Sunday, May 23, 2010

Cikgu Garang(!)

Mula-mula background story

ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hidung Muhammad Naim Sofwan Rosly mengalami pendarahan sehingga Rabu, selain mukanya turut bengkak terutama di kening kirinya.

Mangsa yang berusia sembilan tahun juga mendakwa pernafasannya tersekat akibat tamparan kuat itu.

Ketika ditemui selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Muhammad Naim Sofwan atau nama manjanya ‘Boboy’ berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengaku berebut buku dengan seorang rakannya yang sepatutnya dihantar kepada guru berkenaan yang naik minyak lalu menamparnya dua kali.


Berikutan sakit dan pening, Muhammad Naim yang mendakwa sakit serta pening, diberi amaran oleh guru berkenaan supaya tidak memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu dan setibanya di rumah, dia terus tidur sehingga petang.

Sementara itu, datuk mangsa, Ismail Din, 55, berkata, dia mendapati Boboy masih tidur apabila dia sampai dari Kelantan kira-kira jam 7.30 malam di Rumah Pangsa Seberang Terus di sini.

Katanya, ketika mengejutkan cucunya itu, dia ternampak tompokan darah pada baju sekolah cucunya dan selepas dipujuk, Boboy memberitahu apa yang berlaku.

“Ketika itu abang sulungnya yang berada di tahun enam sekolah sama, Mohd Naim Sofwan, memberitahu dia dipanggil guru berkenaan ke kelas adiknya ketika Boboy ke tandas untuk mencuci darah.

“Guru lelaki berkenaan memberitahu Naim bahawa adiknya buas dan meminta kejadian yang berlaku itu tidak diceritakan kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, berikutan tidak puas hati, dia membawa Boboy ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 8.30 malam kelmarin untuk membuat laporan sebelum dirujuk ke HSB pada malam sama.

Menurutnya, Boboy sekali lagi dihantar ke HSB kelmarin, selepas hidungnya berdarah dan ujian sinar X menunjukkan berlaku keretakan.

Ganas kan cikgu tu, tampar murid sampai camtu sekali? Cikgu hape camni??!!!!! Cikgu ni mesti ingat dia tenaga pengajar kat Xavier's School Of The Gifted.... lepas tu mesti tulang dia ala-ala Wolverine dengan Lady Deathstryke - ada adamantium!!

OK jokes aside, mungkin ada cikgu yang terlebih dalam menghukum murid....tapi dalam kes ni aku rasa skeptikal la si 'Boboy' kena tampar dengan cikgu sampai macam tu sekali. Kenapa?

1. Tamparan membuat tulang hidung retak - mula-mula sekali hidung tak bertulang, cuma ada rawan saja. Satu lagi penampar dihalakan kat pipi kan? Kalau penampar macam tu punya brutal, kenapa pulak tulang pipi ke rahang ke takde kesan apa-apa?

2. Kesan lebam dimuka terutama di KENING kiri - tapak tangan cikgu ni macam Popeye ke? Kesan tamparan boleh sampai kening?

3. Tamparan menyebabkan nafas tersekat - aku rasa ni Maggi Cukup Rasa aje. Kasi nampak dahsyat na kesan penampar tu.

Entah la...aku bercakap berdasarkan pengalaman aku kena pelempang cikgu dan juga arwah ayah aku. Bukan sekali, tapi berkali-kali dah la tu bukan jenis penampar 'sayang' tapi full force punya...takde pun hidung aku patah, pipi lebam (atau dalam kes sebelum ni, 'tisu pipi koyak')

Akhir sekali alasan kenapa dia kena tampar sampai macam tu sekali memang cukup lemau!

Tuesday, May 18, 2010

Hantu Jepun!

While writing about my teachers in the previous entry, the image of 'White House' came to mind. 'White House' is Batu Pahat High School's administration block, built in 1919 and is quite an imposing building. I remember stories of ghostly footsteps and screams heard in the building. Now, IIRC the building was used as the Japanese Kempeitai office during World War 2 and there is evidence of a battle at the school ground at that time. The main flagpole bore the enter- and exit- holes from a bullet ( I guess the British .303 rather than the weaker 6.5mm rounds used in the Japanese Type 38 rifle).

White House was just one place of a number of places which were considered haunted by the ghosts of war. Nearly every town (schools especially) have tales of eerie sounds of moans, screams, battle sounds and spectral visions of headless and bloody soldiers be it the Japanese or the Allies. Places include all former Kempeitai offices, battlefield burial grounds and former battlefields like Muar-Bakri, Parit Sulong, Slim River and on Singapore Island.

Actually I find it curious that these 'battlefield ghosts' are mainly related to the Japanese occupation of South East Asia. There are plenty of such stories in Singapore, the Philippines and Indonesia. I'm not sure whether similar stories are part of the folklore of the Marianas, Palau, Truk, Iwo Jima and Okinawa.

On the other hand, my search on the internet finds virtually no mention of former battlefields haunted by ghosts - be it the Normandy beaches, Arnhem, Berlin, Stalingrad, Kursk or Dunkirk...However older battlefields such as Gettysburg, Antietam and Agincourt do have numerous ghost stories...I wonder why?

Monday, May 17, 2010

Cerita Guru

Kecuali seseorang tu langsung tak ada pendidikan, kita semua ada pengalaman dengan insan-insan yang digelar guru. Bermula dari TAdika hingga ke Tingkatan 5 (atau 6 bagi mana yang ambil STPM), hampir separuh hari hari kita berjumpa dengan mereka. Dan banyak pengalaman yang ditempuh; ada yang manis ada yang pahit (siapa suruh buat nakal?).....ini cerita aku zaman skolah dan insan yang digelar guru.

I
Masa sekolah rendah, cikgu Maths aku dari Darjah 4 sampai 6 ialah cikgu Abdul Rahman Omar. Orangnya besar tinggi ala2 mamak dengan jambang ala2 uh, Osama bin Laden...heheh. Gaya pengajarannya bersahaja dan selalu diselang-seli lawak jenaka. Kira tak bosan la. Ada satu insiden masa aku darjah enam yang aku tak boleh lupa. Masa penggal kedua, aku fail maths. Jadi masa kelas dia, dia suruh budak2 yang fail beratur depan kelas macam ID parade polis. Dia tengok kami sorang-sorang sambil kami 'komentar'. Semua diberi gelaran macam 'Chin Peng', 'Mao Tse Tung', 'Ho Chi Minh' dan 'Najibullah' - semua pemimpin komunis (sebab 'merah'!). Sampai kat aku dia stop kejap...lepas tu dia panggil aku 'penasihat Rusia' disambut hilai tawa rakan2 yang lain.....kenapa 'penasihat Rusia'? Sebab badan aku paling besar dalam kelas! Juga sebab berita hangat zaman tu ialah pendudukan Rusia di Afghanistan.

Penggal depannya aku tebus balik...dapat A lagi! Jadi penasihat Rusia dah defect pergi NATO......

II
Masa sekolah rendah antara subjek aku kurang minat ialah Lukisan dan Seni..ye la jenis takde bakat langsung. Tapi aku tetap ingat cikgu yang ajjar subjek tu (arwah) Cikgu Rais. Pada masa yang sama dia ajar Agama Islam...kira multi-tasker jugak le arwahnya. Yang aku ingat ialah cerita masa belajar kat maktab. Yang ajar Seni tu kata arwahnya orang India jadi BM dia kurang fasih la. Jadi dia bagi contoh2 bahasa tunggang langgang - burung jadi 'brong', gambarajah di dinding jadi 'gambar raja-raja dinding' dan ubi kentang jadi 'ubi gantang'. Kengkadang sampai aku terguna2 pulak istilah tu.....arwah cikgu Rais meninggal masa aku darjah enam akibat leukimia.

III
Masa darjah 4 cikgu kelas aku namanya Cikgu Rauf. Yang best dengan dia ni masa PJ mesti main bola terutama masa World Cup 82. Yang buat lagi best, masa dia jadi referee, dia benarkan gol aku (padahal offside) sebab dia kata 'nak bagi can'...heheheh. Satu lagi kalau kelas dia yang terakhir untuk hari tu, kalau dia habis mengajar awal atau dia 'malas', mesti ada buat kuiz punya. Bukan kuiz apa pun, pengetahuan am saja. Nampak memang macam buang masa tapi bila fikir balik, kuiz dia tu sebenarnya menggalakkan minat membaca...ye lah nak cari jawapan kan?

IV
Masuk sekolah menengah, aku kenal Mr Tan Koh Wee. Dia ajar sains merangkap guru disiplin sesi petang. Aku lupa catchphrase dia tapi aku ingat kalau dia panggil budak : "Boyyy!!!!" Satu benda yang hampir tak lekang dari tangan dia ialah rotan sedepa. Ramai yang dah merasa....time nak merotan biasanya dia periksa bumper budak, suruh keluarkan wallet lepas tu dia swing rotan dia ala2 Tiger Woods gitu!

V
Masa sekolah menengah rendah, subjek favorite aku sejarah...dan masa Form 3 cikgunya Cikgu Simin. Sebab dia ajar sejarah dia goreng la cerita askar Jepun/Indonesia (tengok time period) lalu depan rumah dia...kat Parit Simin! Dia ni jugak agen jual buku rujukan/gerak kerja kat sekolah. Yang aku ingat dalam poket dia mesti ada Dunhill sekotak dengan duit beratus ringgit (agaknya la). Asal masuk kelas aje mesti dia kata "Ada tak duit tukar?" sambil tunjuk not RM50...siapa yang ada, aku rasa anak tokei dalam kelas tu pun tak ada. Satu lagi dia suka tanya "Ada siapa nak bayar apa2?" (merujuk kepada siapa2 yang tak bayar lagi hutang buku). Ada satu hari kawan aku, Rizalman ajuk cakap dia...terus dia jawab, "Hah Rizalman, awak tak bayar lagi buku rujukan SRP"...aku bantai gelak. Lepas tu aku pulak kena "Hah, awak pun sama Hairil!" Terus senyap aku...sebab aku pun ada hutang RM5 lagi dengan dia, hahahaha.

VI
Masuk Form 4, aku dapat cikgu Fizik paling brutal kat Batu Pahat...Mr Bala. Aku ingat kat lab...dia tanya satu soalan. Tak dapat jawab berdiri....Sorang demi sorang berdiri, sampai kat budak paling baik dalam Fizik pun kena berdiri kami kat belakang dah panik.....sampai giliran aku, aku terus berdiri tak bukak mulut...last2 satu kelas kena berdiri! Masa minggu ulangkaji SPM pulak dia tanya macamana nak tingkatkan tujahan roket. Ada sorang mamat ni jawab merapu-rapu sampai keluar penggunaan arangbatu (roket pakai arangbatu?!). Dengan selamba rocknya Mr Bala hentam balik "Hei Peng Siang, awak kalau nak jadi bodoh, biar bodoh betul, jangan bodoh gila!"

VII
Masa Form 5 jugak aku masuk pasukan debat BI sekolah. Guru penasihat dia Mr Foo. Ada budak2 Cina panggil dia Superman. Mula2 aku ingat sebab muka dia ada iras2 Clark Kent...tapi rupanya sebab uh, underwear dia selalu kelihatan (sebab seluar loose!)

VIII
Last sekali lepas SPM aku masuk Form VI (sekejap). Pengetua masa tu cikgu Jabit lagi. Ni bukan direct dengan aku la tapi kawan2 yang dari sekolah berasrama penuh cerita. Cikgu Jabit tanya la dia orang ni masa Form 5 sekolah mana, semua cakap Maahad la, MRSM la, Sekolah Sains la...lepas tu tanya pulak aggregat SPM...semuanya dalam belas2 la jawab diaorang. Cikgu Jabit kata, patutnya awak semua ni dapat aggregat kecik2, satu digit. Kalau dapat belas2 baik sekolah biasa..lepas tu dia bagi aku sebagai contoh yang walaupun sekolah biasa, dapat keputusan lagi baik daripada dia orang. Heheh walaupun aku punya result 'biasa' aje dan tak boleh nak lawan ramai lagi orang kena pulak budak zaman sekarang yang semuanya jenis bateri kecik (banyak A!)...Payah wooo nak kena puji!

Jadi kepada cikgu2 semua, bekas anak muridmu ini mengucapkan Selamat Hari Guru! Terima kasih cikgu atas semua ilmu yang dicurahkan. Kepada mana yang dah pergi....harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama! Al-Fatihah kepada yang Muslim.....

Monday, May 10, 2010

Gimme A Shot!

Around two weeks ago the Health Ministry urged those with risk factors to get the H1N1 vaccine. So I went to the Jitra Health Clinic to get them for me and my family. Anyway we end up empty-handed as the current stock at the clinic has been exhausted. So I asked them when the next batch will be available. I was informed that there ARE stocks but they need 10 people. Perplexed, I asked why. The nurse said that a bottle of the vaccine can be administered to ten people and that any leftovers have to be discarded after 24 hours. So OK, I understand that they want to minimize wastage. But what amused me was that the nurse asked us to find another 6-8 people who wants have vaccinations...how are we going to do that? Advertise? Most of the people I know in my workplace had already had their shots or that they are not in the risk group. In any case H1N1 vaccination is completely on voluntary basis.

In any case, I have contacted the University Health Centre and they said that they can administer the vaccination (why didn't I ask them before?) but they do have run out of them. The Sister however promised that she would call me when it becomes available again.

II
In the intervening period between the announcement and my decision to get my shot, I surfed through the internet to find out about possible side effects of H1N1 vaccination. I found out that it may give adverse side effects but the rate is quite low. I also found out that may people in the West refused to be vaccinated...among their reasons is that it is against their rights as the citizens of that particular country.

However one of the reasons why one should not be vaccinated really takes the cake. In one of the local university students' society blog, it was mentioned that the H1N1 pandemic and the vaccinations are all part of the, yes, you guessed it, Illuminati/Freemason/Jewish plan to take over the world. They released the virus and then they basically forced the world to buy vaccines from them. Apparently these kids have never heard the Malay proverb "Menangguk di air keruh". They even suggested that Edward Jenner, the Father of immunology is a Freemason and hence vaccination is part of the grand strategy (whatever that means).

What I can say to these kids is that since you all think that vaccinations are part of the conspiracy, refuse the standard vaccinations when you have babies...you don't want your offsprings to be part of the conspiracy do you?

Monday, May 03, 2010

Bila Doktor Jadi Penerbit

OK, sehingga hari ni siapa-siapa yang baca Kosmo atau dengar Sinar FM mesti ada terdengar atau terbaca promo filem Dua Alam terbitan Dr. Che Rozmey (of JusMate fame).

Aku sampai dah naik muak tengok muka produser ni hari-hari kat Kosmo...sekarang ni pulak keluar promo kat radio...nasib baik setakat voiceover pelakon-pelakon ajer....dengan DJ2 sebut nama pilem dia tiap kali lepas iklan..adoiiiii.

Rasa aku tak pernah ada promosi camni punya agresif kat Malaysia (nasib baik takde merchandising tie-in). Cuma yang aku tak tahan bila promo sebut "Fenomena dr (aku rasa sebab professional code of ethics) Rozmey Dua Alam" Ye la, filem tak tayang lagi, promo pun setakat promo 'kaku' tanpa trailer hatta seminit pun. Lagipun dia kata cerita dia lain dari yang lain. Tapi rasa aku la setakat cerita orang terima balasan sebab kufur dan engkar perintah Allah, cerita Isi Neraka tahun 60an dah buat dah tu tak campur drama TV lagi, tak campur video alam barzakh yang kontroversi kejap beberapa tahun lepas...jadi bukan la one of a kind...heheh.

Tapi yang buat aku geleng kepala ialah bila dia kata "Pecah Panggung...RM12juta!!" Dalam business memang le ada buat income projection tapi itu pun dibuat berdasarkan production cost, market sentiment dan macam-macam lagi faktor. Jadi dalam kes ni, adakah RM12 juta tu proper income projection atau "counting your chickens before the eggs hatch"? Kena pulak dia ni first timer?

Dan last sekali, tak pernah aku tengok penerbit sakan promo (diri sendiri). Biasanya kalau filem ni kepala yang ditugaskan promo adalah pelakon utama dengan pengarah...penerbit biasanya duduk diam-diam kat belakang. Heh, Steven Spielberg kalau jadi producer pun senyap aje.....