Tuesday, February 23, 2010

Adoi Sakit!

Tajuk entry takde kena mengena dengan tuan punya blog..haha.

Dulu kan ada sorang Hamba Allah ni kan....kena kurung kan. Masa dia kena kurung...sikit-sikit mengadu sakit...sikit-sikit sakit. Wheelchair dengan cervical collar jadi teman sejati dia. Kesian, ek?
Tak cukup dengan tu dia kata dia kena jab dengan virus maut la, macam2 la....kira dia ni tak sihat la kan?

Tapi kan, bila dia bebas dari kurungan....nape ek aku tengok dia sihat walafiat lagi walaupun dah lberumur. Boleh selalu travel dari utara ke selatan, timur ke barat dunia (bukan Malaysia aje tau!). Aku yang baru nak masuk 40an ni pun dah tak larat sangat drive dari utara ke selatan...dia ni steady aje...terutama bila kita ambik kira 'kesihatan buruk' sepanjang masa dia kena kurung.....

Kaki temberang terang-terangan camni pun masih ramai terpesona dengan dia ka??

Tuesday, February 16, 2010

Anyone can own an S-Class Merc......


....even an idiot. 'Nuff said!

Sunday, February 07, 2010

Dalam vs Luar

Kalau Proton ada defect...riuh sekampung kutuk!

Ni aku dengar Honda tarik balik certain model City dengan Jazz...tu tak campur penarikan besar-besaran Toyota itu hari.....

Tapi....senyapppp aje takde siapa pun kondem?

Memang le bila defect Proton haram tak buat recall (kecuali kes rim Waja dengan brek ke hapa Perdana dulu, setakat aku ingat) terutama kes power window Waja/ Gen2 dulu. Tapi pokoknya di sini, defect tu mesti dah ada kat Civic, Jazz dengan Toyota (model apa aku lupa tapi kalau tak salah libatkan Camry) dan bila dah terdedah...sonyap ajo pengguna kita ni?

Wednesday, February 03, 2010

Kami Ajar Mereka Berniaga

Hujung bulan lepas, aku ke Alor Setar untuk belanja bulanan. Macam biasa aku berhenti dulu kat Bank Islam kat Mergong...cuma kali ni aku pelik sikit, mana pergi orang2 yang selalu duduk depan pintu bank minta derma.

Esoknya bila aku beli paper, baru aku tahu rupanya JKM ada buat operasi nak interview budak-budak asarama anak yatim atau sekolah yang dok menjual minyak angin/CD/derma. Patut lengang aje...sampai mintak derma masjid/ surau pun cabut!

Aku sebenarnya rimas tengok orang mintak derma depan bank ni. Strategik memang strategik tapi kalau nampak orang-orang ni jadi situasi serba tak kena. Tak nak derma, depa dah duduk tengok muka kita...nak derma, kita ambik duit tu sebab nak pakai (kena pulak jenis macam aku yang nak pakai duit baru ambik). Entahlah, tepuk dada tanya isi hati!

Ok aku sebenarnya nak sentuh pasal budak berniaga ni. Dulu lepas kes kemalangan kat highway bila paper buat feature article, pengurusan sekolah kata itu sebahagian dari 'silibus perniagaan' dan mengikut contoh Nabi Muhammad SAW berniaga.

Aku kata...
- Nabi dulu dok usung beg ke hulu ke hilir dengan ayat dan suara macam robot ke?
- Perniagaan adalah konsep menyeluruh dan bukan setakat buat sales
- budak-budak ni kebanyakannya aku tengok dah tahap comot dan keletihan...apa 'cikgu' dia tak bagi makan ke?

Bagi aku la, kalau ya pun nak buat 'silibus perniagaan' apa salahnya sekolah ke rumah anak yatim ni bukak kedai runcit...ala2 kampung tu sudah le kat sekitar Kedah ni yang berdekatan dengan lokasi masing-masing. Keluarkan modal lepas tu untuk masa atau hari tertentu, suruh budak-budak tu duduk kat kedai dan uruskan (dengan seliaan orang dewasa le). Ajar mereka macamana nak urus stok, macamana nak urus kewangan, macamana nak layan pelanggan...baru la sesuai...Ini aku tengok tak lebih jadi kuda syarikat minyak angin dengan CD!

Satu lagi, sebelum-sebelum ni aku bagi duit kat bebudak ni suruh beli air ke roti ke. Silap-silap budak2 ni simpan duit tu lepas tu bagi kat 'cikgu'. Lain kali kalau aku terjumpa...aku nak tanya direct - adik dah makan/minum ke? Kalau tak, aku belikan terus daripada bagi duit kat 'cikgu' dia!