Monday, November 09, 2009

2000-2012-20(fill your favourite two digits here)

In 1999 they said Nostradamus's prophecy would be realized in 2000. It has been 9 years since the perdicted end of the world....Now it has been 'realised' that the Mayans' calendar are said to have stopped at 2012AD and that a planet called Nibiru is going to collide with Earth in the same year. Since these are the 'hot' prophecies nowadays, they updated Nostradamus's prediction to 2012....

The amazing thing is that many Muslims are very concerned, if not actually believing these so-called prophecies...when even Prophet Muhammad (pbuh) doesn't know when Qiamat is going to happen exactly! Plus, why should we believe the Mayans' and the Sumerians' prophecy when they cannot even foresee the collapse of their own civilisations loooong before the supposed end of the world!

Thursday, October 22, 2009

Sejadah berdiri!

Dah dua kali kejadian sejadah berdiri berlaku di negara kita. Pertama kali di Bukit Mertajam dan kali kedua di Pasir Mas. Kejadian di Bukit Mertajam berlaku di rumah penduduk manakala di Pasir Mas berlaku di surau sebuah sekolah di sana. Kat BM, kejadian melibatkan sehelai sejadah manakala di PM, melibatkan satu surau punya sejadah! Banyak interpretasi tentang kejadian ini, tapi yang biasa diperkatakan ialah peringatan supaya umat Islam tidak meninggalkan solat.

OK bagi aku kejadian kat BM tu memang misteri sebab sejadah tu bukan saja jenis lembut (ie tak boleh 'berdiri') tapi cara lipatan dia memang nampak macam orang tengah tahiyat. Yang kat PM tu pulak...boleh aku kata macam kelas gubahan hantaran pengantin yang terbengkalai? Kebanyakannya nampak macam berlonggok camtu aje!

OK la, katakan memang kejadian di PM tu 'betul' (bukan kerja budak nakal!)...aku rasa ironik bila cikgu tu kata pihak sekolah nak biarkan sejadah-sejadah tu macam tu, tengok apa nak jadi. Masalahnya sejadah tu bersepah satu surau...kalau dibiarkan, MACAMANA ORANG NAK SOLAT KAT SITU?! Orang ramai pun berdedai nak tengok 'kejadian aneh' tu...

Monday, October 19, 2009

My D**k Is BIGGER Than Yours!

I usually don't bait people or respond to juvenile/immature/trivial taunts in cyberspace especially during the recent crisis between the so-called Indonesian patriots and our country. However I came across this badly informed and juvenile poster espousing the might of their military.....
Apparently their Air Force is using the highly advanced Flanker series of fighters, their Army is proudly using locally-produced APCs, their Navy operates sleek warships and their Korps Marinir or KOPASSUS troops look extremely menacing and dangerous in their berets and camo'd faces. On the other hand our military is using outdated F-5, the Navy's using eeny-weeny tiny boat and our soldiers look sissy in their Baju Melayu.

Now what I'm going to write next might not be accurate but, as far as I can remember....
1. Yes they do operate Flankers - All FOUR of them (2 Su-27SKs and 2 Su-30KIs) and to rub salt into that wound, they were delivered without weapons save for the internal 30mm cannon! Now I don't want to gloat (really!) but have in our posession 18 Su-30MKMs which apparently the most advanced Flanker versions in service today and we already have the weapons to arm them. OK, to be fair to them, another uh, 3 SU-27SKMs are to be delivered (presumably with weapons) to the Indonesian AF.

2. The F-5 shown in the photo is actually the RF-5E version, used for tactical recon..which is not really a bad plane! As for that tiny boat, it looks more like a Royal Customs or a Royal Malaysian Police craft. Even if that boat belongs to the RMN, using the photo in this context is akin to Chinese netters showing pics of USCG rescue boats in order to ridicule the US Navy!

3. Now the pics of the soldiers....which is simply pathetic. The Indonesians are pictured in battle dress whilst our soldiers is pictured in parade uniforms! (the b&w photo probably dates from the 60s even). Does clothing (and camo cream) make a soldier? Are Buckingham Palace guards sissier than their comrades posted in Iraq or Afghanistan?

4. PT Pindad...I have to admit that their defence industry is more advanced than ours. Although I wouldn't thump my chest loudly if I were them since the rifle produced is actually rebadged FNCs from Belgium and that the APC have strong resemblance to the French VAB! (The engine is actually Renault)

Thursday, October 08, 2009

Exotic food anyone?

For the ladies night we have the best wines made from the finest alfalfa and carpet grass.....

Don't worry we use only the best, fresh ingredients!

Would you like to taste our bad-behavioured chickens?

And finally, end your dinner with our delicious candies, made from coconuts planted by the Agricultural Studies Department of the Xavier Institute for Higher Learning.

Monday, October 05, 2009

Alarm! Alarm! Invasion!!

Okey ni kata Adian Napitupulu, ketua BENDERA yang kata serang Malaysia.

Katanya rentcong Aceh, panah Papua, pedang Patimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja dan persumpah nak 'ganyang' Malaysia.
(OK parang kontot, parang panjang, keris Melayu, tombak, sundang, qiang, gun dengan nandao dah sedia...tu tak campur Steyr AUG, M16A1, MP5, FN MAG, FN Minimi, SG552, G36, SS77, M2HB....)

Kata dia lagi, 10 infiltrator dah masuk untuk buat network di kalangan pekerja Indonesia (1.45 juta orang) di sini dan pekerja ni ditugaskan untuk membakar tempat kerja masing-masing....
(Camne dia nak buat aku pun tak tau...dah la tu suruh orang tuang pasir dalam periuk nasi sendiri?)

Katanya atas kertas, mereka dah menang dah....(atas kertas je le)

Opening salvo pada 8 Oktober (Khamis ni) akan didahului 300 'patriot' yang ada ilmu kebal dengan menyerang Kuching dan Tawau; si Adian sendiri tak tau nama bandar kat Sabah tu tapi reporter kata mungkin Tawau). Dalam masa 9 bulan boleh tawan KL.....Bila ditanya kenapa tak serang KL terus, dia kata dia ikut strategi 'Uncle' Mao yang tawan kampung dulu baru bandar kecik lepas tu baru bandar besar.
(Ilmu kebal? Hmm penyerang balai BP tahun 1980 dulu kata mereka kebal, dalam tahun ni aja ramai perompak 'kebal' kiok jugak kena peluru 9mm PDRM.....Uncle Mao? Huh saki baki PKI apa dia ni?)

Ditanya kenapa buat tindakan (bodoh) sebegitu, kata dia
1. Malaysia rampas pulau (Wei mangkuk, kami menang fair and square, kat mahkamah! Atau Indon camni hanya kenal kekerasan - sebab dia dia cam tak kisah aje pasal penaklukan atas Irian Jaya dan Timor Leste? Kalau kita angkat Sipadan cara perang baru kira OK, gitu kot?)
2. Malaysia rampas budaya mereka (dia ni tak pernah dengar perkataan asimilasi agaknya lagipun dah beratus tahun proses tu berlaku....tapi sibuk jugak kata kita ni ex jajahan Srivijaya dengan Majapahit....)
3. Kes dera warga mereka di Malaysia - dia bagi contoh 34 kes penganiayaan. Secara spesifiknya kes Nirmala Bonat dengan kes orang kena hempuk polis/RELA/guard. (34 kes aje, abis kes kaum kau merompak, menyamun, pecah rumah, bawak lari barang tuan rumah, bawak lari anak tuan rumah tu camne? Kena aniaya pihak keselamatan? Siapa suruh masuk secara haram? Dah la tu kes pukul tu bukan orang Malaysia sendiri?)
4. Berkait dengan kes dera katanya sebab orang Malaysia diamkan diri maka dia guna pendekatan kerbau bawa lumpur semua terpalit...semua orang Malaysia jahat sebab diamkan diri (Abis ko nak kami ramai-ramai belasah majikan Nirmala tu pulak? Negeri engkau boleh la amal vigilante ni...)
5. Juga pasal Nirmala, katanya kalau serumpun kenapa camtu dengan rumpun sendiri? (Jawapan sebenar aku mungkin orang boleh salaherti...cukuplah kalau aku kata...kalau korang sama rumpun, apasal rompak kami?)
6. Bengang pasal Malaysia ekspot pengganas (arwah Dr Azahari dengan Noordin) menyebabkan negara lain sangka Indonesia penuh dengan pengganas) (Dua orang tu mastermind aje...mastermind mana boleh buat semua kerja....sah2 le anggota militan yang lain tu...Indon!)

Entah la kelakar pulak...macam le takde agensi keselamatan kat sini.....dia ni rupanya ahli PDI-P, kira ada terbawak2 era Sukarno la. Dia jugak antara pemimpin pelajar yang aktif ketika kejatuhan Suharto. Kira dia ada bahagian la dalam kejatuhan Pak Harto...tapi kalau dia ingat menyerang negara asing sama macam nak jatuhkan Presiden........hahah.

Oh kata2 terakhir dia "Saya tak gila. Hanya orang gila menyerang tanpa sebab". Kata aku "Orang gila aje tak mengaku dia gila!!!"

Tuesday, September 29, 2009

Jiran Yang Bising

Ok semua tahu kan pasal sesetengah pihak di Indonesia yang marah pasal isu tarian pendet? Sampai nak ganyang Malaysia pt2 (Dari 200 juta lebih penduduk, ada la dalam 1,000 yang nak mengganyang)? Bukan setakat tu aje malah ada yang marah Malaysia meng'klaim' 1001 lagi warisan mereka dari batik sampai la tempe!

Memang nak kira mereka ni patriotik tapi kalau dah sampai tahap perkara remeh camni...patriotik tak bertempat. Atau dia orang ni terlalu totok sampai tak tahu kat negara lain ada etnik yang asalnya dari Nusantara yang membawa budaya mereka bersama2 dan tak tau perkataan 'asimilasi'? Atau adakah kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (yang memisahkan lingkup penjajahan Inggeris dan Belanda di Nusantara) mewujudkan sentimen 'kami' lawan 'mereka' (us vs them)?

Entahlah yang pastinya tempe, asam jawa, sate, batik, rendang, lodeh, lontong, botok-botok dll semua dah bertapak lama sebelum Batavia menjadi Jakarta, Bencoolen jadi Bangkahulu, Province Wellesley jadi Seberang Perai atau Port Swettenham jadi Pelabuhan Kelang. Semua tu dah jadi sebahagian masyarakat Tanah Melayu lama sebelum 1957. Dan UNESCO sendiri kata takde istilah merampas budaya kalau ianya dipraktikkan dalam kawasan yang sama. Dan pihak Malaysia tak melenting pun bila Singapura turut mengatakan yang sate, nasi lemak dan roti prata (roti canai) adalah budaya mereka.


Nota kaki: Dalam forum itu hari timbul pasal 'klaim' makanan ni la. Salah satu yang media Indon tulis ialah botok-botok. Ada sorang forumner kata "Ikan pakai botox ka? Bodoh punya Indon..Otak-otak la!" (lebih kurang camtu la). Aku kata sebelum kau kena ketawa balik dengan Indon tu, baik ko cek...Botok-botok ikan memang ada dan berbeza dengan otak-otak! In fact, botok-botok makanan kegemaran aku!

Sunday, September 13, 2009

Alah Dah Barang Secondhand!

Mula-mula sekali takziah kepada keluarga juruterbang TUDM yang terkorban dalam nahas Pilatus PC-7 di Langkawi baru-baru ini.

Aku tak nak cerita pasal tragedi tu sendiri tapi lebih kepada reaksi sesetengah orang ramai apabila berlaku kemalangan melibatkan anggota ATM serta pembelian persenjataan. Antara reaksi biasa ialah 'tu la beli lagi barang secondhand' dan 'beli barang secondhand, tapi harga mahal gila!'. OK memang yang cakap tu semua orang awam yang tak minat dalam hal ketenteraan yang hanya dapat maklumat melalui er, sumber kegemaran mereka (haha) yang mungkin hanya keluarkan maklumat yang beri keuntungan kepada mereka dan penyokong mereka.

OK lah aku rasa kat sini baik aku senaraikan peralatan ATM setakat aku tahu yang memang secondhand.....
1. Semua pesawat dan kapal awal TUDM dan TLDM yang diperturunkan dari RAF atau RN (juga negara Komanwel lain). Ini bermakna sekitar tahun 1950an hingga 1970an. Antara aset terbabit ialah pesawat pejuang CAC Sabre dan KD Hang Tuah (F433 dengan F76). KD Hang Tuah F76 masih berkhidmat sampai sekarang.
2. McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk. Mungkin contoh barang secondhand yang paling notorious. Tak pasti apa silapnya...sebab RSAF pun pakai Skyhawk 2ndhand....
3. Korvet kelas Laksamana - asalnya dibuat untuk Iraq tapi ditahan akibat Gulf War 1991. Tapi nak kira ni bukan 2ndhand...cuma kita beli barang yang orang lain tak jadi ambik.

Itu aja seingat aku....lainnya semua dibeli baru. Bukan apa, ada orang kata...
1. Nuri (Sikorsky S61A-4) barang secondhand padahal semua adalah belian baru cuma kita dah lama operasikan - batch pertama sampai tahun 1969!
2. KD TAR dan TR. Ini yang paling kelakar - ada yang kata kenapa la kita beli sub lama Perancis yang Perancis tak mahu 'sampai dah senget'. Kalau secondhand, kenapa pulak dulu ada berita tunjuk penyambungan badan KD TAR dan TR kat limbungan? Dah la tu, setakat ni ada dua Navy aje dah pakai - kita dengan Chile. India punya tengah buat dan Brazil baru order. Camne boleh jadi secondhand? Lain kali tengok betul-betul la...yang secondhand tu Ouessant, yang digunakan sebagai kapal selam latihan sahaja! Itu pun kalau tak salah kita sewa aje!

Sebut pasal latihan..ada mangkuk hayun dalam satu forum ni kata 'Kenapa berlatih pakai Ouessant (Agosta class) tapi nak pakai Scorpene? Bodoh!' Aku jawab senang aje...'Kenapa belajar bawak kereta pakai Kancil, tapi nanti nak bawak BMW? Bodoh!'

Tuesday, September 08, 2009

Kuning Ka Hijau?

Satu masa dulu 'Merah ka hijau?'

Dah berapa ketika rakyat negara ni diperkenalkan dengan petroleum gred RON95. Dalam beberapa forum, aku tengok ramai mengeluh yang kenderaan mereka jadi underpowered, enjin makin kuat vibrate dengan penambahan penggunaan minyak. Tak kurang juga yang kata takde perubahan dan penggunaan minyak masih sama. Juga ada yang kata performance makin baik (biar betul?)

Ramai yang marah dengan langkah gomen perkenal dua gred petrol ni. Ada yang samakan Research Octane Number (RON) tu dengan kualiti petrol (lagi tinggi RON lagi 'berkualiti') OK memang ada kaitan tapi bukan le lagi tinggi RON lagi baik)... Aku pun bengang jugak...bukan apa, itu hari kat Petronas habis semua pam jadi RON 95....kalau aku nak isi RON 97 dah tak boleh dah.....

Berkait dengan minyak ni, ramai yang perlekeh bila kerajaan bandingkan harga minyak dengan negara lain. Sama jugak dengan kes RON95 ni. Tapi bila aku tengok kat wiki (ye la wiki tu sapa2 boleh edit tapi ada jugak dia bagi reference) aku dapat tahu kat banyak negara RON95 ialah minyak premium, Arab Saudi contohnya pakai RON91 dengan 95 aje dan dalam sesetengah negara macam Ireland cuma ada RON95 aje.....

Jadi kenapa susah hati na bila kena 'downgrade' RON ni?(Kecuali pengguna kereta yang memang tak digalak guna RON95) RON95 kat Malaysia ni lain ke daripada negara lain? Atau peluang nak salahguna performance kereta dah berkurangan?

Wednesday, August 26, 2009

You'll Never Find This Brand In Malaysia


I found this pic in an online forum, apparently it was taken in a Chinese (ie PRC) shopping complex. It could either mean....
1. The goods are made from swine hide, or
2. the staff are cursing their unpopular boss!

Monday, August 17, 2009

Let's Annoy The Reds!


I found this picture on the Net - perfect for MUFC supporters to bait their LFC rivals...hehehe.

Monday, August 03, 2009

Dinding Api!!

Aku pening betul dengan dinding api yang IT Centre pasang ni....aku boleh surf porn site tanpa masalah (aku test aje la!) tapi facebook tak boleh!!!! Satu masa dulu blogspot pun tak boleh nak access!

Jadi mana yang sebenarnya distracting - facebook atau porn?!

Thursday, July 30, 2009

Jadi Menteri

Aku : Anak kita ni nak jadi menteri agaknya...
Wife aku : Kenapa pulak?
Aku : Tu dia suka na masuk kabinet*!

*Merujuk kepada kabinet dapur - sebab nak cari keropok...hehehe)

Wednesday, July 15, 2009

Oh puhleeezeeee!!!

Okay semua tahu eBay kan? Macam-macam ada jual, dari barangan harian sampai la rare items. Dari yang harga 'biasa-biasa' sampai la yang mencekik darah.

OK dalam filem Transformers, watak Sam Witwicky (username ladiesman217) nak jual barang-barang moyang dia kan? Ok sekurang-kurangnya dalam filem tu barang tu ada la nilai jugak dari segi sejarah (kononnya la). Tapi aku terjumpa eBay ada mamat ni (username giormax78) nak jual keratan tiket Transformers Revenge Of The Fallen GSC Mid-Valley. Kata dia "This can be a collector's ticket in the future". Hello aku pun minat gak TF ni tapi takde la sampai aku buat ticket stub jadi collectors' item...dah la ada beribu-ribu tiket camtu! Lain le tiket konsert Jacko kat UK yang dah tak jadi tu. Mungkin juga ada fanatik Jacko yang nak beli!

Klik sini untuk ke eBay page mamat tu...pathetic betul le.....ada jugak orang camni!


Sunday, June 21, 2009

Misteri Nusantara...online

Dalam satu forum tempatan, aku terbaca mengenai penjualan 'barang-barang mistik'. Katanya ada satu blog yang jual benda alah tu. Aku gelak jugak, dalam zaman moden ni masih ada orang percaya benda khurafat yang boleh membawa kepada syirik. Yang bestnya, tuan blog bagi amaran supaya 'alim ulamak' dan 'saintis milenium' supaya jangan kacau dia! Bukan murah pulak tu...meh aku bagi contoh 'barangan' yang dijual...

1. Tangkal 'Yasin dan Tujuh Air' (untuk pendidnding atau penaik semangat) - RM222.25 (dewasa); RM111.25 (kanak-kanak)
2. Buah delima kering ada 'batu' (tak cakap pasal apa, tapi mesti ada kaitan dengan rezeki) - RM2,222.25 (buah reject paling mahal dalm dunia siot!!)
3. Batu "Nombor Ekor aka Tuah' (kasi alamat nombor first prize) - RM1,111.25
4. Note RM10 lama (tahun 70an - tak cakap pasal apa) - negotiable
5. Minyak Pengasih Bunian (untuk pelaris, pengasih dan pemikat) - RM555.25
6. Rantai babi hutan (kasi kebal satu badan) - RM77,777.25!
7. Gambar Buraq (untuk majlis 'tarik duit') - RM888.25
6. Jin bodyguard aka Panglima (nama pun dah bodyguard kan) - RM1,333.25 untuk 'induction'
7. Minyak dagu (minyak pengasih le apa lagi) - antara RM999.95 hingga RM33,333.35 (macam supermarket pulak)
8. Burung cenderawasih (untuk pelaris) - RM7,777.25 (panggil PERHILITAN!)
9. Sabok Kalis Peluru/Senjata tajam (the name speaks for itself) - RM888,888.25 (gila kau...body armor pun tak mahal camni!)
10. Biji kurma Nabi (untuk pelaris) - RM377.25

Jadi korang pun boleh buat penilaian sendiri kan? Ada banyak lagi barang dan yang bestnya ada orang dah beli!! Siapa la yang gullible tu?

Sebenarnya aku nak jugak barang-barang mistik tapi aku tak jumpa...barang yang aku nak cari....
1. Allspark
2. One Ring
3. Sword Of Omen
4. Excalibur
5. Crystal Skull
6. Autobot Matrix Of Leadership

Haha!

Monday, June 15, 2009

Sharing Is Caring!


Gambar ni dah lama jugak aku ambik tapi situasi ni masih berterusan sampai sekarang. Adham tak boleh tengok kakak dia minum vitagen atau ribena. Mesti dia nak 'pau'. Kadang-kadang wife aku buatkan ribena berasingan tapi dia tetap jugak kejar botol kakak dia. Kakak dia pun aku dah ajar kongsi (mainan) jadi tu la jadinya!

Oh well, asalkan hubungan dia dua beradik makin rapat...wife aku kata kalau makan/minum kongsi satu bekas, alamat susah nak berpisah...camne bila Nabila masuk tadika nanti.....


Wednesday, May 27, 2009

Rukun Tetangga

Terdengar dalam iklan @ pesanan khidmat masyarakat di radio (digubah balik aku, tapi isinya sama)

Isteri : Bang, kenapa kat depan rumah jiran kita tu ada kereta polis?
Suami : Rumah dia kena rompak!
Isteri : Rupa-rupanya lori yang kita nampak malam tu, ingatkan jiran nak berpindah, rupanya perompak!
Suami : Tu la, jiran kita ni tak bertegur-sapa, tau-tau aje balik kampung! Kalau dia tinggal pesan boleh jugak kita tengok-tengokkan.
Isteri : Kesian ye bang, nanti kita ziarah dia ek?

Hoho...salah jiran tu tak bertegur-sapa le sampai si laki-bini tak tahu jiran balik kampung. Bila nampak lori, ingatkan jiran nak pindah? Habis akal tak pakai ke, kalau nak pindah mesti tuannya ada sekali nak perhati movers tu!

Tuesday, May 19, 2009

'The Bachans' Mencarut!


Dulu aku pernah buat posting pasal artis Malaysia yang berposing sambil tunjuk 'birdie' versi British. Kali ni pulak aku terjumpa gambar The Bachans (Amitabh, Abishek dengan Aiswarya) dengan selambanya tunjuk finger kat jurugambar...siap senyum2 pulak tu!

Rupanya dia orang baru balik mengundi pilihanraya umum kat India...nak tunjuk dakwat pengesahan undi kat jari le tu....Ni memang SPR India suruh celup jari hantu atau tiga ekor tu saja guna jari hantu? Atau press India tak tahu maksud jari tu? Hahaha!

Thursday, May 14, 2009

Air Zam Zam?

Semua tahu air zam zam kan? Air yang keluar dari perut bumi hasil hentakan kaki Nabi Ismail AS dan masih keluar lagi sampai hari ini. Secara ruhaninya air ini amat berkhasiat dan Nabi ada bersabda yang bermaksud "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki"

Dan untuk memberi kredibiliti saintifik kepada perkara ini (walaupun dalam islam ada benda yang melampaui sains) maka timbul la cerita seorang saintis Jepun bernama Watashi Noname* yang mendedahkan rupa 'molekul air' yang hodoh-hodoh dan tak cun belaka dan kemudiannya berubah menjadi 'ceria' apabila didedahkan kepada muzik lembut dan perlahan dan terutamanya ayat Al Quran. And you guess it, molekul air zamzam yang paling cantik sekali!

Ni khabarnya gambar tu....


Pasal khasiat air zamzam tu Wallahu'alam tapi part nak beri 'bukti saintifik' tu yang aku sangat skeptikal. Mana taknya:
1. Setakat aku tahu, takde manusia yang boleh nampak molekul apa-apa saja terutama Watashi Noname (*"Aku takde nama" - email terbang dalam internet kan selalu tak bagi nama). Gambar yang ada pun cuma lukisan sahaja.

2. Gambar yang kononnya molekul air yang dibaca Al Quran dan molekul air zamzam tu.....aku tengok ramai kat online forum dok puji-puji....ya memang cantik. Tapi tu semua gambar snow flake! Tambahan pula yang gambar zam-zam tu sah dah kena photoshop, kasi merelit sikit kata orang Kedah.

Kat akhbar itu hari pun aku ada terbaca iklan satu syarikat ubat terkenal kat Malaysia ni, nak jual mesin proses air dia. Benda yang sama jugak - tunjuk gambar 'molekul' air yang rupa entah apa-apa dan berubah jadi 'cantik' ....and guess what? Gambar 'molekul' cantik tu pun gambar snow flake!

Dan akhir sekali, kenapa saintis Jepun tu hanya muncul sekali aje tahun 2002 dan tak muncul-muncul lagi dalam sebarang konferens, bengkel atau konvensyen lain. Apa yang kita ada cumalah e-mail yang 'hidup' sejak 2002.

Entah la orang kita ni...

Monday, May 11, 2009

Kena Piat

Dulu kat sekolah kalau buat pasal maka siap la kena piat telinga, kena rotan kat tangan atau bumper, atau ketuk ketampi. Aku ingat masa aku darjah 2. Aku cukup ngeri dengan cikgu kelas aku, Mrs. Niap. Dah le muka evil...ditambah pulak mekap ala2 opera Cina. Yang paling ngeri ialah kalau buat salah, maka isi cuping telinga akan jadi mangsa sepitan kuku panjang dia. Masa aku Form 2 pulak, cikgu disiplin nama dia Mr Tan. Hobi dia menyebat budak dengan rotan panjang tebal2 jari kelingking. Time nak menyebat dia akan pastikan takde wallet yang boleh serap impak sebatan dan gaya dia swing rotan tu sebijik macam Nick Faldo! Dan kalau kena tindakan disiplin...balik rumah senyap aje pasal kalau komplen 'kena sebat cikgu' alamat boleh kena sedas dua extra kat rumah. Wife aku pulak cerita cikgu sekolah dia pulak suka cubit kat err..dada. Selagi budak tu tak patah riuk kena sebat atau bekas cubitan jadi gangrenous...semuanya OK bagi ibu bapa....

Sekarang, bila kena sebat cikgu, maka penuh dada akhbar dan skrin TV mengenai cikgu yang 'tak bertamadun'. Mak bapak serang cikgu kat sekolah...nak saman. Menteri pun turut campur walaupun mamat tu sebenarnya kena hempuk lepas ditangkap mengintai. Memang kengkadang macam over tengok tindakan cikgu ni...tapi takkan semuanya camtu. Sebab mak bapak camni le gamaknya cikgu pun tak ambik kisah sangat pasal murid....yang budak ni pun tau dia ada 'defender' maka makin berleluasa le perangai dia. Lepas tu abis sekolah jadi mat rempit. Bila dah camtu semua tuding jari kat kerajaan. Memang le kerajaan bertanggungjawab tapi bagi aku semuanya bermula dari rumah.

Tuesday, April 28, 2009

Let's Talk About....Tax, Baby!

Bulan empat ni biasa la, time "Drakula" hisap darah...heheh. Tapi setakat ni aku berjaya mengelak gigitan dia....tengok le lagi berapa tahun. Kena tak kena pun Borang BE tu kena pulang, kang tak pasal-pasal kena denda.

Aku ada terbaca, ada beberapa pembayar cukai mengeluh pasal personal dengan family relief yang ciput (RM8,000-sendiri, RM3,000 pasangan dengan RM1000 satu kepala anak. Juga termasuk pelepasan perubatan ibu bapa RM5,000. Kata dia orang dah tak sesuai dah dengan zaman ni...duit tadika aje dah 6,000 setahun duit wad ICU aje dah RM500....

Sebab tolak relief sana sini tolak rebat lagi, aku masih tak perlu bayar, aku syukur le. Tapi walaupun aku tak bayar LHDN...Cukai Tiang Nombor 4 tu kena bayar tau....Cukai Tiang #4 ni lagi best - relief setakat untuk diri sendiri dan keluarga dan lagi kurang dari LHDN punya. Dah la tu takde relief-relief lain tak...takde relief beli buku, beli komputer dan takde rebat langsung. Dan kalau tak bayar, takde kena denda...cuma kena bakar aje.... So kepada yang bising2 tu korang bayar ke Cukai Tiang Nombor 4 tu...dan kalau bayar ada komplen apa2 tak pasal 'tak ikut peredaran zaman'?

Monday, April 20, 2009

Awek Brutal

Dalam perjalanan aku balik kampung itu hari, aku singgah kat Restoran Jejantas Ayer Keroh untuk makan tengahari. Jadi kami makan le kat A&W. Nak jadi cerita, hari tu memang teramat ramai orang terutama dari Singapore; Q nak order pun panjang. Nak senang, aku suruh famili aku duduk kat meja yang berhampiran dengan kaunter. Kat sebelah meja yang kami duduki, ada sekumpulan aweks-aweks dengan fesyen masakini..alaa yang ketat dan singkat tu....ada jugak sorang-dua yang bertudung dalam kumpulan tu.

Sedang aku beratur dalam jangkamasa yang agak lama, tak alih2 aku terdengar satu suara menjerit "Hoi! Mana makanan aku ni?!". Jadi aku agak mungkin ada sorang mamat ni yang mungkin dah kebuluran tunggu ordernya yang tak sampai-sampai...tapi bila aku tengok, mamat tu selamba aje muka, takde gaya marah pun? Bila aku dah dapat pesanan aku, aku balik ke meja dan tanya bini aku siapa yang menjerit tu? Dia kata budak pompuan yang tadi tu...yang pakai tudung lagi!

Lepas tu tambah bini aku lagi, bila burger dia akhirnya sampai, dengan nada bongkak si minah tu kata 'Abende le lambat nak mampus...macam bagus sangat kerja sini!' dan terus blah, gamaknya dah tak sabar nak sambung perjalanan. Wife aku tak pasti bebudak tu orang Singapore atau tempatan...tapi aku rasa orang Malaysia. Dan kata wife aku lagi, budak pelayan tu terkulat-kulat aje terima kata-kata camtu....

Entah la, memang aku sendiri bengang kalau order tak sampai-sampai tapi tak perlu la nak jerit2 sampai satu kedai dengar. Dah la tu, minah tu kena consider jugak orang terlalu ramai (sampai habis pecah gelas root beer sebiji) Bagi aku, bukan restoran tu yang malu tapi si penjerit tu...macam dah 1000 tahun tak pernah rasa Mozza Burger atau dah kebulur tahap kena beri Live Aid. Tapi tak tau la kalau dia jenis kulit gajah! Aku kesian dengan budak pelayan tu sebab kena maki dan kesian dengan minah tu sebab dah takde budi bahasa. Macam banyak na duit engko tu makan kat A&W!

Cuba buat macam aku....ada satu hari tu dalam 2-3 tahun lepas, aku pergi McDonald's City Plaza. Aku mintak 2 fries besar untuk takeaway...tapi sebab masa tu tengah digoreng, kena la tunggu kejap...kata budak tu lagi 5 minit. Masuk 10 minit aku tengok tak siap2 lagi tapi orang lain dah dapat dah. Bila budak tu terpandang arah aku, aku buat isyarat 'mana dia order aku?' Dan dengan gelabahnya dia capai dua McChicken dan bagi kat aku. Aku kata, 'Dik, abang order fries besar dua'. Tak tau le sebab gelabah atau apa, dia kata "Takpe bang, burger ni abang ambik saya belanja...kejap saya ambik fries tu"! Jadi tak perlu aku jerit, aku dapat fries aku, siap dapat extra burger lagi!

Wednesday, April 15, 2009

Time Out!

Dalam dunia yang sempurna

Trainee: Encik, saya minta permohonan untuk keluar kem hujung minggu ni.
Komandan kem : Nak buat apa?
Trainee: Saya kena hadir majlis anugerah tip-top encik, saya masuk Top 5! Rugi tak pergi, dah berbulan-bulan dah saya rancang, baju glamor pun dah tempah.
Komandan kem : Gitu...ginilah saya bagi awak kebenaran tengok TV sampai 1130 malam ni..mintak ampun le saya nak bagi awak keluar semata-mata nak ambik anugerah!
Trainee : Baik encik!!

Itu kalau perfect world....atau perlaksanaan betul tak amalkan double standard. Kalau betul le si Diana Danielle boleh keluar kem sebab nak hadir ABPBH itu hari memang pengurusan PLKN patut dihentam kaw-kaw punya!!! Lain le sebab ada kecemasan....

...on the other hand, mungkin Sharifah Shahira buat lawak aje.....

Tuesday, March 17, 2009

Kaca Mata Warna Ros

Aku pernah terbaca kat mana tah "Our greatest posession is a pair of rose-tinted spectacles" atau kita melihat 'zaman dulu' atau 'masa ayah kecik2 dulu' sebagai sesuatu keadaan yang lebih baik daripada keadaan sekarang samada betul atau persepsi individu sahaja.

Dan rose-tinted spectacles ni selalu sangat dipakai bila memperkatakan bolasepak Malaysia...bagaimana Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Santokh Singh, James Wong, Soh Chin Aun dan lain-lainnya meratah pasukan-pasukan lain sekitar tahun 70an hingga 80an. Memang tak dinafikan mereka ni beratus kali lebih baik dari pasukan yang ada sekarang. Cuma kena la jugak berpijak di bumi nyata....

Aku terbaca dalam akhbar baru-baru ni pasal perkara yang sama dan bahgaimana penulis tersebut mengatakan pasukan Malaysia tahun 80an 'membelasah Korea, China dan Jepun'. Walaupun tahun-tahun tu aku masih sekolah rendah, aku ingat lagi macamana kalau perlawanan melibatkan Korea Selatan, peluang nak biasanya adalah 50-50 dan perlawanan melibatkan PRC atau Jepun biasanya menang dengan perbezaan gol tak lebih dua. Yang betul jadi belasahan Malaysia ialah Filipina dimana ada sekali pasukan kita jadi team badminton...sebab belasah Pinoy 15-1. Jadi takde la mereka ni jadi 'belasahan' Malaysia...agaknya penulis tu punya cermin mata terlebih tint kot?

Dan sebenarnya sehebat mana pun team kita masa tu, kita masih tak dapat nak tumpaskan team dari Timur Tengah dimana mereka ni la sebenarnya jaguh Asia (sampai sekarang, macam Iran). Dan walaupun kita bangga dapat dua kali masuk Olimpik, kita masih gagal nak masuk kejohanan sebenar untuk bolasepak - Piala Dunia. OK la, walaupun sebenarnya kita tak la hebat sangat sebenarnya masa tu, tapi kurang-kurangnya kalau kalah, kita kalah melawan dan takde la kalah dengan Cambodia, Philippine, Laos atau Bangla....

Yang sekarang ni pulak...ermmmm. Tengok nama liga tempatan, macam sama taraf dengan English Premier League, Ere Divisie, Primera Liga, Bundesliga atau Serie A...tapi main macam Conference National....

Sunday, March 15, 2009

PMGBMSPMBBM

Sebagai staf gomen, salah satu kerja aku ialah mengesahkan salinan sijil-sijil...dan mulai bulan ni maka sakit le tangan kanan aku menyain dan mengecop!

Sambil aku buat pengesahan, aku jeling-jeling jugak keputusan periksa bebudak tu. Ada yang buat aku senyum ada juga yang buat aku geleng kepala. Aku faham, tak semua budak sekolah luar bandar yang dapat keputusan cemerlang terutama subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan subjek 'teknikal' lain. Tapi yang buat aku geleng kepala ialah bila budak Melayu dapat gred antara C6 dan P8 untuk Bahasa Malaysia! Bukan sorang-dua tapi ramai la jugak! Jadi macamana orang boleh gagal dalam bahasa ibunda dia?

Aku rasa Kementerian Pelajaran kena buat satu program yang aku panggil PMGBMSPMBBM - Program Menaikkan Gred Bahasa Malaysia SPM Budak-Budak Melayu. Kalau kementerian tak buat maka patut la geng-geng yang sampai nak merusuh menentang PPSMBI (atau macam lebih kurang camtu) tempoh hari buat gathering. Atau lebih baik, buat tunjuk perasaan, tujukan rasa tak puas hati kepada budak-budak yang BM dapat gred lebih rendah dari orang yang bahasa ibundanya bukan BM!

Thursday, March 12, 2009

Stupid, Or What?

Korang rasa pelik tak, kalau nak beli barang dari Perancis, kita guna penterjemah yang pandai dalam bahasa Rusia? Dan tak pelik ke kalau sebelum ni pun dah banyak kali dah barang Perancis dibeli tapi takde pun cerita camni? Macamana pulak dengan barangan Poland? Atau Pakistan? Tak nak pakai penterjemah Polish dengan Urdu?

Agaknya depa ni ingat, orang Perancis yang mementingkan bahasa kebangsaannya tak pakai langsung Bahasa Inggeris dalam urusan perniagaan antarabangsa. Atau pakai Bahasa asing terus....macam Bahasa Rusia, biar semua orang susah, gitu?

Aku tak tau camne cerita keseluruhannya tapi kalau part ni pun dah nampak temberang, camne? Masalahnya ramai yang percaya Si Botak Bulat tu.....ye la blog dia pun kan beribu2 hits satu hari....

Thursday, March 05, 2009

Ye La...Kita Takde SPM....

Aku ada terbaca kat forum Cari dimana ada sorang ahli ada post petikan artikel dari sebuah laman web tempatan. Artikel tu mendakwa "bahawa seorang yang berpangkat besar dalam tentera yang mengepalai satu universiti tentera ditanahair kita ini (maknanya UPNM) hanya berkelulusan MCE gred 3." Juga "Yang dipersoalkan ialah pegawai tersebut meletakkan didepan namanya dengan gelaran IR. Mengikut penulis tersebut orang besar tentera itu tidak ada kelayakan sedemikian..."

Sebenarnya bila aku baca, aku tergelak besar. Macam la seolah-olah Dapat Gred 3 tu bermakna tertutup la segala peluang untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. Dia lupa agaknya yang pegawai tu dibenarkan (malah digalakkan) untuk ulang balik SPM malah untuk sambung pengajian ke peringkat seterusnya, termasuk professional exams dan registration dengan badan berkenaan yang membolehkan dia guna 'Ir'. Heh, masa aku kat UK pun aku jumpa sorang pegawai TUDM tengah buat Masters dia. Atau mungkin penulis produk sistem pendidikan yang mengatakan, tak 'pandai' kalau tak dapat double digit A dalam SRP/PMR, A dalam gandaan 10 untuk SPM dan 4 flat memanjang ketika di Universiti?

Artikel tu sebenarnya nak kutuk Menteri Pertahanan sebelum ni...tapi kalau dah penulis guna nickname 'dungu'...what do you expect? Jangan lepas ni dia kata orang yang ambik Masters kat Indonesia atau Belanda tak layan guna Drs depan nama udah le...tapi sebab dia dungu, mana dia tahu beza antara Doctorandus dengan Doctor?

Sunday, March 01, 2009

Boi...kot?

Masa Isarel ceroboh masuk Gaza, maka sekali lagi timbul kempen boikot (kala Israel dok diam aje, maka kempen tu pun senyap sendiri). Aku bukan nak cerita merit atau patut ke tidak kempen tu dijalankan. Cuma aku tertarik dengan alasan kenapa satu2 syarikat tu patut diboikot. Dan yang paling menarik, kenapa syarikat yang lebih kuat brand power dia yang kena, tapi bukan syarikat lain dalam industri yang sama...mari kita tengok syarikat yang biasa kena...

1. Philip Morris - pengeluar Dunhill, Benson, Marlboro dan Players. Tapi kenapa takde siapa senarai RJ Reynolds pengeluar Winston, Salem dengan Camel?

2. Coca Cola - dalam kebanyakan pamplet atau e-mail yang aku terima, jaaaarang sangat Pepsi disenaraikan....Pepsi takde bagi sumbangan kepada Israel, gitu?

3. McDonald's - Camne pulak dengan A&W, Burger King, Wendy's, Carl's Jr blablabla?

4. Nestle - sebab dipunyai Osem Investments, satu syarikat Israel. Tapi yang aku baca, Osem Investments ialah SUBSIDIARY Nestle, bukan HOLDING company. Itu takpe lagi. Dalam senarai produk Nestle yang patut diboikot, takde sorang pun tulis produk Nestle yang paling terkenal di Malaysia : MAGGI!

5. Nokia - sebab ada melabur di Israel. Tapi takde siapa nak boikot Sony Ericcson atau Motorola padahal aku rasa Motorola lagi patut diboikot sebab kebanyakan peralatan komunikasi militari dibuat oleh Motorola.

Dan banyak lagi....

Jadi, memang betul ke syarikat2 tu bersekongkol dengan Israel atau sebab syarikat tu yang lebih terkenal maka jadi sasaran? Atau mungkin kita boleh pick and match? Sebab aku tertarik dengan dua syarikat yang tersenarai - Nokia dengan Intel. Ada seorang sahabat ni kata 'kita boikot mana yang mampu aje' bila aku kata kalau nak boikot, biar sampai ke pangkal lengan...buang henset Nokia, jangan pakai PC yang ada processor Intel. Bagi aku kalau setakat tak makan McD, tak minum Coke tapi guna N95...serupa macam tangan kiri pegang perisai yang melindungi komrad tetapi pedang di tangan kanan berlumuran darah komrad yang sama sebab tikaman sendiri..camne tu?

Wednesday, February 25, 2009

Drama Arab!

I

Ramai orang cakap, antara sebab Israel terus wujud ialah kerana negara Arab tak bersatu. On personal level, aku tengok walaupun Arab-Arab kat sini semua nampak sama aje...pada dasarnya tak semua ngam. Apa aku dapat tahu, Libya tak ngam dengan Yaman; Iraq tak ngam dengam Jordan. Arab Saudi tak ngam dengan Palestin. Yang last dua tu, antara sebab tak ngam ialah "orang Palestin berjuang nak bebaskan tanah Palestin, bukan Masjidil Aqsa, jadi mereka bukan berjihad"...sigh.....dan pernah si Libya ni bertumbuk kaw-kaw punya dengan si Yaman!

II
Arab kat sini yang duduk kat rumah2 sewa dah kena blacklist pasal rumah rosak dan jiran-jiran selalu komplen yang dia orang buat bising, buat barbeque malam2 buta...yang bawak famili tu kira OK, tapi yang bujang-bujang tu...biasa la bujang. Kalau kat pekan Canglun tu asal pakai shorts atau bermuda tu..Pak Arab le. Jauh beza dengan imej 'Pak Arab' yang selalu aku kena sogok kat TV masa bebudak (atau pak Arab masa kat UK)

III
Pak Arab bujang 'hot property' kat sini. Terutama di kalangan aweks Indon dan China. Mungkin sebab awek Malaysia kurang fasih berbahasa Inggeris...susah nak beramas mesra...hehehe. Pak Arab ni aku tengok pun jenis gentle kalau berbual dengan aweks tu yang depa senang cair kot? Pak Arab ni pun jenis pantang tengok dahi licin (atau pakai baju tak cukup kain)...paling kurang, mesti ditenungnya....dan aku pernah tangkap Pak Arab ber'cemolot' dengan amoi kat kantin pukul 1 pagi dan sebelum adegan tu, aku dengar dulu depa bertukar2 ayat-ayat jiwang....haha. Dan sebelum2 ni security pernah tangkap amoi berkhalwat dengan Arab ni....amoi tu sembunyi dalam beg baju!

IV
Arab ni banyak cekadak...tapi ni aku dah cerita sebelum ni.....

V
Sebab dah banyak Arab kat sini...pernah cashier greet atau tanya aku ada duit kecik tak dalam BI. Dan dengan selamba rocknya aku balas dalam slang Kedah celup aku.....

Kira muka aku ni ada iras-iras Arab la ye? Hahaha

Monday, February 23, 2009

Nuke Over Sintok


Gambar awan kumulonimbus ni aku ambik tahun lepas. Tajuk entry ni aku bagi camtu sebab ada persamaan sedikit dengan gambar yang diambil ketika ujian nuklear Ivy Mike....

Sunday, February 15, 2009

Bijak Tapi Jahil

Dalam dua minggu lepas, wife aku tengok Nona kat TV3. Dia cerita kat aku pasal satu segemen dalam rancangan tu. Kisahnya pasal sorang budak lepasan PMR...katanya dapat 10A1. Bagus le.

Cuma...yang tak bestnya, untuk meraikan kejayaan tersebut, parents budak tu buat parti yang 'diserikan' paper dolls....aka bapok. Kalau setakat jadi celebrity impersonator tu OK lagi...ni tahap showgirls Las Vegas...sampai kena blur part-part tiruan paper dolls tu! Mak bapak dia siap ada masa tu dan wife aku kata anak dia yang baru 16 tahun tu pun dressing maut dimana bukan la dia pakai kain kapan tapi seksinya terlampau sangat!

Jadi apa gunanya 10A1 kalau dalamnya kosong? Dan aku teringat lirik lagu Raihan

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Kalau yang bertaqwa pun takleh nak turunkan iman kepada keturunannya, inikan pula ayah yang tak bertaqwa?

Sunday, February 08, 2009

Oi! Yeop! Apa Jadi Dengan Kome Ni?!*

* Mintak maaf kat orang Perak kalau salah penggunaan loghat!

Aku biasanya sedaya-upaya mengelak dari menulis pasal politik dalam blog aku...lagipun dah beribu blog kat luar sana pasal politik, baik dari belah BN atau PR . Tapi kali ni aku rasa terpanggil untuk tulis pasal kemelut (ada setengah kata sarkis) politik Perak......walaupun aku bukan orang Perak!

I - Katak
Tahun lepas DSAI sibuk kata kononnya menjelang 16 September tahun tu, lebih dari 40 MP BN akan lompat ke PR. Masuk 17 September takde apa-apa pun? Macam biasa dia dan konconya senyap hingga ADUN Bota melompat....dan kata mereka 'ada lagi!!' dan mereka 'datang tanpa dijemput' (ewah, macam sign kat kem GGK aje!)

Tapi lepas tu ADUN Bota lompat balik bersama 3 lagi ADUN yang walaupun claim mereka Bebas tapi condong ke BN....dah macam game Man U v. Arsenal tahun bila tah, bila Thierry Henry score gol kemenangan Arsenal sedangkan masa tu flow perlawanan memihak Man U. Dan sebab kena surprise macam ni maka barisan PR kata "tak demokratik" , "bukan pilihan rakyat", "tak mengikut perlembagaan" dan macam-macam lagi...abis yang korang ajak / nak ADUN MP BN masuk PR tu camne? Demokratik ke? Dan pada awalnya korang jugak bangkang penggubalan undang-undang anti lompat parti...tapi bila kena batang hidung sendiri, aku dengar dah mula timbul suara nak sokong undang-undang tu?

II - CS/Baton Fodder
Macam biasa, bila geng PR tak puas hati maka demosntrasi jalanan akan diadakan. Kali ni depa lebih berani daripada biasa bila kereta Sultan Perak dihalang. Dan macam biasa, depa guna trick Serb Bosnia - guna human shield untuk elak dipelangkung FRU. Dan walaupun mereka ni katanya 'rakyat' dimana dalam konteks Malaysia adalah berbilang kaum dan PR adalah gabungan parti pelbagai kaum.....apa yang aku nampak, cuma yang berkopiah dan berjubah aje dok memprotes secara jalanan (macam protes-protes lain sebelum ni). Mana pergi rakan-rakan DAP atau ahli komponen PKR 'yang lain'? Sama-sama protes tapi yang kena baton, kena CS gas yang berkopiah yang berjubah tu aje...yang 'lainnya' mungkin gelak kat rumah tengok kebebalan yang berkopiah dan berjubah! "Kita sama-sama plotes oooo tapi lu olang la kasi lawan sama FRU, kita olang mao duduk lumah tengok Wah Lai Toi...."

Thursday, February 05, 2009

RTM oh RTM

Masa musim CNY itu hari, aku 'ter'tengok berita RTM. Keluar berita sambutan CNY di Penang. Seingat aku majlis sambutan peringkat negeri diadakan di satu dewan di Jalan Kapitan Kling. Yang buat aku tergelak, pembaca berita tu samada tergeliat lidah atau satu percubaan 'political correctness' sebut "Kling" sebagai "Kliang". Kalau sebab nak political correctness, bagi aku dah merapu tahap gaban dah. Dah bertahun-tahun nama area dan masjid yang berkenaan camtu, takde pun komuniti India buat bantahan besar-besaran?

Dan dalam berita yang sama pembaca berita sebut majlis tersebut dihadiri oleh pemimpin parti komponen Barisan Nasional dan parti pembangkang....chop!!!Camne pulak puak pemerintah dipanggil pembangkang? Kita cakap pasal Penang bukan Federal!!

Alah nama pun dah RTM. Aku teringat cerita pakcik wife aku. Dulu masa mula-mula nak buat Sri Angkasa, buat meeting. Time nak bincang hadiah, timbul budget nak buat sijil. Pak Ngah wife aku kata budget dia dalam RM5 sekeping. Yang big shot RTM tu boleh cakap, "Eh, sijil sekolah anak saya 50 sen aje?" Dalam hati Pak Ngah tu kata...sekolah lain le, ini anugerah peringakat kebangsaan! Dan itu le antara sebab set RTM nampak cokia....nak nampak cantik tapi bajet ciput!!

Tuesday, January 13, 2009

Mengada-ngada

Tadi ada sorang lecturer telefon aku. Dia kata dia nak tahu status permohonan dia. Aku bad mood sikit hari ni, tambahan pulak banyak permohonan untuk guna bilik, dewan dan peralatan yang sampai minggu lepas jadi aku dengan nada boring tanya permohonan apa? Dia kata dia mintak standing whiteboard. Ok, aku teringat ada satu surat minggu lepas pasal hal tu. Aku kata apasal you mintak secara personal, bukan melalui Unit Logistik Kolej? Dia tak tau nak jawab.

Lepas tu aku tanya, apasal mintak whiteboard baru, yang sedia ada dalam bilik kuliah tu rosak atau terlalu kotor ke? Dia kata tak la, cuma dia kata dia mengajar stats, jadi perlu suruh student buat penyelesaian kat depan. Masa tu, dia kena 'off' kan OHP / LCD screen. Dia kata susah nak on/off balik (atau dengan kata lain: malas!) Dan sebab aku bad mood, aku tanya : "Kalau next semester you kena mengajar kat bilik kuliah lain, you mintak board baru la ye?" Dan dengan bingainya dia menjawab "Ya"! Aku dah malas nak layan dia jadi aku kata "Kami dah habis stok whiteboard tu...kalau nak beli baru kena justify kenapa...dan I rasa reason yang you bagi tu tak kuat la" Last2 dia kata, takpe la...kalau susah sangat.....

Macam le awak tu sorang aje ajar stats...lecturer stats yang lain takde buat request macam tu pun, hang sorang aje....or for that matter, takde sorang pun lecturer sebarang subjek yang buat request camtu padahal dia orang kena jugak tulis atas board selain dari penggunaan nota di komputer!

p.s. Selamat Hari Lahir ke-62 Mama! Along tak pandai nak mengarang prosa indah cuma Along doakan semoga Allah panjangkan lagi usia Mama dan dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan...InsyaAllah....