockets in 2006. (GempurWira)

Thursday, September 14, 2006

Woi...Jari Tu Woi!!!!!


Entry ni bukan nak mempromosikan mamat ni tapi nak menunjukkan jari-jemari dia.…selain si Iqram tu, aku juga pernah tengok gambo kumpulan A To Z dengan peminat budak-budak amik gambar ramai-ramai sambil buat gesture camtu. Ni aku nak habaq mai, gesture camtu bukan bermaksud ‘peace’ atau ‘victory’ tapi serupa dengan ‘birdie’/’finger’/'isyarat lucah' , ala yang tegakkan jari hantu tu….Simbol peace atau victory ialah bila tapak tangan menghadap hadapan. Kalau terbalik jadi isyarat lucah! Ni kalau pergi UK ke, Oz ke, NZ ke, Kanada ke, tunjuk kat orang sah-sah paling kurang kena penampor. Media pun satu, korang tak tahu isyarat tu ka?

Yang artis pun..korang ingat tu Blacks punya isyarat semata-mata hape? (Gambar diambil dari Berita Harian minggu lepas)

Wednesday, September 13, 2006

Konvo!

Konvo! Siapa yang belajar kat U atau kerja kat sana yang tak pernah rasa? Konvo ialah kemuncak kepada perjuangan (ewah!) selama 3-4 tahun (takpun lagi lama sebab kena extend) untuk mendapat segulung ijazah – tengok la, kalau pakai tube, gulung, kalau pakai folder, sekeping! Konvo juga tempat couple-couple di U memperkenalkan bakal menantu kepada bakal-bakal pak dan mertua dengan harapan dapat dikahwinkan cepat. Konvo juga merupakan pasaran bunga dan souvenir berkala terbesar…rasa aku habis bunga kat Cameron Highlands. Apa taknya, awek bagi satu bouquet, mak bagi satu, tuk wan satu lagi, member-member satu lagi…satu dalam RM50, wooo dah RM200 dah…kayo! Kayo! Selain bunga, tokei-tokei warung makanan dan minuman turut menumpang rezeki lepas tu kasi mark-up harga. Tu yang tahun lepas ada komplen Nasi Ayam sepinggan RM5!

Tapi aku rasa Pesta Konvo UUM ni dah hilang umphhh dia...dah tak happening macam dulu. Kalau makanan, kalau time tu gah ayam golek…5-6 stall jual ayam golek. Tahun ni aku tengok nasi ayam dengan ayam goreng belacan. Lepas tu berwarung-warung jual sup. Dulu ada gak mamat-mamat yang jual western food, roti john, masakan selatan dan lain-lain yang menambah seri dan selera. Kalau pameran pulak, aku nampak kain, kain dan bermacam-macam kain dan baju pompuan. Tahu le UUM 75% pompuan. Dan sejak 3-4 tahun lepas, tiada lagi penyertaan daripada ATM…boring aku. Dulu masa PASKAL datang syok jugak bersembang dengan diaorang sambil tengok senjata dan kelengkapan…la ni Bomba pun dah tak datang tunjuk video horror depa…Kengkadang aku rasa jeles tengok konvo kat tempat orang.

Apa-apa hal aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada graduan UUM yang baru grad 9-11 September itu hari.

Tuesday, September 12, 2006

My modeling hobby - Part III

Bila aku dah ke UK, hobi aku slow sikit. Mungkin sebab masa kat sana aku tak spend sangat (sebab nak beli tiket flight balik cuti), aku lebih banyak berjalan dan minat dalam militari lebih kepada pembelian buku serta lawatan ke muzium tentera. Wlaupun slow, tapi masih carry on. Tapi genre dah berubah. Masa aku kat sana aku gila Star Trek dengan Star Wars. Jadi aku beralih ke sci-fi modeling. Takde la banyak aku beli, setakat Imperial Star Destroyer, X-Wing Fighter, AT-AT dengan AT-ST aje. Ada sekali masa snow turun, aku buat impromptu diorama guna AT-AT aku, kononnya scene Battle of Hoth masa Empire Strikes Back. MAsa ni jugak aku ada beli replika AK-74…tapi aku jual balik pasal mesti kena rampas Kastam punya bila balik. Memang sebijik macam rifle betul. Sayang jugak le!

Lepas aku balik Malaysia, hobi aku terhenti balik buat seketika. Bila aku masuk kerja kat Multi-Purpose Finance tahun 97 dulu, aku mulakan balik. Dan masih dengan model sci-fi. Kali ni aku buat Veritech Fighter dari siri Robotech, aku ada tiga biji, satu mode Fighter, satu mode Battroid dengan satu mode Gerwalk. Tapi bila aku kena retrench, model-model tu aku serahkan kat kawan-kawan yang survive purge tu…..dan sekali lagi hobi aku terkubur…..

Saturday, September 09, 2006

Anda adalah modeler tegar....

Anda ialah modeler tegar bila

1. Anda membaca instruction sheet ketika di bilik termenung.

2. Sebahagian besar perbelanjaan dalam bil kad kredit adalah dari ‘Hobby HQ’, ‘Minaiture Hobbies’, Tamiya Underground, Daisheng Hobbylink Japan, Hobbyeasy dan lain-lain kedai model tempatan dan online.

3. Anda membawa pulang model yang dibeli, terutama yang berharga melebihi RM200 secara sembunyi-sembunyi.

4. Sentiasa mencari peluang untuk ke MidValley, 1 Utama dan City Square bila berada di KL.

5. Anda membeli tali pancing atau stokin perempuan. Bukan untuk memancing, untuk isteri atau menjadi fetish anda tapi untuk dibuat wayar aerial pesawat atau rigging kapal.

6. Barangan dapur seperti pembersih tingkap/oven dan pengilat lantai diguna untuk menanggalkan cat acrylic dan untuk melindungi hasil kerja anda. Dan isteri anda minta cecair tersebut daripada anda untuk membuat kerja rumah.

7. Anda menyimpan nail polish remover untuk tujuan membuang lebihan ‘filling’ pada model, bukan untuk istri anda membuang cutex!

8. Anda ada bilik khusus untuk menyimpan stok model yang belum disiapkan.

9. Anda tak lagi pergi site seperti ‘Asian XXX’ atau ‘Girls Gone Wild’ tapi ke site seperti ‘Modeling Madness’ atau ‘Model Warships’.

10. Bila orang sebut ‘model’ anda tak lagi terbayang Cindy Crawford tapi Trumpeter 1/72 Tu-160 Blackjack.

11. Jumlah model yang masih di dalam kotak melebihi jumlah yang telah disiapkan.

12. Anda menghabiskan sekurang-kurangnya RM70 untuk membeli buku dari siri Osprey (yang kecil dan nipis) di Kinokuniya atau MPH bagi tujuan ‘research’ bagi model yang anda ingin bina.

13. Anda mengkritik model yang baru dikeluarkan kerana ukurannya lari 1mm dari peralatan sebenar!

Thursday, September 07, 2006

Impian Seorang Nelayan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya

Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka

Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti

Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Satu lagu dari Kembara yang amat menyentuh hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin kerana arrangement muzik yang sayu serta lirik bertema tragedi. Lagu ni juga merupakan lagu Kembara yang aku paling suka berbanding hits depa yang lain. Suara S.Sahlan amat kena dengan lagu ni…dan dengar rendition oleh M. Nasir sendiri tak kurang hebatnya. Hairannya ramai yang tak tahu lagu ni. Aku sendiri terkeliru dengan tajuknya – ‘Impian Seorang Nelayan’ atau ‘Senandung Anak Laut’? Aku rasa konfiden tajuk dia ‘Impian Seorang Nelayan’…tapi camne masa AF jadi ‘Senandung Anak Laut’?

Dan lagi, masa AF itu hari aku pelik kenapa baris ‘Dalam pondok kecil beratap rumbia’ menjadi ‘meratap rintihan’? Dan kalau tak salah aku berlaku ‘perselisihan bunyi’ bila Faizal sebut ‘meratap rintihan’ manakala A. Ali dan S. Sahlan sebut ‘beratap rumbia’. Sedikit sebanyak mengganggu feeling aku

Wednesday, September 06, 2006

Bila pengkhianat dikata pejuang

31 Ogos itu hari kita menyambut kemerdekaan ke-49. Hari yang sama juga diberitakan Rashid Maidin, salah seorang pemuka Parti Komunis Malaya meninggal dunia. Sebagai seorang Muslim, aku hadiahkan Al-Fatihah kepada beliau semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Dan aku tengok ada sesetengah orang mennangisi secara virtual pemergian seorang ‘wira’. PKM mengatakan yang mereka berjuang menentang penjajah, mereka bukannya pengganas tapi ‘pejuang kemerdekaan’. Itu kata mereka, tapi kalau nak menentang penjajah dan bukan pengganas, kenapa atuk wife aku direbus sedangkan dia anggota TSN yang berkhidmat dengan Sultan, bukan penjajah?

PKM kini sedang berusaha membuat pemutihan imej mereka sebagai ‘pejuang kemerdekaan’. Nampak gayanya ada antara rakyat Malaysia dah mula termakan dakyah mereka. Mereka mengatakan fikiran kita telah diracun penjajah dan melabel ‘pejuang’ tersebut sebagai ‘pengganas’ lita percaya bulat2 apa yang ditulis dalam buku. Realiti perjuangan PKM ialah kemerdekaan Malaya…itu kata sympathizer PKM.
Aku nak tanya, kalau PKM berjuang untuk kemerdekaan, kenapa mereka perlu berjuang selepas 31 Ogos 1957? Ada orang PKM kata mereka tak percaya – itu semua trick British…OK. Tapi kenapa selepas 32 tahun merdeka baru mereka terfikir nak letak senjata? PKM bukan hanya nak merdeka…mereka nak tubuhkan Republik Rakyat Malaya atau Republik Demokratik Malaya atau apa-apa nama negara yang berteraskan fahaman komunisme. Peduli hapa kalau dah merdeka!

Ramai nasionalis Melayu berhaluan kiri, tapi ramai juga tak masuk PKM. Aku berlembut sikit hal ni, bagi aku Melayu dalam PKM adalah mereka yang tak bersabar atau terkeliru. Darah muda mereka berkobar2 menerima retorik PKM…dan bila dah terjebak, sukar untuk mereka menarik diri. Ramai juga orang Malaysia sekarang yang menyanjung mereka sebab ‘perjuangan’ yang mereka ikuti. Tapi satu soalan aku nak tanya lagi, adakah Rashid Maidin, Abdullah CD, Samsiah Fakeh, Musa Ahmad dan lain-lain komunis Bumiputra akan mendapat tempat dalam Politburo PKM jika mereka berjaya? Aku sangsi teramat. Aku rasa kalau PKM berjaya, mereka-mereka ini akan menerima nasib yang sama seperti Leon Trotsky, Lev Kamenev, Grigoriy Zinoviev, Mikhail Tukachevsky dan juga mereka yang menjadi ‘class enemy’ semasa Cultural Revolution dan ramai lagi….dan kita semua terpaksa mengamalkan Islam secara sembunyi-sembunyi atau mungkin menjadi atheist semuanya kerana perjuangan kemerdekaan ala PKM.

Nampaknya PKM berjaya sedikit sebanyak dalam mengatakan yang perjuangan mereka hanyalah sebelum 1957 sahaja (dan dengan itu menjadikan mereka ‘pejuang kemerdekaan’) serta memadamkan tindakan insurgensi mereka sehingga 1989 dari hard disk otak sesetengah daripada kita.