Kenangan Aidilfiti
Raya tahun tu aku kongsi masak dengan member aku dari Bath yang beraya dengan awek dia kat Aber. Kami nak buat lain dari yang lain…jadi kami masak baryani dengan tandoori..rendang tu ada la jugak dengan nasi impit. Mak aku pun ada kirim kuih tapi jenis kerepek dengan rempeyek aje. Kalau hantar biskut, alamat aku makan pakai sudu aje la.
Semayang raya buat kat bekas gym universiti, tempat yang sama buat tarawih. Tapi yang aku nak tergelak, tengah imam berkhutbah dia boleh sound golongan ibu dengan anak-anak yang bersembang dan secara umumnya buat bising. Senyap sekejap..tapi sekejap aje la. Lepas semayang kami ke rumah student PhD dengan Masters terutamanya PhD sebab depa dah berkeluarga dan banyak buat makan! Belasah la sate, ketupat (plastik – Adabi), rendang dan sebagainya. Kami pelajar Malaysia terutamanya jadi perhatian penduduk tempatan sebab baju yang berwarna-warni..masa tu late winter/early spring jadi secara umumnya mat saleh pakai baju yang kelabu, gelap dan sebagainya – nak match cuaca!
Petang tu ada kelas, asalnya memang aku nak pergi. Tapi bila aku keluar bilik aku tengok macam kapas gugur dari langit...snow! Snow pertama aku kat UK. Lebat pulak tu, ada la dalam ½ kaki turun. Jawabnya aku sambar kamera aku, kelas Intellectual Property Law aku entah ke mana…ehhehe. Oh, paginya, masa aku nak pergi semayang hujan batu turun.
Raya tahun depannya lebih kurang sama cuma takde snow...dan aku dah jadi biasa beraya di rantau..takde la syahdu sangat. Cuma kali ni aku telefon rumah direct call dengan segenggam duit satu pound. Tak payah nak tunggu. Nasib baik hostel upgrade telefon public tu boleh buat international call..
Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog aku ni. Kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan tulisan aku...aku mohon maaf. Kesilapan tidak disengajakan. Juga aku break dari berblog sampai at least awal bulan 11 sebab aku ambik cuti panjang. Unless aku jumpa CC atau guna PC pakcik aku. Sekali lagi Salam Aidilfitri dari Alpha!