Wednesday, May 27, 2009

Rukun Tetangga

Terdengar dalam iklan @ pesanan khidmat masyarakat di radio (digubah balik aku, tapi isinya sama)

Isteri : Bang, kenapa kat depan rumah jiran kita tu ada kereta polis?
Suami : Rumah dia kena rompak!
Isteri : Rupa-rupanya lori yang kita nampak malam tu, ingatkan jiran nak berpindah, rupanya perompak!
Suami : Tu la, jiran kita ni tak bertegur-sapa, tau-tau aje balik kampung! Kalau dia tinggal pesan boleh jugak kita tengok-tengokkan.
Isteri : Kesian ye bang, nanti kita ziarah dia ek?

Hoho...salah jiran tu tak bertegur-sapa le sampai si laki-bini tak tahu jiran balik kampung. Bila nampak lori, ingatkan jiran nak pindah? Habis akal tak pakai ke, kalau nak pindah mesti tuannya ada sekali nak perhati movers tu!

Tuesday, May 19, 2009

'The Bachans' Mencarut!


Dulu aku pernah buat posting pasal artis Malaysia yang berposing sambil tunjuk 'birdie' versi British. Kali ni pulak aku terjumpa gambar The Bachans (Amitabh, Abishek dengan Aiswarya) dengan selambanya tunjuk finger kat jurugambar...siap senyum2 pulak tu!

Rupanya dia orang baru balik mengundi pilihanraya umum kat India...nak tunjuk dakwat pengesahan undi kat jari le tu....Ni memang SPR India suruh celup jari hantu atau tiga ekor tu saja guna jari hantu? Atau press India tak tahu maksud jari tu? Hahaha!

Thursday, May 14, 2009

Air Zam Zam?

Semua tahu air zam zam kan? Air yang keluar dari perut bumi hasil hentakan kaki Nabi Ismail AS dan masih keluar lagi sampai hari ini. Secara ruhaninya air ini amat berkhasiat dan Nabi ada bersabda yang bermaksud "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki"

Dan untuk memberi kredibiliti saintifik kepada perkara ini (walaupun dalam islam ada benda yang melampaui sains) maka timbul la cerita seorang saintis Jepun bernama Watashi Noname* yang mendedahkan rupa 'molekul air' yang hodoh-hodoh dan tak cun belaka dan kemudiannya berubah menjadi 'ceria' apabila didedahkan kepada muzik lembut dan perlahan dan terutamanya ayat Al Quran. And you guess it, molekul air zamzam yang paling cantik sekali!

Ni khabarnya gambar tu....


Pasal khasiat air zamzam tu Wallahu'alam tapi part nak beri 'bukti saintifik' tu yang aku sangat skeptikal. Mana taknya:
1. Setakat aku tahu, takde manusia yang boleh nampak molekul apa-apa saja terutama Watashi Noname (*"Aku takde nama" - email terbang dalam internet kan selalu tak bagi nama). Gambar yang ada pun cuma lukisan sahaja.

2. Gambar yang kononnya molekul air yang dibaca Al Quran dan molekul air zamzam tu.....aku tengok ramai kat online forum dok puji-puji....ya memang cantik. Tapi tu semua gambar snow flake! Tambahan pula yang gambar zam-zam tu sah dah kena photoshop, kasi merelit sikit kata orang Kedah.

Kat akhbar itu hari pun aku ada terbaca iklan satu syarikat ubat terkenal kat Malaysia ni, nak jual mesin proses air dia. Benda yang sama jugak - tunjuk gambar 'molekul' air yang rupa entah apa-apa dan berubah jadi 'cantik' ....and guess what? Gambar 'molekul' cantik tu pun gambar snow flake!

Dan akhir sekali, kenapa saintis Jepun tu hanya muncul sekali aje tahun 2002 dan tak muncul-muncul lagi dalam sebarang konferens, bengkel atau konvensyen lain. Apa yang kita ada cumalah e-mail yang 'hidup' sejak 2002.

Entah la orang kita ni...

Monday, May 11, 2009

Kena Piat

Dulu kat sekolah kalau buat pasal maka siap la kena piat telinga, kena rotan kat tangan atau bumper, atau ketuk ketampi. Aku ingat masa aku darjah 2. Aku cukup ngeri dengan cikgu kelas aku, Mrs. Niap. Dah le muka evil...ditambah pulak mekap ala2 opera Cina. Yang paling ngeri ialah kalau buat salah, maka isi cuping telinga akan jadi mangsa sepitan kuku panjang dia. Masa aku Form 2 pulak, cikgu disiplin nama dia Mr Tan. Hobi dia menyebat budak dengan rotan panjang tebal2 jari kelingking. Time nak menyebat dia akan pastikan takde wallet yang boleh serap impak sebatan dan gaya dia swing rotan tu sebijik macam Nick Faldo! Dan kalau kena tindakan disiplin...balik rumah senyap aje pasal kalau komplen 'kena sebat cikgu' alamat boleh kena sedas dua extra kat rumah. Wife aku pulak cerita cikgu sekolah dia pulak suka cubit kat err..dada. Selagi budak tu tak patah riuk kena sebat atau bekas cubitan jadi gangrenous...semuanya OK bagi ibu bapa....

Sekarang, bila kena sebat cikgu, maka penuh dada akhbar dan skrin TV mengenai cikgu yang 'tak bertamadun'. Mak bapak serang cikgu kat sekolah...nak saman. Menteri pun turut campur walaupun mamat tu sebenarnya kena hempuk lepas ditangkap mengintai. Memang kengkadang macam over tengok tindakan cikgu ni...tapi takkan semuanya camtu. Sebab mak bapak camni le gamaknya cikgu pun tak ambik kisah sangat pasal murid....yang budak ni pun tau dia ada 'defender' maka makin berleluasa le perangai dia. Lepas tu abis sekolah jadi mat rempit. Bila dah camtu semua tuding jari kat kerajaan. Memang le kerajaan bertanggungjawab tapi bagi aku semuanya bermula dari rumah.

Tuesday, April 28, 2009

Let's Talk About....Tax, Baby!

Bulan empat ni biasa la, time "Drakula" hisap darah...heheh. Tapi setakat ni aku berjaya mengelak gigitan dia....tengok le lagi berapa tahun. Kena tak kena pun Borang BE tu kena pulang, kang tak pasal-pasal kena denda.

Aku ada terbaca, ada beberapa pembayar cukai mengeluh pasal personal dengan family relief yang ciput (RM8,000-sendiri, RM3,000 pasangan dengan RM1000 satu kepala anak. Juga termasuk pelepasan perubatan ibu bapa RM5,000. Kata dia orang dah tak sesuai dah dengan zaman ni...duit tadika aje dah 6,000 setahun duit wad ICU aje dah RM500....

Sebab tolak relief sana sini tolak rebat lagi, aku masih tak perlu bayar, aku syukur le. Tapi walaupun aku tak bayar LHDN...Cukai Tiang Nombor 4 tu kena bayar tau....Cukai Tiang #4 ni lagi best - relief setakat untuk diri sendiri dan keluarga dan lagi kurang dari LHDN punya. Dah la tu takde relief-relief lain tak...takde relief beli buku, beli komputer dan takde rebat langsung. Dan kalau tak bayar, takde kena denda...cuma kena bakar aje.... So kepada yang bising2 tu korang bayar ke Cukai Tiang Nombor 4 tu...dan kalau bayar ada komplen apa2 tak pasal 'tak ikut peredaran zaman'?

Monday, April 20, 2009

Awek Brutal

Dalam perjalanan aku balik kampung itu hari, aku singgah kat Restoran Jejantas Ayer Keroh untuk makan tengahari. Jadi kami makan le kat A&W. Nak jadi cerita, hari tu memang teramat ramai orang terutama dari Singapore; Q nak order pun panjang. Nak senang, aku suruh famili aku duduk kat meja yang berhampiran dengan kaunter. Kat sebelah meja yang kami duduki, ada sekumpulan aweks-aweks dengan fesyen masakini..alaa yang ketat dan singkat tu....ada jugak sorang-dua yang bertudung dalam kumpulan tu.

Sedang aku beratur dalam jangkamasa yang agak lama, tak alih2 aku terdengar satu suara menjerit "Hoi! Mana makanan aku ni?!". Jadi aku agak mungkin ada sorang mamat ni yang mungkin dah kebuluran tunggu ordernya yang tak sampai-sampai...tapi bila aku tengok, mamat tu selamba aje muka, takde gaya marah pun? Bila aku dah dapat pesanan aku, aku balik ke meja dan tanya bini aku siapa yang menjerit tu? Dia kata budak pompuan yang tadi tu...yang pakai tudung lagi!

Lepas tu tambah bini aku lagi, bila burger dia akhirnya sampai, dengan nada bongkak si minah tu kata 'Abende le lambat nak mampus...macam bagus sangat kerja sini!' dan terus blah, gamaknya dah tak sabar nak sambung perjalanan. Wife aku tak pasti bebudak tu orang Singapore atau tempatan...tapi aku rasa orang Malaysia. Dan kata wife aku lagi, budak pelayan tu terkulat-kulat aje terima kata-kata camtu....

Entah la, memang aku sendiri bengang kalau order tak sampai-sampai tapi tak perlu la nak jerit2 sampai satu kedai dengar. Dah la tu, minah tu kena consider jugak orang terlalu ramai (sampai habis pecah gelas root beer sebiji) Bagi aku, bukan restoran tu yang malu tapi si penjerit tu...macam dah 1000 tahun tak pernah rasa Mozza Burger atau dah kebulur tahap kena beri Live Aid. Tapi tak tau la kalau dia jenis kulit gajah! Aku kesian dengan budak pelayan tu sebab kena maki dan kesian dengan minah tu sebab dah takde budi bahasa. Macam banyak na duit engko tu makan kat A&W!

Cuba buat macam aku....ada satu hari tu dalam 2-3 tahun lepas, aku pergi McDonald's City Plaza. Aku mintak 2 fries besar untuk takeaway...tapi sebab masa tu tengah digoreng, kena la tunggu kejap...kata budak tu lagi 5 minit. Masuk 10 minit aku tengok tak siap2 lagi tapi orang lain dah dapat dah. Bila budak tu terpandang arah aku, aku buat isyarat 'mana dia order aku?' Dan dengan gelabahnya dia capai dua McChicken dan bagi kat aku. Aku kata, 'Dik, abang order fries besar dua'. Tak tau le sebab gelabah atau apa, dia kata "Takpe bang, burger ni abang ambik saya belanja...kejap saya ambik fries tu"! Jadi tak perlu aku jerit, aku dapat fries aku, siap dapat extra burger lagi!

Wednesday, April 15, 2009

Time Out!

Dalam dunia yang sempurna

Trainee: Encik, saya minta permohonan untuk keluar kem hujung minggu ni.
Komandan kem : Nak buat apa?
Trainee: Saya kena hadir majlis anugerah tip-top encik, saya masuk Top 5! Rugi tak pergi, dah berbulan-bulan dah saya rancang, baju glamor pun dah tempah.
Komandan kem : Gitu...ginilah saya bagi awak kebenaran tengok TV sampai 1130 malam ni..mintak ampun le saya nak bagi awak keluar semata-mata nak ambik anugerah!
Trainee : Baik encik!!

Itu kalau perfect world....atau perlaksanaan betul tak amalkan double standard. Kalau betul le si Diana Danielle boleh keluar kem sebab nak hadir ABPBH itu hari memang pengurusan PLKN patut dihentam kaw-kaw punya!!! Lain le sebab ada kecemasan....

...on the other hand, mungkin Sharifah Shahira buat lawak aje.....