Friday, November 28, 2014
Monday, November 17, 2014
World At War...NOT!
Transmitted by Alpha at 17:30 0 Distinguished Visitor(s)
Sunday, March 30, 2014
Jom Kita Berteori Konspirasi!
Khabarnya :
Pandangan aku : Kita tak tau pun samada ada agen atau tidak...ni macam mana diaorang tahu ada LIMA? Dan bukan ke lagi mudah buat paspot palsu daripada guna paspot curi?
Pandangan aku : pasal override kawalan pesawat secara kawalan jauh tu...entah aku sendiri tak pasti tapi kenapa pula nak kena pakai pesawat AWACS? Dan di mana pesawat AWACS berkenaan 'on station'? Dan berbalik pada perjalanan UAV control system tadi, kalau di bawa dari Afghanistan ke Malaysia melalui udara, kan ke elok di 'rampas' masa tu...Diego Garcia pun lebih dekat....
Pandangan aku : Pesawat moden hanya perlu dua sahaja krew untuk memandu dan mengawal seluruh sistem pesawat...jadi spy-spy yang kononnya biasa dengan B777 ni sembang lebih la kan pasal sampai 5 orang nak kena kawal....Kalau ke Guam pulak...Filipina kan sekutu kuat Amerika...boleh aje lalu terutama ikut kawasan selatan. Radar China bukannya sampai situ pun (dan kemudiannya semua akan kata Guam lokasi 'pengkalan rahsia' Amerika pulak)
Pandangan aku: Anambas? Anambas kat selatan Laut China Selatan..camne lepas ke situ? Dan pasal oksigen tu...kunci dia ialah kekurangan oksigen, bukan ketiadaan oksigen...orang cuma pengsan, bukan mati....
Pandangan aku : Memang aku payah nak percaya pun...dan pasal Edward Snowden tu, ginilah, dia dah lari seawal Ogos 2013. Ikut pencerita pulak, Taliban dapat rampas peralatan UAV pada Februari 2014...macamana dia boleh nak dedahkan benda yang dia sendiri tak dapat nak analisa sebab dia dah tak kerja lagi dengan CIA?
Dan kepada yang mengkritik TUDM pasal tak berbuat apa-apa malam tu...ginilah. Katakan sebuah Su-30MKM berlepas malam tu bila 9M-MRO buat air turn back dan bergerak ke Lautan Hindi. Su-30MKM berkenaan berjaya memintas dan menghubungi pesawat berkenaan. Sekarang masalahnya tiada komunikasi langsung dengan 9M-MRO. Katakan sesiapa yang memandu pesawat pada waktu itu tidak menghiraukan arahan Su-30MKM berkenaan untuk berpatah balik ke lapangan terbang terdekat. Apa yang kru Su-30MKM tadi boleh buat selain MENEMBAK jatuh 9M-MRO? Apa korang nak jadi kes KAL 007 (1983), KAL 902 (1978), El Al Flight 402 (1955) atau Iran Air Flight 655 (1988)?
Transmitted by Alpha at 18:00 0 Distinguished Visitor(s)
Sunday, March 09, 2014
Pesawat MAS Hilang, IQ Pun Hilang
Kali ni kena tulis balik dalam BM....
Siapa yang tak rasa gelisah bila dapat tahu penerbangan MH370 dari KL ke Beijing dilaporkan hilang dalam penerbangan? Dan macam biasa, media sosial penuh dengan spekulasi dan ulasan mengenai insiden ini. Ramai yang mengharapkan semuanya berakhir dengan selamat. Tapi ramai juga yang kerjanya tak ada lain selain mengutuk, memerli dan mengeji. Setakat masa aku menulis ni, bukan sahaja pesawat masih hilang, tapi aku tengok IQ ada beberapa orang rakyat kita pun turut 'hilang'. Mana taknya kalau keluar komen2 macam ni:
"Vietnam dan China dah gerakkan rescue mereka, kita masih terkebil-kebil" [post FB, dibuat jam 8.00 malam 8/3/14 sedangkan masa tu pesawat2 TUDM dan APMM dah lama berada di udara]
"Singapore dah hantar kapal selam, mana pergi kapal selam kita?' [Singapore hantar kapal selam penyelamat aka rescue submarine aka Deep Submergence Rescue Vessel BUKAN kapal selam tempur...kalau RSN hantar kapal selam kelas Archer atau Challenger diaorang, baru la boleh nak persoal.....kasi paham dan bezakan dulu jenis kapal selam ya?
"Kapal selam Malaysia guna diesel...takleh selam lama-lama. Singapore beli harga sama tapi guna enjin nuklear, sekali isi tunggu 10 tahun baru isi baru, lepas dalam air sampai 3 bulan..." [Hamba Allah ni, gaya dia cakap, dia tahu konsep nuclear fuel untuk kapal tapi takat tu aje la...SSK Singapore tetap berenjin diesel, yang bezanya diaorang ada AIPS, jadi boleh submerged lebih lama...tu pun dalam 2 minggu je)
Tu contoh aje tu, banyak lagi!
Transmitted by Alpha at 12:22 0 Distinguished Visitor(s)
Saturday, May 04, 2013
Keyboard Warrior Blues
Transmitted by Alpha at 17:16 0 Distinguished Visitor(s)
Tuesday, March 05, 2013
Low Cost Deployment
Transmitted by Alpha at 22:25 0 Distinguished Visitor(s)
Wednesday, February 20, 2013
A Javanese Soul Food
Transmitted by Alpha at 21:00 0 Distinguished Visitor(s)