Friday, February 22, 2008

Naik Pangkat Koperal!


Dalam posting terakhir tempoh hari aku ada kata, wife aku nak kena operate 25 haribulan kan? Tapi doktor awalkan lagi pada 18 Februari. Dan jam 11.24 pagi, lahirlah Muhammad Adham ke dunia ni....

Tapi Adham kena tahan kat wad dulu sebab doktor suspek infection...tapi test semua tunjukkan takde apa-apa. Tapi InsyaAllah sehari dua ni balik la rumah.....Aku buat entry ni on the run, so kena pergi dulu la ye!

p.s. Wife aku kata gaya Adham tidur macam aku.....

Monday, February 04, 2008

Ter"persona"...Pada Keindahan Warna Pelangi

Aku ubahsuai sikit tajuk tu dari bait dari lagu "Rupa Tanpa Wajah"

Memang dah lama sangat aku tak update blog ni, apa lagi nak baca blog kawan-kawan yang lain. Bukan la aku sibuk sangat, tapi sebab PC aku tak sampai-sampai lagi...nak buat kerja pun payah, kena tumpang komputer assistant aku...habis kalau dia pakai camne?

Bukan le nak membangga diri cuma nak bercerita saja....aku baru tukar kereta. Takde la pakai Beamer ke Merc ke, Honda ke...setakat Persona aje. Waja aku dah tolak balik kat kedai. Selama ni Proton memang tak menarik minat aku setakat 'cursory interest' aje. (Waja tu aku beli pun sebab paling murah banding Vios, City dengan Spectra) Tapi kali ni memang aku tertarik dengan Persona kena pulak lepas tengok kat showroom, test drive sikit dan juga komen-komen positif dalam blog Paul Tan. Wife aku memang cukup berkenan yang menjadi dorongan aku tukar kereta.

Aku booking dah lama dah, sebelum Raya Puasa, salesman tu pun kata dia akan cuba deliver just before raya tapi sebab permintaan luar dugaan...kena la aku menunggu sampai akhir tahun lepas. Itu pun sebab kolej aku ada kabel dengan Proton Holdings...cepat la sikit. Nak cepatkan lagi delivery, aku booking sampai 5 warna! Jadi mana yang sampai dulu aku sambar le! Akhirnya aku jadi pemilik Proton Persona 1.6M MLine warna 'iridescent white' bernombor pendaftaran JKR ****. Mak aku yang advice aku pakai nombor Johor banding nombor Kedah sebab katanya plat K, R, D tu tak menarik.... Tapi kalau mak aku tak cakap pun, memang aku nak register Johor pasal masa aku pakai Waja plat KBM **** dulu, setiap kali aku balik Johor mesti ada kutu dok hon-hon atau berlagak kurang ajar dengan aku sebab ingat aku orang luar (Woi! aku kerja Kedah tapi BP kampung aku le!!!) Cuma yang lawak sikit bila dah pakai plat JKR ni orang kat kedah ni pulak bantai gelak.....kena pulak bidang kerja aku sekarang ni macam kerja JKR....

Aku rasa tak perlu aku cakap lagi pasal kereta ni la cukup la kalau aku katakan...memang berbeza banding model2 terdahulu Proton (kecuali Waja gamaknya). Mungkin compliment terbaik datang dari anak aku yang lebih suka baring dalam kereta banding terkinja2 tak reti nak diam seperti sebelum ni.

p.s. Wife aku kena buat caesarean 25 Februari ni, 2 minggu lagi awal dari due date.

Monday, January 07, 2008

Moving On

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku dah lama tak update blog ni pasal aku tengah dalam proses berpindah department. Kat department baru ni pulak PC takde...nak kena mintak admin bagi PC baru. So kepada pengunjung setia, sabar kejap ye.

Pasal entry 'Mari Melayan Banker Afrika', rasa aku setakat tu aje la sebab 'En Bersakar' dah tak contact aku lagi...gamaknya dia tahu dia dah kena balik! Entry 'Aku kena loteri' pun rasanya abis kat situ aje pasal e-mail 'Ryan Giggs' dah kena cancel Yahoo. Aku ingat itu aje la cerita geng Afrika ni.....

Tup2 timbul satu proposal (yang ulang cerita sama, tapi kali ni kat London, UK pulak!) Aku tak lepaskan peluang la!! Yang bestnya, si penipu ni amateurish sikit pasal :

1. Tak letak nama penuh si mati dan dalam email follow-up baru la dia letak, surname 'si mati' yang sama dengan nama bapak aku....haha.

2. Nombor telefon dia letak country code +44 (UK) tapi area code SAH bukan London (or anywhere in the UK) tapi kata area code 'your country' i.e Malaysia sebagai 011....

Monday, December 17, 2007

Lame Claim To Fame

Siapa yang tak nak terkenal? Ramai orang yang buat kerja bijak (dan juga budusss) sebab nak terkenal. Aku pun nak terkenal, jadi aku nak 'tuntut' 'hak' aku sebagai originator benda-benda ni...hahaha

I - Frasa "...kapalterbang pun boleh kena rampas, inikan pula...."

Satu hari di tahun 1991 gitu, aku sedang berborak dengan classmate aku. Timbul cite yang dia minat kat satu mamat ni (classmate aku dalam cite ni pompuan la, hape, korang ingat gay ke?) Malangnya mamat ni dah ber-awek dan classmate aku ni melahirkan kekecewaan dia (konon). Jadi bertindak sebagai 'peguam setan' aku sebut ayat ni ..."Eleh, alangkan kapalterbang boleh kena rampas, inikan pulak si Mat X tu!" Dan aku tambah lagi "Cop, KAPAL pun boleh kena rampas*!" Dan sejak itu, banyak aku dengar ayat2 sebegitu, termasuk kat drama TV!

*Merujuk kepada insiden rampasan kapal SS Achille Lauro pada tahun 1985.

II - Trend bertopi

Juga masa aku di kolej, aku selalu memakai cap. Member2 pulak naik rimas sampai suruh aku bukak...mungkin sebab tak kena dengan style aku yang mat skema....tapi dalam jangka masa 3-4 tahun lepas tu, pemakaian cap menjadi fesyen....Tony Fernandes la ni pun pakai cap kalau muncuk kat TV. Adakah aku menjadi trend-setter?

Sekian edisi merapu hari ini....

Monday, December 10, 2007

Mari Melayan Banker Afrika (Part Nine)

Nampaknya En Daud masih berminat....dan dia ajak aku pergi Liberia!

Dear Alpha

You will hear from the bank and always keep me updated.

What you will do now is to start arranging to be here for the endorsement of the Final Fund Release Order Form with the ministry of Finance so that 'Certificate of Inheritance' will be issued you which is the only legal document to show that the money going into your account is genuine, free from drugs, terrorism and money laundry.

However, an attorney can stand to sign on your behalf but I will appreciate it most if you will make it possible as that will be a very big opportunity for us to know each other and build more confidence before the fund enters your account. My country is a visa free country as you can get your visa at the port of entry.

Pls let me hear from you urgently on this to enable us know what we are doing.


Hope to hear from you soon.

Regards,

Daud.

Dan ini balasan aku....dia nak layan ke?

Dear Daud

I suppose I can travel to your country.

However, I do not recognize you. Can you send me a picture of you holding a signboard with the words 'AKU PENIPU BESOR...NGEH 3X'? That's a code word only the two of us know. Your picture can be used by me to identify you when I arrive in Liberia.

Please find the attached word document for you to use as template.

Regards

Aku Menang Loteri!!!

This summary is not available. Please click here to view the post.

Thursday, December 06, 2007

Mari Melayan Banker Afrika (Part Eight)



En Daud Bersakar dah balas email query aku. Dengan baik hatinya dia beri detail 'George Weah' aku rasa cukuplah aku cakap yang George Weah ni Egyptian(!), berumur 64 tahun dan bekerja sebagai doktor....dan dengan 'data' tu, aku balas e-mail dari 'African Development Bank'. Hasilnya aku dapat 'acknowledgement receipt' macam kat atas tu....


Now I'm getting naughty. Aku turut sertakan 'ID Card' aku....



Dan juga e-mail ni....

Dear Sir
Sorry, I forgot to confirm my account details. I hereby Confirm that the detailsof my account (as emailed to you before) is true.

Also, can you email me a photograph (ID would be best) of you to confirm youridentity so that I know I'm dealing with a banker, not a scammer.

Thank you.