Friday, July 07, 2006

Persepsi Awam Terhadap ATM Revisited

Baru-baru ini RSAF mengumumkan penubuhan Sqn 120 yang mengoperasikan helicopter penyerang AH-64D Longbow Apache. Ni cerita lama sebenarnya sebab dah lama RSAF memiliki Apache Cuma ditempatkan di Amerika Syarikat sehingga berita tersebut dikeluarkan. Dan sepertimana ditunjukkan dalam Operation Iraqi Freedom, Apache bukanlah unstoppable machine. Banyak juga yang ditembak jatuh atau mengalami kerosakan mekanikal. Masalahnya ramai orang Malaysia yang masih ternganga mulut bila disebut ‘Apache’ dan seterusnya memandang rendah keupayaan ATM berbanding negara lain sehingga ke tahap yang aku rasa menghina. Tetapi yang bercakap tu bercakap guna lutut dan bukan dengan akal dan lebih bersifat ‘talk cock and bull’ – tak tau apa yang mereka cakap. Ini contoh yang aku dapat:

Singapore’s 120 Squadron Apache AH-64D attack helicopters ready liao…..so what will Jaguh Kampung UMNO members have to say?”

“Wah Singapore Armed Forces has 125 planes Malaysia only has 71. How to fight lar like that?”

“Apaches (thumbs up) Can tar pau the Malaysian tanks easily”

We talk as if Mas-Sg are going to have a war lidat. If so Penang must claim for independence”

“30% Malaysia punya APC can not work because no spareparts and lack of maintenance…source from Turkey lagi”

“I think SG just send 3 Apache and can tapow the entire tentera darat already”

“Tanks from Poland language all polish, inside the tanks got many translation stickers stick to panel….another bolehland achievement.

“My gf father was a ex mechanic for the air force told me bolehland always go to US scrape(sic) yards to buy old airplane. That’s y u always see so many crashes.”

Terbakar aku baca statement tu. Dan dari forum tu, aku rasa depa ni semua bukan budak sekolah lagi, kurang2 dah masuk kolej. Tapi cara pemikiran depa kelihatan terlalu memandang rendah keupayaan ATM. Dan dari beberapa statement tu menampakkan kebodohan masing-masing. Ambil contoh ‘stiker bahasa Poland’ tu. Malaysia ada membeli senjata dari negara bukan berbahasa Inggeris lain seperti Sweden, Perancis dan Jerman…takde pun stiker alihbahasa. How childish! Dan statement terakhir pasal beli pesawat lama. Bukan semua pesawat Malaysia dibeli dari US. Dan pesawat yang keluar dari boneyard cuma Skyhawk. Tapi dari posting dia seolah-olah semua pesawat Malaysia diambil dari kubur pesawat. Dan kata-katanya yang bapak gf dia ex TUDM memang berbau najis sebab F-5 dulu pesawat baru. Juga dengan Tebuan. Hawk pula dari UK, MiG-29 dari Rusia. So how come TUDM 'always go to US'?

Itu baru sebahagian kecil sahaja…tu belum tengok kat forum macam lowyat lagi. Aku rasa elok sangatlah ATM pertingkatkan lagi PR mereka SEKARANG. Bukan setakat ATM saja, malah apa-apa jentera kerajaan yang berkaitan perlu turut serta (that’s you RTM!). Dan orang-orang yang memberi stament di atas tu aku rasa patut disisihkan atau kalau ditakdirkan perang meletus dihantar ke medan perang dengan tanpa flak jacket, helmet dengan peluru satu magazine aje dengan arahan stand fast, don’t budge an inch and given the toughest sector of the front…in order to easily getting rid of them!!

Thursday, July 06, 2006

Ampun Tuanku!

Ya…setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511, keturunan Sultan Mahmud datang menuntut takhta kerajaan Melaka tahun ini! Bila aku baca berita ni kat paper awal tahun itu hari, reaksi pertama aku ialah mengangkat kening macam Ziana Zain. Lepas tu aku gelak. Apa taknya, seorang ahli perniagaan ni claim yang dia adalah keturunan Sultan Mahmud dan sepatutnya dia Sultan Melaka ke-44. Apa-apa aje la. Yang aku rasa lucu ialah bila dia buat majlis anugerah apa kejadah tah…buat kat dewan public di Gombak. Masalahnya ramai yang hadir…nak mintak tanah kurnia gamaknya. Dan tak lama lepas tu, dia pi Sungai Duyong, Melaka dan buat majlis ‘penyerahan semula’ keris Taming Sari kepada dia…kononnya keris tu akan kembali kepada waris Kesultanan Melaka. Siap ada Pawang DiRaja sekali uruskan..haha! Dan yang bestnya, dia claim ada orang akan serahkan keris tu dari dalam sungai….dia ingat ni cerita King Arthur dengan Excalibur dia ke?

Dan tak lama dulu dia claim dia ada empat artifak Kesultanan melayu melaka. Now, how can we be sure that the artifacts are genuine? Masalahnya, takde gambar-gambar dari zaman dahulu pasal peralatan ni. Dan kalau asli pun(disahkan dengan carbon-dating) ye ke Kerajaan Melaka punya?

Dan yang paling terbaru, dia dihalau dari Istana Negara masa Majlis Hi-Tea sempena Keputeraan YDP Agong. Katanya dia dapat surat dari Jabatan Perdana Menteri menjemput dia ke Istana Negara Alih-alih sampai Istana dengan entourage dia, dia kena halau. Dah la tu samapi tetamu lain terpinga-pinga.

Part ni aku heran. Rasa aku kalau function Istana, surat mesti dari Istana Negara, bukan JPM. Dah la tu, part dia kena halau tu aku tak pasti camne – dia kena halau kat gate ke kat pintu masuk? Kalau kat pintu, camne dia boleh masuk gate tanpa permit ke sticker ke…dan kalau kat gate, camne sampai tetamu lain boleh terpinga-pinga?

Bagi aku insiden terkahir ni, samada betul terjadi atau rekaan sahaja (nak simpati), mengesahkan His Highness The Sultan of Melaka as ‘nuts’. Dan orang-orang yang hadir function ‘Sultan’ ni mengingatkan aku kepada dialog Obi-Wan Kenobi dalam filem Star Wars : “Who's the more foolish: the fool, or the fool who follows him?"

Wednesday, July 05, 2006

Nabila jatuh katil

Anak aku tidur sebilik dengan mama dan ayahnya jadi kami berdua kena la behave! Dia tidur kat tilam, kami tidur kat katil. Tapi sejak dua minggu lepas, dia lebih suka tidur atas katil. Tak tau apasal, agajnya sebab lagi best atas katil, lagipun dia nak manja-manja la kot. Jadi mama dia mengalah dan kena tidur bawah! Tapi anak aku ni ganas sikit kalau tidur, pusing sana, pusing sini dan kengkadang aku pun disepaknya kalau aku encroach kawasan dia. Tapi kalau sejuk, dia tucked in kat aku dan kalau dia rasa panas, dia bergolek jauh sikit. Dan tiga malam lepas, dia terover golek, dan terlepas ke lantai. Meraung sekuat hati tak anak dara tu! Aku pujuk tak jalan sebab dia ingat aku nak marah dia (kalau dia buat hal selalu aku marah, tapi kalau sengaja cari pasal la, kalau accident ke apa, buat apa aku nak marah-marah?). Nasib baik tak apa-apa, Cuma bibir luka sikit terkena gigi. Dan lepas tu dia tidur balik kat bawah semula….Cuma kengkadang dia mengigau, naik atas katil, mencelah antara aku dan mama dia!


SMS dan Ringtones

Setiap weekend aku beli paper…hari lain aku baca paper yang opis langgan. Dan untuk bacaan ‘ringan’ aku beli Harian Metro. Buka page depan ‘Nasi Lemak Terakhir’ (berita eksiden) selak page dua ‘Datuk K nafikan kenyataan akhbar’ (berita Datuk K dan Siti), masuk page 3, nampak ‘Murah RM0.50 sekali download’, page 5 ‘Mari-Mari Ringtonez Terkini’ masuk tengah, ‘SMS Ke 32799 Untuk menangi Hadiah Lumayan’….sampai le page sukan, hampir selang semuka iklan ringtones dan pertandingan SMS (tapi yang banyaknya iklan ringtones la) Bukan kecik pulak tu, bodoh2 setengah page, dan rata-ratanya full-page. Rasanya kalau dibuang iklan ringtones ni mau tinggal separuh aje paper. Tau le penduduk Malaysia antara yang paling ramai guna handset.

Tapi
kalau ditengok semula, ringtones yang dijual oleh provider yang berlainan, semuanya sama aje. Lagu Siti, Mawi, Radja, Ratu….itu aje. Tapi yang menjualnya macam dah hilang akal dah. Semua nak a piece of the (admittedly) large cake. Dan ada satu lagi isu, aku tak pasti dah settle belum, pasal royalti…tu semua ringtones tu intellectual property dan perlu dibayar copyright ke atas artis/pencipta lagu tu sebab si penjual ringtones buat secara komersil. Itu baru kat paper, kat majalah hiburan lagi, TV lagi.

Satu lagi yang aku nak sentuh ialah chatting – SMS On Cinta la, On Awek la, On Sayang la…tak campur @15 lagi. Entah apekebenda tah, ngabiskan duit orang aje…dan macam biasa suckers yang termakan benda camni budak-budak sekolah la! Sama la macam tahun 90an dulu yang ada ‘dail 1-600-85-xxxx untuk mendengar lagu terbaru si polan’. Sepupu aku termakan pujukan iklan tu dan akibatnya bil telepon rumah makcik aku naik sampai RM1,000!

Dan satu lagi – pertandingan SMS, makin mencanak pulak aku tengok benda alah ni sekarang. Padahal Majlis Fatwa dah setuju benda tu haram….how come?

Tuesday, July 04, 2006

Selamat Datang Ke Menara Gading

Semalam dan kelmarin merupakan hari pendaftaran pelajar baru IPTA di Malaysia…freshies la tu! Kat Utara ni ada sorang budak (pakcik sebenarnya) postgrad kata highway jam dari tol Hutan Kampung sampai ke Sintok. Apa taknya, 6,000 orang student mendaftar. Kalau katakan sorang naik satu kereta, dah 6,000 kereta…tu tak campur uwan, opah, atuk, pak long, nek ngah yang join sekali naik van atau kereta-kereta lain! Dan bila time aku teringat beberapa kejadian yang aku lihat dan alami sepanjang aku menjadi staf kat sini dan juga masa aku student dulu….

I

Masa aku masuk A Level, ada sorang kakak OC (Orientation Committee) yang macam bagus. Cakap tak pernah nak turunkan volume atau pitching…tak lawa plak tu! Dan ada sekor OC lelaki yang suka mengusik suruh aku jumpa akak tu dan buat ‘kuci,kuci’ kat dagu dia. Akak tu muka berlagaknya kata ‘I’m not amused’ dan ‘tak kelakar pun’…..masa tu aku rasa macam nak hentak je si OC lelaki tadi.

II

Kengkadang aku lambat keluar bilik…dan bila lambat kena la salam perkenalan. Aku rasa salam perkenalan paling best ialah kena ‘naik motor’ . Dah lambat, kena la naik motor kan? Jadi aku dan beberapa lagi kutu yang lambat dikehendaki membawa motor imaginasi kami dihadapan pelajar lain, bila jumpa peljar pompuan, kami kena bunyikan hon….dan sebab ada pelajar pompuan, OC kata kami hilang focus dan terlanggar kambing yang lintas jalan..maka kena la buat bunyi aksiden….idea ni aku terap balik bila aku jadi senior!

III

Sebut pasal senior, bila aku jadi OC antara tugas ialah mengumpul dokumen butir peribadi. Dan tugas sampingan aku bersama 3-4 kutu lagi ialah menyelak borang untuk mencari awek freshie yang cun untuk ditackle…heheh

IV

Bila aku buat 1st year kat NCUK, ada kutu yang terpaksa repeat bagitau kami yang tiada MSR (Minggu Silaturrahim) masa depa masuk dulu. Tapi tengok2 tahun tu ada plak. Yang bestnya, ada beberapa member aku yang tak masuk program sebab pergi Subang hantar member yang fly direct! Dan OC tahun tu pulak turun dari UiTM, kerek pulak tu dan katakana kami tak cukup bagus untuk fly….benda sensitive untuk budak NCUK. Nasib baik tara gaduh-gaduh walaupun keadaan tegang sekejap.

V

Masa aku kat UK lagi best…tak join pun Orientation…pasal tak wajib!

VI

Masa aku hantar adik aku masuk A-Level (tempat yang sama), masa tu hujan, jadi semua waris bersesak ler bawah kemah. Dan ada sorang pakcik ni, dalam kesesakan tu sempat pulak berangan tee-off dengan payung dia! Lepas tu tersangkut kat tudung sorang makcik ni…appraaaa nak berangan pun berpada-pada le!

VII

Ada colleague aku cerita, flight dia dari KL ke Alor Setar delay masa hari Sabtu lepas pasal ada Arab-Arab foreign students yang excess luggage ni. Sorang tu siap bawak TV lagi naik flight! Apa, dia ingat kat Kedah takde orang jual TV ke?

VIII

Semester lepas, masa second intake, tempat aku ada ambil student dari China. Budak-budak AJKS komplen yang dia orang ni sangat la berbeza gaya hidup banding masyarakat Malaysia. Antaranya lepas habis melepas, jongkong emas dibiarkan tanpa diflush dan ada yang berjalan dari bilik air ke bilik semula dengan hanya tuala dililit dikepala, pompuan lagi…rugi ooo aku tak sempat tengok!

IX

Dua semester lepas, ada sorang student ni jumpa aku, tanya macamana nak resign. Aku tanya kenapa, you kan baru daftar pagi tadi? Dia kata dia dapat call – dia dapat masuk "Akademi fantasia, cina punya encik”…camni punya orang pun ada.

X
Tahun 2000 ada pengalaman menyedihkan masa orientation. Ada sorang student ni, sampai lewat sehari dari tarikh pendaftaran (ni biasa sebenarnya). Yang hantar, mak, pakcik dengan adik dia pakai kereta yang disewa dengan orang kampong. Petangnya, boss aku call aku mintak ambik budak ni kat dewan sebab dapat berita family dia accident. Tapi boss aku cakap, jangan bagitau budak ni yang mak dia meninggal. Sampai kat rumah mayat, budak ni diminta untuk kenalpasti jenazah. Bila ditunjuk, terus budak tu terjelepuk sambil meraung ‘Makkkkkk!!!!!’ Aku sendiri rasa berair mata aku masa tu. Dan student tu diberi kelonggaran untuk tak hadiri Orientation dan dibenarkan mengiringi jenazah balik ke Johor.

Apa-apa hal, aku ucapkan selamat datang kepada adik-adik ni (aku belum cukup tua untuk dikategorikan sebagai pakcik kepada age group depa ni). Ingatlah tujuan utama anda ke IPT ialah untuk menuntut ilmu dan mendapat segulung ijazah…kalau boleh, cikai-cikai 2nd class upper. Ingat la pengorbanan mak dan ayah yang mengeluarkan duit beribu-ribu untuk persediaan anda, walaupun dapat duit advance PTPTN. Mereka juga korbankan masa untuk pastikan anda dapat settle down di rumah baru anda ini. Nak cari pasangan tak salah tapi jangan la sampai melanggar adat kita serta hukum agama…bukan saja dapat dosa, anda juga boleh kena hukuman sehingga dibuang Universiti! Jadi kalau nak buat benda tak elok, baik merendek atau tengok nota dalam toilet masa exam, ingat la wajah mereka….

Monday, July 03, 2006

Lagu lama vs. lagu baru

Cuba tengok contoh lirik lagu lama (sebelum 90an) dan baru (lepas 90an)

Lagu jiwang lama

Kini Baru Kau Sedar (Carefree)
Waktu engkau meninggalkan diriku
Kau sungguh bergaya dan amat berbangga
Dengan pemuda itu yang kau sanjung selalu
Kononnya dialah pilihan yang sesuai untukmu
…….
Engkau datang dengan rintihan pilu
Kau ingin kembali bersama ku lagi
Tiada guna kau rayu hatiku kini masih sayu
Mengenangkan sikapmu dulu yang menyiksakan batinku

Ku Utuskan Doa (Black Dog Bone)
….Hasratku untuk menyunting mu
Hancur lebur bagai debu
Kuutuskan doa yang ikhlas
Hingga ke jinjang pelamin
……
Kau rayu aku melamar mu
Sebagai suri hidupku
Tak rela aku kecewakan
Dia insan sejenis ku

Kisah kau dan Aku (Alleycats)
….Masa berlalu kini kau telah berjaya
Malangnya aku telah kau lupakan
Tiada ku sangka begini jadinya
Akan ku hadapi sebagai satu cabaran

….Tak mungkin aku akan menerima mu
Dan melukakan hati kekasih ku
Lupakan saja apa yang berlaku
Jadikan ini satu kisah hidup mu

------------0000000------------------------

Lagu jiwang sekarang

Akulah Kekasihmu (AXL’s)
Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

Di Sini Kasihku Abadi (Rahmat)
Jangan kau tinggalkan diri ku
Jangan kau berpaling kasih mu
Jangan kau biarkan diri ku
Sepi tanpa mu

Sayangku kembalilah pada ku
Tiada tempat untuk mengadu
Sayangku berikanlah kasih mu
Buat diri ku

Bila Bunga Dipetik Orang (Slash)
…..
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya

Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi
Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini

Yang suci abadi

Bukan apa..kalau tengok lagu lama, walaupun balak tu menangis bila awek dia blah..tapi secara asanya dia kata ‘lantak engkau la!’ Takpun ‘blah lah’ Jangan la awek tu sibuk nak balik kat dia semula. Tapi lagu yang kemudian sikit ni merayu-rayu mintak awek tu balik kat dia. Lembik dan poyo aje….patut le orang tak suka sangat dengar lagu Melayu yang baru-baru…

Sunday, July 02, 2006

Keyword analysis

Antara keyword netters guna masa googling yang menyebabkan blog aku timbul dalam search result….

f/a-18d hornet
scriptwriter iklan tv3
Indian troops morib port dickson landing
10 briged para timor leste
orang muar
mangsa runtuhan ulu kelang
hawk 208 kokpit
gambar peluru berpandu
f-5e malay
majalah sekolah
foxey forum cari
yipun78
dia hisap
cerita seks
gambar bogel yusry
erra yusry seks in the room
bohsia

cerita bohsia
cerita seks Malaysia
find gambar bogel yusry

Aku ingat nak selitkan perkataan yang rated 18SX dalam entry aku la, walaupun haram tak relevan. Kasi hits lagi banyak…kakakaka