Hujung minggu baru ni aku tengok drama (Ok, stop laughing back there) kat TV2. Aku bukan nak cerita/kritik/kondem drama kali ni. Aku cuma nak jenguk objek yang menjadi intipati drama tu iaitu Panglima Awang. Aku rasa semua tahu cerita Panglima Awang, seorang hulubalang Melaka yang dibawa balik Portugis ke Eropah kemudiannya mengikut pelayaran Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Mengikut sesetengah orang, Panglima Awang, yang dilantik mengetuai pelayaran selepas kematian Magellan, adalah orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia.
Mungkin ada yang mengangkat Panglima Awang sebagai hero sebab orang melayulah yang pertama mengelilingi dunia, bukan 'benggali putih'. Tapi bagi aku, hebat macam mana pun, aku terpaksa tolak ke tepi...pasal apa?
1. Setelah kekalahan Melaka, Panglima Awang antara tahanan perang yang dibawa balik Alfonso d'Albuquerque ke Portugal. Konvensyen Geneva tak wujud lagi pada 1511 dan Panglima Awang dijual sebagai hamba. Ya hamba. Kehadirannya dalam pelayaran Magellan, sungguhpun dilayan dengan baik oleh beliau, tetap sebagai hamba kepada pelayar tersebut. Nak bangga ke pencapaian mengelilingi dunia, sebagai hamba?
2. Panglima Awang lebih dikenali sebagai Enrique, satu nama Portugis/Sepanyol. Macam mana 'Awang' boleh bertukar kepada 'Enrique'? Kalau ikut skrip drama tu (yang aku rasa diolah dari sumber lain) pertukaran nama dibuat untuk Panglima Awang 'blend in' dengan masyarakat Eropah. Ni gerak hati aku aje la...tapi aku rasa 'Awang' ditukar kepada 'Enrique' ialah sebab...dia telah dimurtadkan. Bukankah salah satu objektif penjajah Portugis ialah mengkristiankan penduduk jajahannya? Ini ditambah apabila Enrique berkahwin dengan wanita Eropah sekembalinya ke Sepanyol. Nak kata ada lagi kerajaan Islam Andalusia, ianya dah tumbang pada 1492...So, seronok ke kita nak rai kejayaan Melayu murtad?
Mana yang rasa aku menghina seorang hero...sila bagi komen anda....