Thursday, July 26, 2007
Monday, July 23, 2007
Kenyataan yang Mengerikan
Beristighfar aku panjang-panjang....dan aku rasa bukan dia sorang sahaja berfikiran macam tu...
Transmitted by Alpha at 09:14 3 Distinguished Visitor(s)
Thursday, July 19, 2007
Gila Glamor dan Gila Rekod
I - Gila Glamor
II - Gila Rekod
Transmitted by Alpha at 11:56 6 Distinguished Visitor(s)
Tuesday, July 17, 2007
Harimau (takde taring) Malaysia - Satu Pandangan Ringkas
Satu lagi, ni pandangan peribadi aku yang setakat tau beli tiket game aje la…buang semua pemain import…nak import pun setakat dari Singapore atau Brunei. Mana Negara yang liga tempatan dia ramai ‘Awang Import’ atau kat Uk kata ‘Johnny Foreigner’, team kebangsaan dia mesti hampeh (ikut standard ke’hampeh’an masing-masing – hampeh England tak sama dengan hampeh Malaysia). Tak caya?
England – star player EPL siapa? Drogba (Ivory Coast) Henry (France) Ronaldo (Portugal)…top coach siapa? Ferguson (Scotland), Wenger (France), Mourinho (Portugal)…So team kebangsaan England? Kena kutuk manjang kat World Cup atau Euro Championship (tapi dapat la juga depa masuk World Cup…)
Spain – sama macam England, star kat Spain semua orang luar…Galacticos Real madrid pun ramai dari luar macam Roberto Carlos, Zidane, Beckham dan van Nistelrooy.
Dan bila bergantung pada orang luar maka bakat tempatan terpendam, tak dapat diketengahkan yang akhirnya hilang camtu...
Satu lagi, Claude Le Roy pernah jadi coach Malaysia – Malaysia entah ke mana. Orang yang sama jadi coach Cameroon, Cameroon masuk World Cup...
Banyak lagi hipotesis pasal kehampehan team malaysia la ni...aku nak tambah satu lagi walaupun tak relevan (merepek pulak tu) – keeper. Wei, mana ada keeper rambut panjang mengurai sekarang ni? Rene Higuita boleh le....
II
Kita memandang masa lampau dengan kacamata bertinta ros (aku alihbahasa dari English). Jadi seolah2 macam yang lalu dulu tu utopia. Dalam kes bola ni, memang tak dinafikan team Malaysia dari Merdeka sehingga pertengahan 80an memang hebat. Ada yang kata kita dok kalahkan team-team lain ‘macam kacang’. Tapi kalau ditengok betul-betul rekod takde la sehebat tu; kita masih dibawah team-team dari Asia Barat dan seingat aku, arwah Mokhtar and the gang pun tak dapat nak lepas qualifying World Cup sebab kalah dengan team dari sana. Having said that, walaupun kalah, kita kalah bermaruah goal difference biasanya jarang lebih dari dua...rentak permainan pun menarik. Pendek kata boleh la kita kata ‘dah nasib’. Dan kalaupun kita tak jadi Raja Asia secara total, sekurang-kurangnya kita Raja Asia Timur. Perlawanan dengan Korea merupakan perlawanan yang selalu dinanti-nanti sebab ia menjanjikan aksi, pertembungan dua gergasi...tak campur sebab yang Korea Selatan juga ‘pretender to the throne’. Kita ada juga kalah dengan Korea, bukan takde....
Dan bukan le Korea ‘takut’ dengan kita tapi depa rasa depa ada lawan yang gagah yangpatut disaingi.
Tapi, akhirnya Korea dah ke World cup, Jepun dah ke sana...player depa pun dah jadi star kat Itali dengan Scotland. Kita? Harap jadi tuan rumah aje le...tuan rumah pun kalau dok kena belasah pun buat apa? Star main kat Eropah? Satu masa dulu ada pemain macam Zainal Abidin Hassan ditawarkan trial oleh Bayern Munich? Sekarang? Aberytswyth Town FC pun tak pandang....
Transmitted by Alpha at 17:01 1 Distinguished Visitor(s)
Sunday, July 15, 2007
Salahkah?
"...so warga pekan koboi bersiap sedia la utk berhijrah...jenis2 jawa, banjar ni mungkin balik ke tempat asal"
"tu la johor pusat perternakan jawa boyan terbesar di tanah melayu ani...mana mungkin tak bankrap"
"sama je dari rumpun indon semuanye" (merujuk kepada Boyan dan Jawa)
Transmitted by Alpha at 15:00 4 Distinguished Visitor(s)
Thursday, July 12, 2007
Sayur? Lepas Ni Lodoh Le Jawabnya....
Transmitted by Alpha at 09:18 3 Distinguished Visitor(s)
Tuesday, July 10, 2007
Buang aje le!!!!
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Dukacita dimaklumkan bahawa saya mendapati anda antara tuan/puan yang tidak menyalakan lampu isyarat/signal/lip-lap ketika hendak masuk simpang atau keluar dari jalan. Tindakan tuan amat menensenkan saya yang menunggu nak keluar simpang atau mengekori kereta mewah (juga uzur mana berkenaan) tuan/puan. Saya fikir tuan akan meneruskan perjalanan atau sekadar mengusha awek yang balik dari opis sedangkan tuan sebenarnya hendak masuk simpang atau hendak mengambil awek yang sebenarnya isteri tuan. Jadi saya telah menghabiskan masa di mana sepatutnya saya boleh keluar simpang tanpa takut menyodok kereta tuan atau disodok kenderaan lain.
Dah banyak kali saya mendapati ini berlaku dan saya dengan ini mencadangkan supaya tuan berjumpa dengan mekanik tuan untuk menanggalkan terus lampu signal tersebut kerana tidak diperlukan lagi. Ruang yang dikosongkan lampu signal tadi boleh tuan/puan gunakan untuk tambah aksesori lain.
Sekian, terima kasih.
p.s. Saya ada memo lagi tau!
Transmitted by Alpha at 15:30 0 Distinguished Visitor(s)
Sunday, July 08, 2007
Charity Tag
A person is only as good as how he speaks his words and do his deeds.
Friendship is coloured by disagreements and fights (especially when you are still kids)
Money makes me reaching for my calculator…
I miss snowy days when the world seem so pristine, peaceful and calm
Pick the flowers when there are no bees buzzing around.
Beauty is in the eye of the beholder.
When I was thirteen, what I remember the most was ‘rock kapak’
When I was twenty one, I remember having fears of not completing my degree.
Nothing makes me happier than being in Johor again!
If smiles were drugs then I have already OD’ed many times!
Wouldn't it be nice if we could smash the IDF and free Palestine?
If you want to reap the crop then you have to sow it first
Money is not everything but you still need it…you can’t eat love, OK?
The most touching moment(s) I have experienced is the death of my father
I smile when I am happy!
When I am happy, I….smile?
The best thing I did yesterday was getting to bed early, to the astonishment of the wife.
If I ever write a book, I will give it this title,"Mythbuster Or : Coke IS Available In Israel"
Transmitted by Alpha at 10:43 3 Distinguished Visitor(s)
Wednesday, July 04, 2007
Sebat Dan Rejam
Apa yang aku tulis ni mungkin akan menyebabkan ruangan 'Comments' aku penuh sesak...atau munkin kekal '0'....
Transmitted by Alpha at 12:08 2 Distinguished Visitor(s)
Monday, July 02, 2007
Virus Spreading...
Transmitted by Alpha at 14:37 1 Distinguished Visitor(s)