Wednesday, May 31, 2006

Oh! Cik Mek Su



Tak, ini bukan gadis dalam lagu Gigi Villa tu tapi pesawat Sukhoi Su-30MKM yang akan diterima TUDM menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan. Pesawat yang dikatakan antara yang tercanggih di dunia ini diperoleh melalui perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Russia pada tahun 2003.

Kelengkapan pesawat ini merupakan antara yang terbaik di dunia. Antaranya radar N1011M Bars yang membolehkan Cik Su mengesan pesawat sehingga jarak 350km dan menjejak 15 sasaran serentak serta menyerang empat daripadanya secara serentak. Radar Bars tersebut juga boleh mengesan sasaran seperti peluru berpandu balistik taktikal dan kruis serta helikopter yang sedang terapung (hover). Sasaran permukaan laut seperti bot-bot kecil pula boleh dikesan sehingga 120km. Sistem elektronik lain pula dari syarikat Thales (Perancis). Cik Su juga turut dilengkapi dengan sistem IRST (Infra Red Search and Track = pengesan dan penjejak infra merah) yang membolehkan Cik Su mengesan musuh tanpa disedari mereka (kecuali musuh hidupkan radar mereka!) dan pengukur jarak laser bagi bidikan meriam 30mm dan juga untuk serangan permukaan. Untuk menambah kelincahan Cik Su, ia dilengkapkan dengan canards (sayap kecil) dan juga TVN (Thrust Vectoring Nozzle = ekzos perubah arah (hentam sajalah!))

Dan apa yang paling menarik ialah persenjataan Cik Su. Cik Su dilengkapi meriam 30mm yang mengikut kata pembuatnya meriam udara paling ringan dan paling tepat. Bagi serangan darat Cik Su boleh menggugurkan bom bodoh (bom biasa daaaa), bom panduan laser serta beberapa jenis peluru berpandu udara ke darat buatan Russia seperti Kh31 (AS-17 Krypton), Kh59 (AS-18 Kingbolt/Kazoo). Yang tak pasti samada versi anti pesawat AWACS termasuk dalam inventori. Bagi pertempuran udara, Cik Su akan dilengkapi dengan peluru berpandu R-27 (AA-10 Alamo) dan R-73 (AA-11 Archer) sepertimana pesawat MiG-29N sedia ada. Dan yang paling disambut baik ialah peluru berpandu RVV-AE / R-77 /’Amraamski’ (AA-12 Adder). Adder merupakan peluru berpandu ‘fire and forget’ jarak sederhana dengan jarak sehingga 50km dan dikatakan lebih baik daripada peluru berpandu AIM-120 AMRAAM milik USAF (dan juga RSAF dan RTAF). Cik Su bagaimanapun tidak akan putih melepak…ia akan dicat dengan warna yang sama dengan F/A-18D Hornet TUDM iaitu FS36118 (Gunship Grey) atau mungkin cerah sedikit seperti skima warna MiG-29N sekarang.

Dengan adanya Cik Su ini, TUDM membuat satu lagi anjakan paradigma di dalam keupayaan mereka mengawal ruang angkasa negara. By the way, rasanya tiada siapa di Malaysia, dari Tun Dr M sampai PTU akan buat statement ‘menjemput mana-mana negara untuk menyerang Malaysia’ sebab kita dah ada senjata canggih sepertimana Lee Kuan Yew buat bila RSAF terima peluru berpandu AMRAAM beberapa tahun dulu! Satu aje spoil, buat masa ni ada 18 biji aje!

p.s. F/A-18D Hornet TUDM akan turut dilengkapi dengan peluru berpandu AMRAAM.

Tuesday, May 30, 2006

The 'Pomelo' Film

OK, LKT revisited. Rather than responding on Amir’s arguments why his movie should not be banned, I’d like to comment on the comments made on his blog.

Somebody mentioned that a nephew of Rashid Maidin told him (or her) that the reason he (Rashid Maidin) and his colleagues fought against the Brits was independence. And the nephew of Rashid was told by his uncle that both Rashid and (Tun Dr) Mahathir are both freedom fighters but with different ways and eventually Mahathir’s side won. OK, but did Rashid Maidin EVER told his nephew why PKM still keep fighting after 31 August 1957? I’ll tell you why, because PKM doesn’t want a Federation of Malaya, they want a People’s Republic of Malaya or perhaps Democratic Peoples’ Republic of Malaya!

Still another guy mentions
that the ban is a ‘conspiracy’ to blind the eyes of Malays…I think this guy is still OD’ed by numerous tales of ‘conspiracy’ of the current Government since 1998. Hello Mister, you can gobble up all the conspiracy theories forwarded by those who don’t like the current government. But I think even PAS would have to think twice before allowing the movie to be screened.

And another guy thinks that the gomen banned LKT because the gomen tried to hide the fact that PKM killed Brit and Commonwealth troops like what Dato Maharajalela did. I really don’t understand his point. And besides, not only Brits but also local soldiers and policemen who were killed by the commies – Malay, Chinese and Indian.

My opinion is that many of the younger generations have no feeling what is it like to be in an Emergency. And besides, the Emergency is so long ago, ending in 1960. And that’s the extent of the communist struggle to the majority of Malaysians. Many people tend to forget that from 1968 to 1989, a limited state of Emergency was declared. Thanks to effective action by the armed forces and the police, the actions of PKM were limited to the hinterlands of Perak, Pahang, Kelantan and Kedah. But sometimes they managed to penetrate to the large towns. I wonder if anyone can recall that in 1975, Tugu Negara was bombed by PKM? Or the frequent sabotaging of the East-West Highway project? Or how many know that one of the reasons that highway was built was to interfere with PKM’s logistical trail? The limitation of the state of emergency in 1968-1989 allows most of the country to prosper and most of us Malaysians to live peacefully.

Perhaps the successes of the defence forces makes us mellow, forgetting the harshness of the first Emergency and thinking that PKM is finished as early as 1960. And generally, our ignorance of history allows the leaders of PKM to make a claim that they are too worthy to be called ‘pejuang kemerdekaan’. And one more thing, if one would like to know whether LKT should not be banned, they should ask for the opinions of the locals of Grik, Gubir, Jeli and the areas close to the Thai border, preferably those who are above 30 years of age.

PKM only put down their weapons 17 years ago, and the wound is still bloody.

Post Mortem

Post-Mortem! Bila-bila lepas sesuatu event, penganjur mesti akan buat post-mortem. Masa tu la nak point out kesilapan yang dibuat, kekuatan yang ada serta cadangan penambahbaikan di masa akan datang. Aku pun banyak kali dah masuk mesyuarat sebegini. Tapi apa yang aku cerita kat sini ialah perkataan ‘post-mortem’ tu sendiri. Aku rasa macam tak kena penggunaan dia la…

Post-mortem berasal dari perkataan Latin-Inggeris. ‘Post’ bermaksud ‘selepas’ dan ‘mortem’ bermaksud ‘kematian’. Jadi dalam konteks forensic memang kena la bila bedah siasat dipanggil ‘post-mortem’ (sebenarnya bedah siasat dalam BI bukan post-mortem tapi autopsy). Masalahnya, dalam organisasi kat Malaysia ni (aku tak tau la kat luar negeri macam mana) bila buat mesyuarat pasca majlis mesti sebut post-mortem. Aku rasa macam tak kena la, macam ada orang mati pulak. Memang la tujuan mesyuarat dah bincang masalah yang berlaku semasa program berjalan….kononnya bedah siasat la. Dan tendency orang Malaysia ni suka merojak bahasa atau guna istilah BI (termasuk la aku!) maka perkataan post-mortem digunakan tanpa mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut.

Aku sendiri dah cadang supaya
‘post mortem’ ditukar kepada ‘mesyuarat penilaian program’ atau ‘mesyuarat pasca majlis/program’ atau kalau nak pakai BI sangat ‘post-event assessment meeting’ atau ‘post-event review’. Tapi nampak gayanya takde sape peduli….ya la aku ni cuma setipinna taty, dia orang carcharodon carcharias

Monday, May 29, 2006

Kisah Pengemis

Aku baca cerita pasal pengemis kat blog blackpurple – dan aku teringat dua orang pengemis yang aku pernah jumpa

I – kisah seorang ibu tua

Aku selalu pergi pasar malam kat tempat aku ni. Ada satu hari tu, aku nampak ada satu family ni, agak-agak dalam 40an gitu umur si suami dan isteri. Ada anak dua orang dalam umur 10-11 tahun. Dan juga seorang makcik dalam umur 60an yang buta – aku rasa mesti mak dia. Hati aku kata bagus brader ni bawak mak dia jalan kat pasar malam. Maka memimpin la brader ni akan makcik tadi. Tapi, sampai kat simpang luar kawasan pasar malam tu, makcik tua tu ditinggalkan bersama satu tupperware dan hailer. Dan makcik tu pun mula mengalunkan ayat Al-Quran sambil menggoncang tupperware tadi. Orang ramai yang simpati menghulurkan syiling dan ringgit. Keluarga makcik yang empat orang tadi hilang dalam kesibukan pasar…

Aku hanya mampu geleng kepala sambil beristighfar. Sanggup seorang anak buat ibunya begitu…

II – kisah seorang achi di 7-Eleven

Masa aku kerja kat KL, aku selalu tolong officemate aku buat parttime jual burger. Stall dia kat luar 7-Eleven Pandan Indah (entah ada lagi ke tak..kalau ada pun, dia lagi ke yang handle?). Satu malam, seorang achi yang nampak kusut masai menghampiri warung kami.

Achi : Encik, boleh tolong ka, kasi saya dua ringgit…saya mau makan, lapar la!

Member : Duit? Takpe la achi, saya kasi bikin burger special punya sama achi.

Achi : Takpe la encik, kasi dua ringgit cukup la.

Member : Don’t worry achi, saya kasi bikin burger ayam, bukan daging.

Achi : Takpe la encik…

Dan achi tu pun berlalu. Dalam setengah jam lepas tu, achi tu masuk 7-11 dan tak lama kemudian keluar dengan setin Carlsberg ditangan sambil menonggang beer tu dengan gelojohnya. Cit! Nak kasi tonggang lepas gian rupanya, patut dia tak mau burger!!

Duit Oh Duit!

I - Black Money

Baru-baru ni ada seorang pelajar Cameroon yang dicekup pasal menjadi ahli sindiket Black Money. Black Money (BM) ni merupakan satu scam yang dijalankan oleh warga Afrika kat Negara kita (makmur sungguh Malaysia, ramai yang datang nak cari rezeki samada halal atau haram, nampak gaya Malaysia lagi melting pot dari US!). Caranya, kita ditunjuk oleh mereka ni kepingan-kepingan kertas hitam yang bila direndam dalam sejenis cecair akan berubah menjadi wang dolar AS. Magic kan? Senang hidup…..rendam kertas hitam jadi duit! Dan mangsa akan membayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan set ‘penukaran’ ni yang boleh menghasilkan wang berganda nilainya berbanding modal. Masalahnya bila dah bayar, bila balik rumah nak buat cam African tu buat, tak jadi apa-apa….menangis melolong aje le!

Kat Malaysia ni ramai dah terkena. Yang syoknya professional, termasuk peguam pun kena! Camne tu, belajar bukan main tinggi, dapat LL.B, lepas tu kalau sambung study kat UK tu masuk Inner Temple ke, Lincoln’s Inn ke…habis kokak (relatively speaking) pun buat CLP. Takkan le begitu mudah nak dapatkan wang? Rasanya, hanya sample yang Pak Negro tunjuk tu aje duit betul – itupun duit betul yang disapu cat hitam yang tanggal bila direndam. Alah, kalau buat modal, setakat pakai note 100 dolar apa la sangat. Dan kalau betul pun kertas hitam yang dibeli tu jadi duit, itu bukan duit palsu ke? Kang tak pasal-pasal masuk jel pasal edar duit plasu, dah la kena tipu in the first place!

II - Jom Kaya Cepat

Kat Forum Cari pulak ada iklan sidebar, satu cara admin nak elak orang daripada mengiklan dalam thread. Dan aku perasan sebahagian besar iklan-iklan tu pasal penjanaan pendapatan yang menjamin pendapatan sehingga empat angka dalam masa tak sampai sebulan. Dan ketuanya ialah program ‘Tsunami Wang’. Katanya orang yang hasilkan idea tambah wang ni dapat duit sampai RM55,000 seminggu gitu. Hebat! Dan dia pun claim ini bukan skim pyramid. Dan nak tunjukkan yang semuanya ‘real’ dia dan ahli-ahli terbabit menayangkan page akaun Maybank2U masing-masing. Aku tak tau nak cakap apa la sebab aku tak join.

Tapi ada beberapa benda yang buat aku nak mengomen….satu pasal nama program tu sendiri. Kita semua tahu tsunami adalah satu bencana alam dan semua tahu kejadian 26 Disember 2004. Tapi tergamak dia guna perkataan tu untuk program dia. Satu lagi, aku tak tahu camne program tu dijalankan tapi ianya melibatkan spam di board-board forum. Dan spam adalah satu tindakan yang melanggar etika pengkomputeran! Ketiga, aku rasa ironi sikit…dia nak kongsi rahsia dia dengan orang lain…tapi dia charge e-book dia satu RM20. Kasi free la…..hang pun dah ada duit beriban-riban! Dan bukan dia sahaja, yang lain-lain pun camtu jugak…semuanya menjanjikan pendapatan ribuan ringgit. Tapi setakat ni takde aduan ke KPDNHEP. Entahla….Tapi apa-apa hal aku rasa macam dunia ni semakin materialistik. Betul, takde duit sekarang ni payah…tapi mana pergi nilai intrinsic yang membuat kehidupan lebih baik?

Aku nak jadi Andy Williams kejap…These sound too good to be true…..I can’t believe any one of you…..

III - Bang, mintak credit boleh?

Dan akhirnya, salah satu SMS yang aku dapat baru baru ini

TAHNIAH! Anda telah dipilih untuk merima bonus PERCUMA sebanyak RM50 dari CELCOM. Untuk mengatifkan (eja pun salah-Alpha) RM50 ke akaun anda sila taip 5 dan hantar ke 1019946xxxx

Dan aku balas balik

S**L! B*****T punya budak! Ingat aku free2 aje nk bg ngko RM5? Org kpg ngko yg x skolah boleh la ngko kencing….igt ko sorang aje tau airtime share? Eja pun x!

Dan x de lagi aku terima SMS camtu…Kengkadang mulut aku ni main taram aje.... sori la ye.

Sunday, May 28, 2006

Drama dan Reporter

I – Barah Otak Dan Drama Melayu

Malam tadi aku teman wife aku tengok cerekarama TV3. Jalan cerita very predictable. In fact, dah banyak kali screenplay benda yang sama, details aje berlainan. Apa taknya, cerita pasal anak tak balik Malaysia bertahun-tahun sebab dihalau bapak. Maknya rindu terutama lepas suaminya mati. Anak tadi akhirnya balik ke Malaysia dan nak cover balik kesalahan lalu. Bila semuanya nampak OK, masuk ¾ drama….tragedi menimpa: si anak ada kanser otak dan akhirnya meninggal.

Gitu la kebiasaannya – cerita yang camtu, atau keluarga yang berantakan, atau anak tak ngam dengan keluarga yang lain. Masuk separuh atau tiga suku jalan, keadaan kembali pulih tapi akhirnya salah satu karektor utama dimatikan…..takleh ke buat happy ending terus? Dan satu lagi yang buat aku boring, takde sakit kritikal yang lain ke dari barah otak? Ada berapa banyak kanser kat dunia ni - Kanser kolon ke, kanser paru-paru ke, takpun sakit buah pinggang ke, sakit hati ke……

II – Malaysian Reporter Strikes Again

In today’s Sunday Star, one of the news articles is concerned with the deployment of our troops to Timor Leste. What amused me is the name of one of the troopships used to ferry them : KD Merong Mahawangsa. I wonder if the reporter loves his Malay Literature subject so much that he decided to rename KD Mahawangsa into KD MERONG Mahawangsa…

Nabila berjumpa Tun


Gambar-gambar ni diambil masa Tun Dr Mahathir datang ke tempat aku. Walaupun dah hampir tiga tahun bersara, sambutan terhadap beliau tetap meriah. Sebab Nabila sorang-sorangnya baby yang ada kat situ, Tun berdua nak bermesra dengan dia. Too bad penganjur nak cepat, kalau tak Tun Dr Siti Hasmah dah dukung dah anak dara tu….dan oleh kerana orang terlalu ramai dan berasak-asak menyebabkan aku nak cari angle payah, tangan Nabila aje la yang nampak…